RSS

Air Di tubir mata.

Assalamualaikum. Salam Jumaat.

Teka aku Di mana.. ;)
Aku Di airport Kuching sekarang.
Ngah lapar. Tapi takde selera nak makan. Dah nama pun sorang-sorang kan.

Bulan February.
Aku balik 2x. Ini kali kedua. Kalau ikutkan hati+nafsu yang giler meroyan kat en.Hati, mahu saja aku balik tetiap minggu.
Memandangkan kewangan tidak membenarkannya, terpaksa ku bersabar.

Akal yang waras telah menampung keperluan Hati yang sangat sakit sekarang. Jadi diri pun masih kuat lagi bersabar. Senyum sorang-sorang dalam surau..

Sebenarnya tadi aku berlegar-legar diluar. Kerana di sini, aku umpamakan seperti berada dibawah takat beku yang melampau. Tapi tak kesahlah. Janji aku tidak melihat si kecil yang meraung itu.

Oh.
Sangat sayu.
Mungkin dia masih tidak puas bergurau senda dan menghabiskan masa bersama papanya lagi. Meraung dia bila papanya masuk ke balai berlepas. Puas mamanya memujuk. Akhirnya dia terpaksa Di dukung kerana seolah-olah dia mahu berlari juga mengikut si papa.

"Nak Papa.. Nak papa.." permintaan itu menyinggah Di gegendang telinga ku tajam. Aku pejam mata. Cepat-cepat berlalu.
Apalah budak seumur itu tahu tentang kehidupan.

Fuhh. Hembus nafas perlahan.
Aku memandang dari arah belakang dengan penuh sayu tangisan itu. Aku tak dapat bayangkan jika si kecil ku meraung Dan menggelupur mahukan ayahnya seperti itu. Sedangkan aku sendiri bila berpisah dengan en. Hati, pasti air mata ku jatuh. Seolah-olah mahu meraung. Inikan pula anak kecil.

Tarik nafas sebak.
Tekad untuk pindah dan tinggal bersama semakin tinggi. Seiring itu, semakin tinggi dan dalam juga hati aku di negeri sembilan. Bukan jatuh cinta pada nogori. Tapi pada orang yang berada Di sana.

Masa.
Cepatlah berlalu. Aku sangat rindu.Walaupun baru 5 hari kami berpisah sempadan. Tapi rindu ini seolah-olah semakin menggunung.

Sapu air di tubir mata.
Setitik.
Senyum.
Kuat semangat wahai diri. Ingat cita mu. Senyum kelat Dan telan liur perlahan.

Termenung. Ucapan Syukur keluar dari mulut.
Allah tahu hikmahnya kenapa sampai sekarang aku masih tidak dikurniakan penyeri untuk kami berdua. Melihat sahaja sudah membuatkan aku tidak kuat, inikan pula menanggungnya.

100% aku tidak sanggup.

Titik. Noktah.






Nota Pinky;
"Rambut kembali kusam dan tidak terurus. Runsing. Aku mahu kelihatan cantik luar dan dalam untuk suami. Mesti fikirkan sesuatu ni. Tidak sabar mahu menatap wajah si pencuri Hati. =)"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Anonymous said...

I don't drop a comment, but after browsing a few of the remarks on "Air Di tubir mata.". I actually do have a few questions for you if it's okay.

Is it only me or do some of the comments appear like they
are written by brain dead individuals? :-P And, if you are posting at other online social
sites, I'd like to keep up with everything fresh you have to post. Could you post a list of the complete urls of your shared pages like your twitter feed, Facebook page or linkedin profile?

Visit my blog ... bmi Calculator women
My page: bmi calculator for men