RSS

Harus difikirkan jalan penyelesaiannya sendirian lagi.

Single.

Hidup seorang wanita "Single" (But not available. Ketawa kuat-kuat.) seperti aku banyak bersendirian.

Dulu, aku pandai meluahkan apa yang aku rasa.

Sekarang, luahkan itu aku hanya simpan dalam-dalam di lubuk hati aku. Aku juga menjadi seorang wanita yang tidak pandai melahirkan rasa. Hanya cebisan rasa marah sahaja dapat aku keluarkan. Selain itu, aku tidak pandai. Dengan erti kata lain, aku hanya membiarkan ia di dalam hati dan memberikan ruang untuk angin berlalu dengan nyaman dan terus menerbangkannya. Sehingga kekadang aku terlupa bahawa aku sedang memendam rasa itu.

Sejak bila?

Ntahlah. Mungkin selepas beberapa kali aku di tikam oleh sahabat baik a.k.a best friend aku sendiri menyebabkan aku tidak lagi mahu bercerita tentang apa-apa yang sulit. Tentang rahsia peribadi.

Juga rasa dikianati oleh teman sebilik yang ku kongsi cerita sedih dan duka. Mungkin itu makin menambahkan perit di hati dan serik di dalam jiwa untuk ku kongsi semuanya bersama seorang perempuan.

Dan kini.

Aku lebih senang memendamnya sendiri. Membiarkannya berlalu. Sehingga kekadang ade kawan-kawan beranggapan bahawa aku adalah seorang yang sangat lah pelik. Senyum.

Aku tidak pelik.

Pengalaman yang menyebabkan aku menjadi fobia dengan mulut perempuan. Jika ade apa-apa yang dikongsi, pasti yang hanya biasa-biasa sahaja. Jika tidak, aku hanya menjadikannya rahsia peribadi yang utuh di dalam jiwa dan langsung tidak meluahkannya hatta kepada orang yang tersayang.

Tadi, seseorang menyedarkan aku.

Aku bukan sengaja tidak mahu meluahkan apa yang aku rasa. Aku bukan sengaja tidak mahu menzahirkan apa yang aku pendam. Tapi, aku rasa sangat selesa jika aku simpannya sendiri dan tidak berkongsi. Aku rasa sangat selamat jika aku tidak menyatakannya pada sesiapa sekali pun.

Sedang berfikir.

Adakah baik jika aku selalu memendamkan apa yang aku rasa?

Aku tidak ada jawapannya. Mungkin aku tidak mahu menjawabnya. Ketawa ku simpan dalam jiwa. Banyak kemungkinan yang ada. Tapi, bersendirian adalah lebih selesa. Walaupun kekadang, aku sangat memerlukan si Dia di sisi. Tapi aku lebih selesa pendamkannya dari meluahkan apa yang aku rasa.

Keselesaan yang ada.

Aku lebih selesa menyelesaikan semua permasalahan sendirian. Aku lebih selesa merumuskan rintangan yang datang sendirian. Semua penyelesaian yang ada dalam kehidupan, ku fikirkan sendirian. Aku lebih selesa.

Menarik nafas sedalam mungkin.

Bagi aku, tak semua keadaan aku harus bergantung pada orang. Memilih untuk melakukannya sendirian adalah lebih utama dari berkongsi. Itu yang aku rasa sekarang.

Oh. Bagaimana rasa ini harus ku kikis sedikit demi sedikit.

Kelak, aku tahu. Aku akan hidup berdua. bertiga. berempat. Mungkin lebih ramai dari itu. Katakan pada ku, apa yang harus aku lakukan suapaya rasa itu tidak bersarang di jiwa.

Katakan.




Bingkasan naluri :

"Setiap apa yang aku lalui, aku ingin kongsi bersama kamu. Tapi rasa itu hanya bermain di minda. Hati merintih untuk mengeluarkannya. Tapi lidah ku kelu. Bibir ku berhenti untuk berbicara. Apa yang harus aku lakukan. Katakan pada ku."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

haikal said...

ustazah nakal...hehe

piNky LuCiA said...

nakal ke? hahaha. kat mana tu...