RSS

Jadual waktu. Padat betul.

Rutin sebelum tidur. Tengok tiket flight.
Rutin orang yang takde anak dan suami di sisi yer. Yang ada anak, sila abaikan rutin ini. Yang ada suami, suami didahulukan yer. =)
Eh. Jangan marah plak yer.

Jadual waktu tahun ni.
Balik rumah tadi, terbongkang atas tilam. Mana taknya, dah penat seharian kat sekolah ngan pelajar kelas hujung. Lalala~ Terasa mahu menari.
Oh jadual. Sangat padat. Sekolah kekurangan guru. Memang sudah sedia maklum. Guru yang ada inilah yang menjadi mangsa.
Tadah tangan. Berdoa. Mudah-mudahan ada guru praktikal yang datang seperti sekolah Asma.
Amin.

Dan. Mudah-mudah PPD atau JPN ada menghantar guru ke sini untuk mengisi kekosongan yang ada. Penat wey.....

Adakah aku tidak ikhlas?
Tak. Aku bukan tidak ikhlas ingin mendidik anak bangsa.
Tapi jika anak bangsa pun ala kadar nak belajar, aku plak asyik terjerit sana sini, mahu terkeluar anak tekak ni. Dan mahu pengsan aku dengan 8 masa sehari itu. Apa aku nak buat lagi dengan anak bangsa. Aku hanya usahakan untuk menjadi guru yang terbaik sahaja. Mudah-mudah Allah membuka pintu hati murid-murid ku. Amin.

Tak pe.
Kuat semangat. Minggu ni nak balik Gemencheh. Nak jumpa en. Hati yang dicintai. Menghitung hari, detik demi detik. Senyum sampai telinga.

Sebelum balik, sedang buat research tentang cara mahu jadi lebih romantik.
Hehehe. Mahu menyemarakkan lagi hubungan yang ada. Lambatnya balik. Nak buat praktikal ngan en. Hati ni. Eh.

Aku harap, hubungan jarak jauh ni akan terus mekar dan romantik sampai bila-bila.
Dan Doaku. Moga Allah pindahkan aku cepat-cepat ke sisi en. Hati. Amin. =)









Nota Pinky;
"Sebenarnya baru sehari aku di Kuching. Tapi terasa seolah-olah seperti sudah lama berpisah dengan en. Hati. Aku sangat rindukan dia. Terasa pandangan mata ini masih ada rupanya yang membuatkan aku terus tergoda. Sayu hati. Menghitung hari sambil tersenyum sendiri. I tak sabar nak jumpa u, Sayang."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Anonymous said...

Hi there, just wanted to tell you, I enjoyed this blog post.

It was helpful. Keep on posting!

Visit my weblog; bmi calculator female