RSS

Kisah hari pertama di sekolah baru.

Alhamdulillah, Syukur.
Dah lepas hari pertama. Lega. Hari pertama melapor diri membuatkan aku kecut perut. Mana taknya, ramai orang bercerita tentang SMK Dato Mohd Taha yang mempunyai pengetua yang tegas, sangat berdisiplin dan berdedikasi.

Komen aku.
Yes. Pengetua nya sangat tegas. Aku akuinya. Cara dia bertanya soalan. Cara dia bercakap. Cara dia memandang aku. Wow. Memang tidak di nafikan cerita kebanyakan orang adalah benar. Aku ingat cerita-cerita itu hanya berlegar untuk menakutkan saja. Tapi aku mengesahkan dakwaan semua nya benar. Tidak hairanlah sekolah ni makin "mencanak-canak" naik. (Ayat mencanak-canak tu Aku copy paste kata PPD saje). Hehe.

Ayat aku dalam hati.
Jangan risau. Aku akan jumpa pengetua bukan selalu. Selagi aku mematuhi undang-undang sekolah, aku takkan di apa-apakan. Janji aku buat kerja dan tidak ganggu orang. Okla tu. Kan? Lainlah kalau pengetua tetiba nak ganggu aku kan.. Tapi kebarangkalian untuk diganggu oleh nya sangat kurang. Disebabkan aku akan menjadi guru yang mematuhi disiplin. Haha. (Mata ke atas. Sejak bila aku macam ni? Hmm.. Sejak aku jadi Polis di Seri Setia. Haha.)

Perubahan masa.
Ya. Aku akui. Perubahan masa membuatkan aku menjadi penat. Mana taknya. Di Kuching, jam 7 atau 8 pagi aku dah bersarapan. Di sini, aku tidak sempat bersarapan di pagi hari. Waktu di sebelah pagi padat. Menyebabkan aku keletihan. Dan waktu baru aku sarapan adalah jam 1030 pagi. Dan waktu balik dari sekolah juga berubah. Menjadi 240 petang. Waktu dulu 120 petang dah boleh release tension..

Tugas.
Ya. Bebanan tugas di sini agak berat. Semalam aku kira, aku ada 12 tugas di kiri kanan bahu ku. Berbanding di Kuching, hanya 4 tugas sahaja. 3x ganda dari tugas asal. Ketawa sendiri melihat tugas yang diberikan. Nanti aku hentam jela buat. Take it easy, ok.. Hati menari tanggo. Haha.

Satu saja aku ingat. Walaupun waktu aku berubah, jadual aku berubah, pelajar aku berubah, tapi bila aku balik rumah, aku bahagia. Dapat memasak untuk en. Hati. Dapat melihat en. Hati menambah makan apa yang aku masak, dapat melihat nya tersenyum menyebabkan kepenatan ku semuanya hilang..

Usia perkahwinan.
Setelah 3 tahun usia perkahwinan kami.. Akhir kami sebumbung. Dan sekarang baru mahu mengenali hati budi masing-masing. Harap semuanya diberkati oleh Allah. Selamanya.










Nota Pinky;
"Bertolak dari rumah jam650 pagi. Sampai di sekolah jam 715 pagi. Sebenarnya aku boring bila bawak 60km perjam. Tapi pesan suami, bawak pelan-pelan. Ingat orang tersayang. Disebabkan pernah kehilangan orang tersayang, aku ikut nasihat en. Hati tercinta. Harap semuanya baik. Lepas ni kena bertolak lebih awal. Haha."



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

inahornaw said...

Assalamualaikum, Pinky. Tahniah kerana dapat pindah ke Semenanjung. Kak Ani dulu pun, selalu dituduh ada kabel besar sampai dapat posting ke Trg dan setelah 2 tahun di daerah lain dpt bertukar ke K.Trg tanah tumpah darah. Tapi sbnrnya Kak Ani org biasa2 dan tiada kabel,pun. Jd memahami perasaan Pinky.

Kita buat kerja kita, insya Allah, tiada masalah dari pihak pentadbir. Bagi Kak Ani,selagi kita melakukan kerja kita, tiada apa yang perlu ditakuti.

Akhir kata, semoga hasrat nk dpt zuriat ramai tercapai, ohoiii...
-Wan Rohani

piNky LuCiA said...

terima kasih kak Ani.. hehe. sy akan ingat pesan akak.

terima kasih jugak sbb support dan memahami sy. hehe.

amin.. nak beranak banyak2 ni. tapi xtahu sempat ke tak. hihihi.

Maria Firdz said...

Tahniah... Dah dpt blik smnjung... Dpt dok sebunbung... Berkat kesabaran yg dinnti...

piNky LuCiA said...

Terima kasih Maria.. Hehehe. Alhamdulillah. Bila duk sebumbung cabaran lain plak yang datang. Harap dapat menempuhinya dengan jaya.. =)