RSS

Segala ketetapan hanya ditangan Allah.

Allahu Akbar.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Termenung sorang-sorang. Akhirnya, Alhamdulillah, aku isi juga borang eg-tukar untuk sesi jun 2013.

Ya Allah.
Tolonglah aku. Tolonglah suamiku. Tolonglah kami berdua. Janganlah kau jauhkan kami lagi. Hati ini sangat tidak tertahan menahan peritnya perpisahan. Hati ini amat sukar menerima kesepian. Kau bukalah pintu rezeki kepada kami agar rezeki kami luas terbentang. Ya Allah, tolonglah Ya Allah. Aku merayu pada Mu..

Allah. Sebak rasa dada ni. Rasa ni bukan rasa yang baru ku telan. Tapi rasa yang telah menjangkau 1tahun. Setahun jugalah air mata ini selalu tumpah membasahi pipi. Setahun jugalah hati ini umpama tidak mencecah bumi. Hanya pada Allah saja ku luahkan segala yang terbuku. Aku tahu, Allah mendengar segalanya. Dan aku sangat-sangat berharap agar Allah memberikan aku kesempatan. Membuka pintu rezeki ku untuk berada di sisi suami ku. Sangat-sangat berharap.

Pengharapan ini jugalah membuatkan aku kuatkan diri. Tabahkan hati. Kentalkan semangat. Aku harap Allah akan memakbulkan satu permintaan ini daripada beribu-ribu permintaan ku yang lain.
Menyapu air ditubir mata.
Pejam.

Terkadang rasa bagai mahu giler jika ini berpanjangan. Tapi cepat ku ingat tujuan asal di sini. Allah, aku tidak minta rasa ini hilang. Tapi aku pohon pada Mu, agar aku dapat mengawal semua keadaan dan menguatkan hati untuk ku tempuh semua yang datang.
Aku sangat berharap agar Kau hantarkan kepada ku sebanyak mungkin kekuatan untuk aku berdiri dengan penuh tabah.

Allah.. Allah.. Allah..










Nota Pinky ;
"Air mata ini selalu tumpah sekarang. Aku tak tahu kenapa aku sangat sensitif sekarang. Berilah aku ruang untuk mengadu segalanya pada Mu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Maria Firdz said...

InshaaAllah... Moga berjaya...

Unknown said...

ha nanti bulan 9 baru nok isi, tu pon abg arol yg suruh, ikut hati malas nok isis sebab mls nok ngadap GB huhu

piNky LuCiA said...

maria firdz..

tq.. doakn yg terbaik yer.. :)

piNky LuCiA said...

ha nk tukar g mn ha?
ura mintk blik n9.. kt wan.. hehe