RSS

Giliran Baling

Sekarang kat Gerik. Jam 3.33 pagi. Ngantuk. Tapi mesti berjaga. Suami di sisi siapa nak temankan. Betul tak?

Giliran.
Ya. Kami membuat giliran untuk pulang beraya. Bagi aku, giliran sangat penting untuk mengelakkan akan ada salah sorang tidak berpuas dengan hubungan yang ada.

Kata seorang kawan.
Aku tidak bersetuju dengan pendapatnya. Katanya, kita seorang isteri ada kuasa memujuk. Ya. Benar. Tapi dimanakah keindahan sebuah rumah tangga kalau asyik suami terpaksa dengar pujukan isteri je. Kan?

Kepada isteri.
Gunakan kuasa memujuk anda untuk pujukan menenangkan hati suami. Bukan menyerabutkan otaknya. Kan?

Ni adalah tahun pertama aku beraya di kampung suami.
Rasa.
Macam-macam rasa. Teruja. Takut. Seram. Terpaksa pun ada. Haha. Terfikir Macam suasana di sana, sambutan di sana. Semua bermain difikiran.
Harap aku akan satu pengalaman yang baik.

Oklah. Mahu temankan suami yang setia mata memandu sampai sekarang.
Terima kasih, Sayang..



Nota Pinky ;
"Baju raya kaler biru tahun ni. Tapi baju en. Hati tidak siap pun. Kecik Hati ku. Tulaa, siapa suruh lambat sangat hantar."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Maria Firdz said...

Saya pun ikut giliran.. Utara selatan lagi lah kan. Tahun lepas dah beraya di kg saya di Baling.. Tahun ni beraya di Johor pula...

piNky LuCiA said...

Hehe. Sy utara timur. Hehehe.4 jam setengah sampaila..
Selamat hari raya.

piNky LuCiA said...

My tggal kat baling kat mana eh?

Maria Firdz said...

Baling kat Kupang... Kg Padang Cina.. Tny la en.suami kot2 dia thu..

piNky LuCiA said...

Oh. Sy kat kg lalang siong ni. Hihi. Nnt nk tnya. Kot3 boleh jumpa lain Kali kn..

Maria Firdz said...

Owh.. Kwn2 sy rmai kt kg lalang...Kg sy msuk jln depan sek ren kupang tu... Ok...insyaallah...