RSS

dialah raja..

aku berfikir sejenak. tapi adakah aku tersalah dengar? atau aku hanya berkhayal untuk mendengarnya. aku bukan lah seorang yang baik untuk menilai orang. mahupun menghukum seseorang itu benar atau salah. tapi aku punya hak untuk menilai dengan otak ku sekali gus menyimpan cerita itu sebagai bahan rujukan dan pengalaman tidak secara langsung yang aku perolehi..

bukankah begitu?

mak selalu kata, suami itu terletak di atas, isteri berada di bawah kuasanya. apa2 pun, suami adalah raja di rumah. bila kerja nanti, mak selalu pesan, di pejabat akulah bos. tapi di rumah, aku adalah pembantu bos. permaisuri kepada raja. penolong kanan kepada pengetua. timb. pengarah kepada pengarah. itu lah ibarat nya suami. kata2 itu, selalu je berlegar kat kepala aku.

tapi, semenjak aku mendengar dan meneliti kesahihan lelaki zaman sekarang, aku berfikir sejenak. adakah suami adalah raja untuk memerintah, sementara isteri hanya menjadi kuli bukannya permaisuri untuk membantu?

aku menjadi semakin confuse. kenapa harus ada suami yang mengabaikan tanggungjawab, padahal sebelum kahwin sudah berjanji untuk bertanggungjawab atas semua perkara?

pada pendapat aku, itu lah lelaki zaman sekarang yang tidak mempunyai kesedaran agama. bukan yang tidak mendalami agama. kenapa? kerana orang yang mendalami agama pun, kekadang sama je situasi nya.

oleh sebab itu, betapa pentingnya si isteri menyuntik kesedaran agama kepada si suami. hehe. bukankah tugas si isteri adalah membantu suami. seperti permaisuri membantu raja untuk memerintah kerajaannya?

kepada isteri2 yang memang di abaikan tanggungjawab oleh suami nya, bawak2 lah berbincang. janganlah mengharap pada doa dan solat hajat sahaja. kerana Allah suka pada hambanya yang berusaha dan selepas itu, bertawakal padaNYA..

kekadang suami juga alpa. kerana dia juga adalah manusia seperti kita.. tegurlah dia dengan teguran kasih sayang, insyAllah si suami akan memahaminya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

joegrimjow said...

sayangilah suami

piNky LuCiA said...

sayangilah isteri.. ;p