RSS

Dugaan.

Dugaan mengandung.
Perasaan. Rasa. Keadaan. Suasana. Semua berlainan dari mengandungkan Naurah Nabihah dan Faqihah Husna. Dan yang paling pelik, saya tak de rasa atau naluri sama ada ia perempuan atau lelaki. Ia tak sama sepenuhnya dengan anak-anak sebelumnya.

Pesanan doktor.
Memandangkan doktor sudah berpesan supaya saya membuat persiapan mental dan fizikal kerana perubahan kali ni sangat drastik dari anak sebelum ni.

Kata doktor, ia akan membesar 2x ganda. Berat akan bertambah 2x ganda. Sakit belakang dan pinggang akan sakit 2x ganda. Semua akan berlaku dalam 2x ganda. Saya hanya ternganga.

Dan kali ni, ambil darah pun 2minggu sekali. HB tak cukup tinggi. Gula plak tinggi. So GDM dan anemia sekali gus. Syabas.!

Selera makan 2 3 menjak ni tak de sangat. Dan ade satu perangai yang timbul, malas nak cari makan bila lapar. Nak tunggu makanan tersedia jer. Boleh?

Penyakit apakah yang sedang melanda ni?
Haisshhh..

Tunggu ujian darah keluar. Harap naik. 2 minggu lepas 10.2 sahaja HB nya. Dah makan iberet 2 minggu. Kita tunggu keputusannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3bulan dah berlalu.

15 minggu.
Usia kandungan dah masuk 15 minggu. Tapi terasa umpama mimpi lagi. Betul ke twin ni? Ntah kenapa hati berdebar-bedar.

Pembesaran yang drastik.
Perut membesar dengan jayanya dan tidak kurang juga dengan penambahan berat badan. 6kg dalam masa 3bulan. Wow. Memang sesuatu diluar jangkaan.

Ujian. Trauma.
Saya tahu setiap orang bukan sama ujiannya. Setiap kali mengandung juga tidak sama ujiannya. Tapi setiap kali mengandung, saya pasti takut kehilangan baby dalam kandungan saya. Adakah ini ujian saya atau trauma yang saya alami setelah kandungan saya kali pertama kecundang seusia 14 minggu? Dan ia selalu menghantui dan saya sering terimbas-imbas memori itu.

Adakah patut saya berjumpa orang yang sepatutnya atau membiarkan saja sehingga ia hilang dengan sendirinya.?

Adakah itu boleh dikategorikan dengan trauma ibu mengandung?

Banyak persoalan dalam minda yang tak mampu saya jawab. Dan tak mampu saya luahkan dengan kata-kata. Hairannya, bila jari menari, boleh plak ia tersusun indah ayatnya. Hmmm.

Untuk kali ini.
Saya seringkali berasa takut kehilangan salah seorang dari my twin. Ia seolah-olah berlegar-legar dalam minda. Saya berdoa, keduanya membesar dengan baik in my tummy.

Umi sayang kedua kamu, twin.
Selamanya.
Terima kasih kerana hadir dalam hidup umi memeriahkan suasana.
Senyum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengandung kali ke-4.

Dah lama saya tak mencoret isi hati. Mungkin terlalu busy dengan kerja sekolah, kerja rumah dan macam-macam kerja lagi.

Sekarang lagi terhad untuk buat kerja. Memandangkan ada penghuni di dalam perut yang akan membuatkan saya gembira kelak.

Alhamdulillah, atas kurniaan tak ternilai ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Bonda permaisuri cakap, saya kena sujud syukur kerana jarang orang diberi kurniaan yang indah ini. Ada orang bertahun-tahun menunggu tapi sampai ke sudah tetap jugak tidak ada rezeki. Ada orang menunggu lama, ada rezeki hanya seorang. Ada orang rezeki anak hanya 2. Tetapi bila nak mengandung lagi, tak dapat-dapat.

Antara kata semangat buat diri.

Saya tak tahu apa yang saya rasa. Saya tak dapat gambarkan sepenuhnya perasaan saya sekarang. Banyak masa saya berdiam dan tidak tahu apa yang hendak dikata. Dengan en. Hati saya diam. Dengan adik-adik saya diam. Dengan kawan-kawan saya lagilah tidak bercerita. Hanya sahabat-sahabat terdekat sahaja mengetahuinya.

Teruja. Takut. Berdebar.
Dengan kurniaan twin baby ni, saya sangat teruja sebenarnya. Tapi dalam masa yang sama, saya sangat takut. Saya tidak tahu apa yang saya takutkan. Bila bercerita dengan bonda permaisuri, katanya jangan jadi bodoh. Semua orang berharap mahu twin. Tapi saya takut plak.

Apakah rasa ini biasa?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hobi si kakak Naurah.

Naurah si pencinta buku.
Alhamdulillah. Saya panjatkan segala rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan anak seperti Naurah yang sangat menyukai buku.

Sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana. Kekadang terasa sangat susah untuk diuruskan memandangkan Naurah ni bila mahu tidur kena bedtime story. Bangun tidur plak kena baca buku untuk nya sebelum pergi rumah pengasuh. Jika tidak dibacakan buku, sampai rumah pengasuh dia akan nangis tak henti sampai tengah hari. (Mahu tak pening pengasuh?) Dan balik kerja, wajib bacakannya buku.

Maknanya paling kurang saya kena bacakannya buku sebanyak 3 kali. Kekadang saya sampai terhafal apa yang saya ceritakan kerana kerap diulang-ulang. Sehingga satu tahap dia sendiri menghafalnya. Saya rasa itu sangat comel bagi budak 2 tahun. Haha.

Dulu Naurah masih menyukai buku-buku ringkas. Seperti buku A B C.. Sekarang dah makin susah buku pilihannya. Umi plak kena pandai bercerita. Terkadang pening umi baca dan dengan giat umi menelaah dan mencari vocabulary supaya difahami oleh si anak.

Ada kebaikan dan keburukan. Di mata saya, benda yang pertama saya tak dapat handle adalah membacakan buku untuk Naurah sebelum menghantarnya ke rumah pengasuh. Perkara paling susah dan kelam kabut saya dibuatnya. Sebab saya mesti masuk kerja, paling lewat jam 7.25am. Tapi disebabkan saya membuat rutin ni setiap hari, jadi terbabaslah saya dari datang awal ke Sekolah.

Penyelesaiannya, pernah menyuruh suami membaca kan buku untuk Naurah, tapi berguling-guling menangis nak baca buku ngan umi. Jadi, nak ke taknak, saya terpaksa bacakan untuk nya.

Saya agak. Mungkin. Naurah tidak menyukai cara penceritaan abi. Tak de bunyi dan mendatar. Mengantuk juga saya yang mendengarnya. Inikan pula Naurah. Hihi. (Sorry abi. Umi main teka jer.)

Tak rugi saya melatih Naurah dari kecil untuk sukakan buku. Dan sekarang, satu habit telah melekat.. iaitu bedtime story. Alhamdulillah. Allah mudahkan urusan saya. TQ Allah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rindu pada Haramain!

kaabah dan Masjidil Haram.
Selalu saya dengar orang bercakap, sekali kaki kita menjejak ke rumah agong ini, kita akan merinduinya dan terus merinduinya. Ya. Saya rindukan Masjidil Haram. Saya rindukan saat saya tidak sibuk mengenai hal-hal dunia. Saya rindukan saat saya hanya berfikir hanya untuk beribadat pada-Nya sahaja.

Bila bercerita mengenai Masjidil Haram pun saya sudah bergenang air mata, inikan pula saya mengingati detik-detik saya di sana. Sangat-sangat membahagiakan. Perasaan yang susah ingin digambarkan. Dan hanya orang yang pernah melaluinya sahaja dapat berkongsi perasaan yang sama.

Saya sangat-sangat cadangkan, jika punyai kelebihan dari segi kewangan, usahlah melancong ke sana sini dahulu. Tahan nafsu itu dan jejakkanlah kaki ke Haramain dulu. Mudahan urusan lain, Allah permudahkan.

Kerana di Haramain, perjalanan nya sangat mengujakan dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bahkan ia akan mengubah sempadan iman seseorang.

Percayalah.!

Jangan sesekali takut untuk ke Haramain. Kerana di sana mempunyai seribu satu rahmat dari Allah penguasa alam buana ini. Jadi, tanamkan azam, tekadkan hati, tadahkan tangan memohon doa dan teruskan berusaha. Insya Allah, Allah akan menjemput.

Walaupun hanya memikirkan Haramain, hati saya sudah terasa bahagia. Saya harap,Allah akan menjemput saya lagi ke sana. Insya Allah. Amin.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keberangkatan pulang.

Sekarang, boarding time.
Saya memandang tiket Jeddah-Colombo dengan pandangan sepi. Saya rindukan Kaabah. Saya juga rindukan masjid Nabawi. Baru beberapa jam saya tinggalkannya, saya sudah mula merindukannya. Oh, inikah rasa yang selalu diperkatakan oleh setiap orang selepas pulang dari rumah Allah yang Maha Agong dan setelah bertemu Rasulullah?
Mungkin.

Takpe. Jangan sedih dan risau. Insya Allah, saya datang lagi. Setelah ziarah widak, hati menjadi sayu. Tapi digagahkan juga kerana saya bersama kawan-kawan. Malu pula nanti.

Bila kapal dah start berjalan, saya mula rindukan Faqihah Husna dan Naurah Nabihah. Ya .Allah. Saya rasa hari inilah saya baru begitu rindu yang tidak tertahan kepada mereka berdua. Tak mampu diluahkan. Saya seka air mata. Tempoh tiga minggu bukan waktu yang sekejap. Apa khabar mereka berdua? Saya tertanya-tanya, walhal setiap hari gambar di beri kepada saya melalui talian whats app.

Ntah kenapa hati menjadi seperti meronta-meronta mahu segera pulang. Mahu segera memeluk angel kesayangan hati. Naurah dari semalam lagi menangis meminta agar saya segera pulang. Oh anak, jika Madinah-Malaysia itu umpama Gemencheh-Air Keroh umi akan memecut laju supaya umi cepat sampai.

Sabar sikit lagi kakak yer. Umi akan segera pulang.
Umi sayang kakak.
Umi sayang adik.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Madinah, hari terakhir.

Hari ni hari terakhir di Madinah. Untuk perjalanan kali ini. Akan datang, saya tidak tahu lagi. Saya berdoa dengan penuh pengharapan, saya akan dijemput lagi ke sini untuk menjadi duyufurrahman. Saya berharap kali ini bukan kali terakahir. Allahuakbar. Insya Allah, Amin..

Berada di sini saya rasa agak rileks berbanding dengan mekah. Di mekah, saya sibuk untuk umrah. Untuk tawaf sunat. Untuk ibadat lain. Datang ke sini suasana berbeza dari Mekah. Di sini ia lebih teratur. Lebih sistematik. Wanita di sini lebih sopan berbanding di al-Haram.

Tapi sayang.... Semua seolah-oleh terleka dan hanyut dengan kesempurnaan Madinah. (Termasuk saya la tu.) Shopping sampai terbabas untuk pergi ke masjid Nabawi. Ziarah sehingga tidak sempat untuk berimam dengan imam masjid Nabawi. Ya Allah, ampunilah dosa saya.

Pernah satu trip ziarah, saya tak sempat untuk masuk ke dalam masjid. Hanya berada di perkarangan masjid. Ya Allah ya Rahman. Begini kah rasa solat di luar masjid.? Saya tidak sanggup untuk merasainya sekali lagi. Selepas itu, Alhamdulillah. Sentiasa ada tempat untuk saya. Alhamdulillah, syukur...

Saya cadangkan kawan-kawan, sentiasa lah masuk ke dalam masjid. Insya Allah, akan ada tempatnya. Kecuali polis wanita dah tak bagi masuk. So terpaksalah di mana saja kita berada. Kalau boleh, iktiar lah sampai masuk ke dalam masjid. Pahalanya lebih besar daripada luar masjid.. dan iktiar lah supaya kita dapat pergi awal untuk berjumpa dengan Rasulullah yang berada di sana sebelum solat.

Sudah pun tertera dalam hadis, satu solat di Masjid Nabawi lebih baik dari 1000 solat di masjid lain Kecuali Masjid al-Haram.

Saya masih tak faham kenapa ramai yang memilih berada di luar masjid daripada di dalam masjid. Bukankah berada di dalam masjid itu lebih banyak pahalanya? Terutamanya jika berada di saf hadapan. Jika kita nampak pahalanya berada di bawah sejadah, barangkali semua orang memilih berada di dalam masjid dan berebut memilih saf hadapan. Kerana makin ke belakang bermakna makin sikit apa yang ada di bawah sejadah.
Hm. Sama-sama lah kita fikirkannya.

Nukilan,
Azura
Madinah
28.12.2016 - 930am


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS