Hari Sabtu yang semakin sibuk.
Semua jalan jem. Semua laluan penuh dengan kereta. Itu kalau jalan di sekitar KL laa.. Alangkah bagusnya kalau berada di kampung sekarang. Senyum kelat.
Baju raya oh baju raya.
Adakah baju raya adalah satu keperluan untuk aku yang berumur 27 tahun? Ketawa. Tak, kot.. :) Senyum. Sebenarnya bila sudah dewasa (dewasa ke aku? Hihi.), baju raya tidak lah aku fikirkan sangat. Yang aku fikirkan sebenarnya adalah cukupkah duit raya yang aku sediakan untuk semua orang ni? hmm... Sedang menongkat dagu.
Semalam, en. Hati call.
Katanya dia sudah masukkan sejumlah wang untuk aku beli baju raya dan juga tudung raya.
Hari ni.
Aku call en. Hati. Bertanya tentang baju raya. Jika aku tidak ada baju raya macam mana? Tidakkah itu ok? Aku terasa malas mahu menjahit. Haha. Katanya, Aku mesti ada baju raya. =) Senyum. Sebenarnya aku bukan malas mahu menjahit baju. Ia lebih kepada aku malas mahu mencari baju raya seorang diri.
Keadaan di Masjid Jamek.
Oh! Hanya Allah sahaja yang tahu betapa crowded nya keadaan di sana. Penuh dengan manusia yang mahu membeli belah keperluan raya. Aku tidak boleh berlama-lama di sana. Kepeningan kerana terlalu ramai orang. Mata berpinar-pinar dan terasa mahu pengsan. Cukup masa 1 jam, terasa mahu muntah pula. Jadi, aku lekas-lekas pulang. Ketawa mengenangkan penyakit diri yang sangat pelik. Haha.
en. Hati,
Hasrat kamu akan aku tunaikan pada hari Rabu nanti ye. Selepas aku balik dari shooting. Senyum.
Bercakap berkenaan shooting.
Aku dikehendaki shooting pada 22-23hb Ogos. Oh! Baru aku rasa nak rehat-rehat. Aleh-aleh kena shooting plak. Hmm.. Tapi tak pelah. Belajar kan...
Puasa kali ni, penuh jugak jadual.
Tapi boring jugak kalau asyik busy. Haha. Ayat apakah ini? Pelik.
Oh diri! Janganlah kamu pening. Kerja kamu selesaikan baik-baik. Senyum.
Coretan Pinky ;
"Rindu sangat kat en. Hati. Tapi dia selalu busy. Hmm.. Susahnya bila berjauhan."
Dugaan.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment