RSS

Isu posting bagi warga PQ.. Kecewa atau gembira?

Setelah semua orang gembira kerana mengetahui penempatan masing-masing, aku masih berteleku di depan Awliya'. Bermonolog dengan diri.
"Awliya' rasa mama akan dipostingkan bila?" Bertanya pada anak sulong kesayangan ku.. Tiada jawapan darinya. Ya. Kerana Awliya' hanya pendengar yang setia. Dia bukan pengomen yang tegar. Senyum memandang Awliya' yang setia menemani ku lebih dari 2 tahun..

Rasa sekarang.
Sebenarnya, aku tak tahu apa yang aku rasa. Yang aku tahu, aku masih boleh bertahan sambil tersenyum sabar.

Semua orang cakap "Janganlah sedih tak dapat posting lagi. Nanti keluarlah tu."

Diri menjawab ;  
"Aku percaya, Allah sentiasa akan melindungi dan merahmati aku. Jika aku tidak dipostingkan lagi kerana kebaikan yang tidak aku ketahui, itu adalah 1 rahmat bagiku. Kerana aku selalu percaya, Allah selalu Adil dengan diri ku.. Dan Allah tak kan menetapkan sesuatu keburukan untuk ku melainkan semuanya adalah ujian untuk menambah keimanan dan mendekatkan diri ku dengan Nya."
Jadi hati semakin tenang. Dan senyum masih mekar di bibir.

Sekelumit marah atau geram pun tidak berbekas kepada TPM dan pegawai-pegawainya. Sebab hati selalu berkata, jangan buat apa yang kamu tak suka orang buat pada kamu. Lantas, hati ini berikan mereka waktu. Lantas aku berkata pada kawan-kawan yang menekan..  
"Sabar kawan-kawan. TPM kan selalu menepati janji.. Kita mesti percaya pada TPM.. Berilah pegawai tu sikit masa. Dia kan manusia macam kita jugak. Positif itu penting. Baru awet muda."

Persoalannya sekarang..
Dari mana datangnya kekebalan jiwa ini?
Kenapa aku menjadi terlalu sabar sekarang?
Kenapa aku tidak marah bila sesuatu yang dijanjikan tidak ditepati seperti yang telah diwarwarkan?

Hairan.
Aku tidak pernah punya tahap kesabaran yang sebegini tinggi dulu. Aku juga tidak pernah terdetik bahawa aku akan menjadi sesabar ini. Terasa ingin ketawa kuat-kuat pada diri sendiri. Dari mana aku belajar menahan sabar ni?

Pelik. Tapi itulah kebenarannya.
Aku tidak lagi cepat melenting bila ada keadaan yang menyukarkan di depan mata. Aku rasa ini adalah kali pertama aku bertindak begini sabar. Ucapkanlah tahniah untuk diri sendiri. Sambil menepuk bahu kanan. Haha.

Oh. Aku terlupa sesuatu.
Usia juga memainkan peranan bukan? Haha. Rupanya, dalam menangani awet muda, aku terlupa bahawa diri sudah tua. Syabas untuk diri yang tua ini kerana akhirnya berjaya juga menahan marah dan bersabar dengan segala kerenah yang timbul.

Aku harap sifat ini akan kekal dalam diri ku. Simpan jauh dilubuk perasaan supaya ia tidak akan keluar merayau lagi. Haha.






Nota Pinky ;
"Kata orang, kesabaran seseorang ada batasannya. Macam mana kalau kesabaran aku sudah habis dan tidak berbatas lagi? Apa yang akan terjadi? Aku tidak dapat bayangkannya lagi (buat masa sekarang).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: