1 minggu sebelum minggu exam adalah minggu study week. semua orang busy. semua orang sibuk. semua orang menghadap buku. itu adalah normal. normal bagi semua student. minggu study week ni selalu nya membuatkan orang yang malas study bertukar menjadi rajin. orang yang rajin makin rajin. ade jugak yang makin cemburu akan sesama sendiri. membandingkan siapa yang banyak baca buku. membezakan siapa yang punyai nota lebih lengkap.
fenomena ini adalah fenomena kebiasaan yang akan terjadi kepada semua pelajar. ia normal kepada semua student.
aku ade terbaca tentang ni. di mana aku baca itu adalah rahsia. biarlah hanya aku yang mengetahuinya. sebab tak baik bukak aib orang..
tapi yang paling aku tak faham ialah masalah nya... kenapa sanggup bergaduh di musim study week? kenapa perlu bermasam muka sesama kawan?
bukankah di musim study week adalah musim yang kita mengulangkaji dan sama-sama berbaik dengan kawan-kawan kita. sama-sama berkongsi apa yang kita ada. sama-sama bertukar idea dan buah fikiran. bukannya sama-sama bertukar muka masam.
bagi aku, ini adalah perkara yang tak wajar berlaku. kerana sama-sama kawan kan.. so selisih pendapat sikit, berbeza pandangan sikit, itu adalah lumrah. adalah normal. bagi aku hidup ini sebenarnya tak susah. kecuali kita yang menyusahkan hidup kita sendiri.
apa kata korang duduk berbincang.. slow talk.. cerita and story morry apa yang korang tak puas hati. apa yang korang rasa berbeza pendapat. mesti ade jalan keluar dari kemelut tu.
kalau aku ada kawan macam tu. aku tak perlu tunggu lama2. membiarkan luka menjadi nanah adalah lebih teruk berbanding kamu membersihkannya perlahan-lahan sampai lah ia bersih..
selamat study dan selamat menghafal ~lalalala..
Dugaan.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment