RSS

hidup ini..

subjek KDO telah memperkenalkan aku dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan. tak kira laa ilmu apa.. yang penting, aku sangat seronok mempelajarinya. cuma aku saje yang masih tidak lagi bersuara di dalam bilik kuliah yang sebesar itu. entah. aku pun tidak tahu mengapa. biasa nya aku lah yang selalu bersuara apabila aku tidak berpuas hati dengan idea2 yang disumbangkan.

tapi mugkin aku sedikit segan atau pun aku sedikit gelabah. haha. atau aku telah terkesima dengan ilmu2 dan pengetahuan2 prof Megat. dia memang seorang Prof yang sangat banyak pengalaman dan juga pengetahuan. terima kasih untuk prof Megat atas segala ilmu dan pengetahuan yang telah dikongsi.

minggu lalu, aku belajar analisis SWOT. aku tak sangka pada minggu ni, dalam kelas pengurusan dan pentadbiran pendidikan aku dikehendaki menyiapkan analisis SWOT. agak pening. tapi aku seronok. kenapa?

sekarang, hidup aku kembali terurus seperti sedia kala. jadual yang tersusun. aturan yang terpaksa aku ikut. disiplin yang patut aku jaga. semua menjadi seperti sedia kala.

aku kira, diri ku patut dianalisis terlebih dahulu. supaya segala kerja dapat ku jalankan dengan baik dan betul. kalau tak, naik haru hidup aku ni. hmm, hidup ini, sebenarnya selalu kena muhasabah diri, selalu fikir akan kelemahan diri, dan selalu lah insaf diri. barulah semua keadaan akan berjalan dengan tenang dan harmoni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Kapten Luffy said...

penat jadi student tp best

piNky LuCiA said...

yup.. aku suka.. ;p