RSS

aku redha..

awan yang cerah, tetibe mendung. mungkin hujan renyai-renyai sudah lama tidak datang mengurniakan pelangi nan indah.. bila hujan menyapa bumi, seluruh alam akan merasai nikmat hujan yang melimpah kurniaan dari Allah..

ibarat hidup aku yang cerah, tak de awan berarak mendung. tetibe datang awan kelabu.. sedikit demi sedikit berarak membatasi perjalanan hidup ku. perlukah aku melatah? perlukah aku marah? atau perlukah aku mengeluh?

aku tak layak pun mengeluh. tak layak untuk melatah. dan aku seharusnya tahu, aku langsung tak layak untuk marah. kerana aku hanyalah insan kerdil. insan yang tak layak bersuara. dan segalanya ku simpan di sudut dasar hatiku..

mungkin masa, kerja, duit, membatasi semua tuntutan yang harus aku langsaikan. tapi itu tidak bermakna aku tidak mahu melangsaikannya. aku tahu, sebagai hamba Allah, aku perlu melunaskan apa yang perlu. aku tak perlu alasan yang kukuh untuk menunaikan segala permintaannya. kerana dia wajib diberikan haknya.. dan itu adalah tanggungjawab aku. sepenuhnya.. kekal. titik.

hmm... ku tarik nafas ku dalam-dalam. jiwa aku, kosong. ku hembus nafas ku sekuat yang mungkin.. tanda aku melepaskan semua yang terbuku.. mungkin sekarang aku tak pandai meluahkannya. mungkin juga, aku boleh meluahkannya. tapi aku memilih untuk mendiamkan diri ku. kerana semua pilihan berada di tangan ku..

ku tarik nafas ku sekali lagi. sedalam yang mungkin. ku hembus perlahan-lahan.. aku memohon 1001 kemaafan. mungkin aku telah melakukan 1001 kesalahan. aku bukan lah insan sempurna. aku juga bukan insan yang tahu segalanya. aku hanya insan yang kerdil. yang tak mengerti apa-apa. yang hanya mempunyai sedikit ilmu di dada.

tapi, aku tahu, aku perlu gunakan segala ilmu yang ada. dan menjadi seorang yang lebih creative. tapi kekadang aku mungkin menghampakan. mungkin juga, menjengkelkan. tapi ketahuilah, aku tak pohon semua itu berlaku. ku memohon, segalanya berjalan lancar. dan segalanya aman damai.

ku tak mengharapkan hujan yang lebat. tapi ku harapkan hujan itu hanyalah hujan renyai-renyai yang berlalu di petang hari. yang bisa memberikan pelangi nan indah kepada ku. walaupun pelangi itu hanyalah sekelip mata memandang. nikmatnya akan terasa di sanubari, jika aku benar-benar ikhlas menunaikan hak kepada mu..

dan demi hak itulah, aku berharap, segala kesilapan dan jua kesalahan ku di maafi.. kerana aku hanyalah insan biasa yang tak punya apa-apa. aku hanyalah insan biasa, yang bukan luar biasa.. dan segalanya mungkin terjadi..

dan aku redha dan pasrah dengan ketentuan mu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS