RSS

2013. Welcome.

Selamat Tahun Baru.

Azam tahun baru adalah...
Pindah dan berada di sisi en. Hati dan mahu menjadi chef separuh masa untuk en. Hati yang tercinta.

Itu boleh di kira azam tak?
Kalau tak kira pun, aku akan kira sendiri. Haha. Senyum sorang-sorang menghadap dinding. Yeah!

Walaupun ada sedikit kemustahilan di dalam azam tahun baru aku itu, aku tak kesah. Janji, azam itu membuatkan aku rasa bahagia. Lalala~ Hati menyanyi riang ni.

Kepada semua yang mengenali.
Selamat tahun baru. Semoga semua dirahmati oleh Allah.
Senyuman dari Pinky sempena tahun baru. =)











Nota Pinky;
"En. Hati, I miss U. So much. Tiket i dah beli. Jumpa u nanti Sayang.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bunga-bunga ujian ku galas dengan tabah.

Kebelakangan ni, aku jarang mencoret. Aku pun sudah tidak pasti kenapa dan mengapa. Yang aku tahu, aku seolah-olah tidak pandai mahu meluahkan yang terbuku. Pada sahabat pun aku jarang berkongsi. Ntahlah. Noktah disini.

Mungkin tension dengan semua yang menimpa.

Tetiba Miss J muncul tanpa diundang. Kata housemate, aku sedang stress. Aku ketawa besar-besar. Dalam hati, aku menafikannya.

Kebelakangan ni, sangat banyak perkara yang tak diundang datang. Aku anggap Allah sedang menguji tahap ketabahan aku. Mungkin. Siapa tahu, kan. Dan. Aku rasa ia meningkat. Tapi otak aku kekadang hang (betul ke ejaannya. Haha.) jugak sekali sekala. Menyebabkan aku terpaksa setting semula.

Setting otak, tidak bermakna aku tidak berlapang dada ye kawan. Kalau sesiapa ade ditempatku, nescaya dia akan tahu jeritan batinku.

Bertabahlah. Bunga-bunga ujian ini hanya datang kepada orang yang betul-betul terpilih sahaja.
Itu kata seorang kawan. Sama ada betul atau tidak kata-katanya, aku tidak peduli. Yang pasti, kata-kata itu membuatkan aku senang dan mampu tersenyum.

Aku berharap semua perkara yang telah ku atur berjalan lancar.
Amin.


Nota Pinky;
"Senyum itu perkara yang paling senang dilaksanakan. Tapi saat ujian menimpa, ia menjadi perkara yang paling sukar dilaksanakan. Senyumlah wahai diri. Kerana senyum adalah penawar bagi hati yang gundah."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 pasang. Dan tambah lagi. Mula mahu ketawa.

Ok. Done. 3 pasang tudung telah siap dihantar untuk jahit tepi dan 3 pasang tudung telah siap di gunting. Total = 6 pasang tudung. Syabas!
Semalam siap baju raya Cik Siti Kembang Puteh. Malam ni macam nak potong baju sekolah Cik Syima Setampuk Manggis je..Hehehe. Tapi dah potong pun badannya. Jap lagi siap laa tu.

Titik. Baru settle bab tudung.
Bab baju tak masuk lagi. Sekarang, dah ade lebih kurang 10 pasang. Tadi mak tambah lagi. Hahaha. Bagus. Selamat menjahit dengan jayanya Puan Pinky..

Bab baju raya aku.
Aku kena siapkan cepat. Nanti nak kena uruskan hantaran tunang adik aku plak. hehe.
Sedang memikirkan aku mahu jahit baju apa yer.. Aku nak jahit baju kurung. Tapi en. Hati tak suka aku pakai baju kurung. So mesti dia nak aku pakai kurung moden laa tu.. Nanti laa aku fikirkan.

Sekarang sedang berbincang dengan dealer.
2 dealer sudah aku tanya. Stokin Syria kehabisan stok. Sebab Syria sedang berperang. Jadi kilang buat stokin di tutup sementara waktu. Bagus.
Aku ingat, aku ade stok lagi. Rupanya, stok beige dah habis dan tinggal yang pendek sahaja. Yang panjang hanya ade kaler hitam.
Oh! Apa ni? Aku membebel pasal perniagaan stokin aku plak. Hahaha.

Sekarang, ade orang menawarkan aku untuk buat tempahan tudung plak. Memang aku nak. Tapi aku tak tahu mana nak mulakan dulu. Sebab masa aku sangat terhad. (Itu yang aku rasa sekarang. Tapi sempat lagi aku main-main godek-godek internet.) Haha. Boleh?

Ok la. Mahu sambung memotong baju sekolah Cik Syima Setampuk MAnggis jap. =)

Esok nak jahit baju raya aku. Dan juga nak kena fikir, bila aku nak potong jubah idaman hati tu. Hehehe.







Nota Pinky ;
"Walaupun hidup kamu dipenuhi dengan segala macam kerja, tapi jangan lupa menuntut ilmu walaupun sesaat. =) Ini yang perlu aku buat. Memberi ilmu kepada orang. Oh! Tajuk apa tazkirah aku nanti yer?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ingatkan cuti sekolah, aku tak busy. Rupa2nya...

Disember datang dengan banyak kerja yang belum diselesaikan.

Hmmm.. Baju masih lagi berbaki untuk dijahit. Aku kira mungkin dalam 8 pasang lagi. Aku pun tak tahu. Tak ku kira dengan baik. 

1 pasang, aku ingat nak belajar buat jubah sendiri. Hehehe. 
Ntah boleh ke tidak. Tapi plan dah di buat. Potong nya je belum. Nak kena pergi rumah cikgu jugak nak potong. Seram laa potong sendiri tanpa pengawasan guru yang telah aku sendiri tauliah kan. Haha. 

Hati pun rasa tak sabar nak jahit jubah. Berdebar-debar. Macam nak pergi dating ngan en. Hati plak aku rasa. Haha.
InsyAllah, menjadi nanti.

Rutin seminggu sekali adalah mengurut.
Rutin 2 minggu sekali jumpa doctor.
Alhamdulillah. Kedua-duanya mengatakan kesihatan aku bertambah baik dari semasa ke semasa. Bangga dengan diri sendiri yang  bekerja dengan kuat.
Cuma kalsium je belum cukup dengan baik. Tak pe. Akan aku teguk susu sehingga kembung perut. Hehehe.

Sekarang, aku ngah upload photo.
Hajat nak berniaga. Nak cari duit poket lebih. Hehehe. Tapi niaga ngan barang mak dulu. Haha. Upload masuk barang-barang yang mak jual terlebih dahulu. Nanti ada modal lebih, aku buat sendiri plak. Nyum3.
InsyAllah ade rezeki untuk aku. =)

Aku terbayang, cuti sekolah akan aku isi ngan goyang kaki dan berehat-rehat ngan sepuas-puasnya. Rupa-rupanya... lagi busy dari hari aku sekolah.

Ni tak masuk lagi ngan nak buat barang hantaran adik aku nak kawin nanti. Ish3. 
Biasalah, nama lagi kak long. Kan....








Nota Pinky ;
"Ya Allah, murahkan rezeki ku dan keluarga ku serta sahabat-sahabat ku.. Amin."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat datang December 2012.

Sedar tak sedar, dah Disember.
Dah akhir tahun dan dah nak masuk tahun 2013. Cepatnya masa berlalu. Kan?

Alhamdulillah.
Aku sambut kedatangan disember dengan penuh ceria.
Hari ni appointment jumpa doktor. Result kesihatan aku bertambah baik. Dan aku akan berusaha lagi untuk menjadikan ia bertambah baik dari sekarang. :) Senyum dengan penuh tekad. Yeah~!

Lepas jumpa doktor, biasalah.Ubat akan ditambah. Macam-macam jenis ubat dah ni. Sampai kekadang dah jadi boring yang bersangatan untuk makan ubat. Huhu.Tapi kerana hidup ini adalah amanah Allah, perlu jaga kesihatan dengan baik. Betul tak?

15.12.2012.
Doktor bagi tarikh appointment lagi. So bersedia untuk mendisiplinkan diri dengan ubat yang ada. Hehehe. Itu pesan doktor. Aku senyum je. InsyAllah segalanya akan baik nanti. Ye sayang?

2minggu sekali jumpa doktor. Seminggu sekali jumpa bidan.
Rasa hidup lebih teratur. Tapi lepas balik kuching nanti, entah macam mana pun aku tak tahu. Harap bertambah baik dan kalau boleh, moga-moga doa aku diperkenankan oleh Allah. Walaupun orang kata mustahil. Tapi aku percaya, tidak ada perkara mustahil di sisi Allah.

Perlu menjadi lebih tabah. Perlu menjadi lebih kuat.

Senyum untuk diri.









Nota Pinky ;
"Sayang, rasanya tak sanggup mahu berpisah dengan u. Tapi oleh kerana ianya untuk kehidupan kita juga kelak. I relakan. I akan rindukan U 3 minggu lagi.. =)"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beban terlerai jua akhirnya.

30 November.
Yeah~! Alhamdulillah. Siap jugak PBS aku. Haha. Bagus kan jadi cikgu macam aku ni. Hari terakhir baru siap key in. Hmm.. Bukannya aku tak key in. Cuma lambat sikit. Dan tepat pada tarikh apa. Hehehe. NAk bela diri la tu!

Aku kan orang busy.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sekarang.
Mahu tidur dengan lena dan bersemangat.
Di sisi en. Hati tersayang. Senyum sampai telinga sebab rindu terubat. =)

Kena tidur awal malam ni.
Esok Dr. Aziz nak bagi ceramah kesihatan kat aku plak. HAha. (Itu yang aku rasa la. Tunggu dan lihat jela.) Berdebar plak. Hmmmm..









Nota Pinky ;
"Thanks Sayang. I like semua hadiah yang u bagi. :) I sayang bukan sebab U bagi I hadiah tau.. Tulus dari hati ni tau Sayang... =) "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ku tunggu kamu.

2 minggu berlalu dengan cepat semenjak aku jejak kaki ke kampung laman.
Cepat sungguh masa berlalu. Bukan? Mungkin ini adalah salah satu tanda dunia sudah dekat dengan kiamatnya. Hmm.. Jom muhasabah diri sejenak.

Esok. Jumaat. 30 Nov 2012.
Tarikh tutup key in markah PBS yang telah di lanjutkan sebanyak 10 hari. Haha. Tapi aku masih tinggal sikit lagi markah yang belum di key in. Bagus bukan jadi cikgu macam aku? Haha.

Oh! Kalau kamu tahu jadi cikgu macam aku sangat-sangat lah busy.
Kamu tidak akan berdoa supaya kamu menjadi aku. Percayalah, kawan.

Noktah.

Sekarang, tengah minum susu. Harus minum susu 2 gelas sehari. Sebab aku kekurangan kalsium. Senyum. Eh! WAJIB minum. Dan sekarang boleh senyum lagi. Haha. Dan ketawa. Tabahkan hati yer. =)
Baru minum separuh susu. Tapi tumpah. Itu namanya tidak ada rezeki. Kan?
Haha.

Aku tahu, hidup ini tak lah selalu indah. Mungkin. Tapi... Bila kita menikmatinya dengan baik, kita akan tahu bahawa hidup ini adalah untuk dinikmati. Bukan untuk ditangisi. Yer tak? Iyer kan jelah.

So, walaupun kesihatan sekarang tidak sebaik dulu, tapi aku harus berterima kasih pada Allah sebab masih memberi nikmat sihat. Boleh bernafas dengan baik dan aman lagi. Senyum lebar-lebar.

Mata rasa tak boleh nak pejam. Sebab tunggu en. Hati balik esok hari.
Dengar en. Hati nak balik pun, hati aku tak keruan dan berdebar-debar. Ni kan pula dia ada kat depan mata. En. Hati memang berpotensi untuk menikam hati ku supaya tidak pernah berganjak untuk terus menyintainya...

Oh! Aku sangat merinduinya setelah 2 minggu tidak melihat wajah comey suamiku itu.
Allah saja yang tahu hati ini..
Pejam mata rapat-rapat.










Nota Pinky ;
"Sayang, cepat balik. I sangat rindukan U ni.. I tunggu kepulangan U dengan senyuman semanis kurma. Hehehe... :)"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tak habis lagi ni.

19 Nov 2012.

Sedar-sedar dah pun 2 minggu aku balik semenanjung.
Kerja sangat banyak. Semua belum diuruskan lagi. PBS, ya Allah, time line laju, aku senyum hingga ke hujung telinga. Time line....... hmm. Mula lah aku rasa tension. Haha.

Sekarang...
Service Unavailable.
Yes!
Teruskan.

PBS tak habis-habis. Hahaha.
Macam mana nak habis kalau buatnya ya Allah, susahnya nak masuk. Bertambah dengan banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan. Time ade masa, line PBS plak KO. Macam mana nak habis kerja.

Sabar. Sabar. Sabar. :)

Malam ni, nak balik Jerteh.
Tak sabar nak berehat dengan baik dan berpanjangan. Haha.









Nota Pinky ;
"Sayang, U jangan nakal-nakal tau. Jumpa 2 minggu lagi. :)"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari kedua di Semerah Padi.

Hmm.. Betulkan suara dulu. Assalamualaikum. 


Jam 640 pagi. Dah ade kat SMK Semerah Padi. Have to be here. Maklumlah, mintak tolong orang hantarkan je. Kan? 

Terima kasih kepada Puan Fizah kerana sudi menghantar aku ke sini. :) Jasa mu ku kenang.

Sekarang rasa nak muntah. Tekanan dari Kursus Penyebaran PBS ni. Harap cepat berakhir. Sebab malam ni dah nak naik flight dah. Yeah!

Tak sabar mahu balik ke Gemencheh. 
Mahu jumpa en. Hati yang tercinta. Berdebar-debar dari pagi tadi lagi ni. =) Rasa bahagia pun ade. Sekarang mahu menjalani slot-slot untuk kursus PBS dengan senyuman meleret. Haha. Boleh?

Slot 4.
Berkenaan pemarkahan. Perlu mendengar dengan baik. Baru ingat nak berjalan-jalan di blog kawan-kawan. Sambil meninggalkan komen. Tapi baca saja lah. 
Ok. Stop Pinky. =)










Nota Pinky :
"Setiap kali mahu berjumpa en. Hati, getaran hati ini pasti terasa. Betapa aku sangat menyintai dia sehingga memikirkannya pun sudah membuat aku tidak keruan. I love U sayang.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kursus PBS.

Aku sangat busy berkursus.
Doakan aku tidak giler berada dalam kursus. YA!
Aku takut ada yang akan dihantar ke Rumah Bahagia nanti. Haha. Ketawa dengan sopan sambil tutup mulut.

Semuanya baru buat ku. Rasa kerdilnya diri bila dintanya jawapannya tidak tahu. Oh! Tarik nafas dalam-dalam. Hembus kuat-kuat.

PBS. PBS. PBS.
Sambil menggeleng kepala.

PBS untuk form 2 plak. Siaplah nanti tahun depan.. Termuntah sekali lagi. Haha.




Nota Pinky ;
"Tak sabar mahu balik Gemencheh. Jumpa Mr. Hensem kesayangan."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Result eg-Tukar.

3nov.
Ya. Result eg-Tukar keluar hari ni. Aku pagi-pagi dah pergi sekolah. Tak ingat apa-apa. Sampai sekolah jam 9pagi. Banyak plak dihujani dengan persoalan tentang eg-Tukar ni. Aiyyaahh.. Malas mahu menjawab. Sesetengah msg ku tinggalkan tanpa jawapan.

Jam 10 pagi. Aku belum pun tengok result.
Ya. Aku lupa mahu tengok sebab aku sedang busy mengemaskini fail PBS pelajar-pelajar kelas ku. Haha. Bila teringat, aku terus buka.

Jawapan masih juga sama. Sedang diproses.
Ada msg masuk. Seorang kawan mengatakan, "tunggulah malam ni jam 8.30malam. Result akan keluar."

Aku dengan selamba menyambung PBS yang terbengkalai tadi. Tanpa perasaan plak tu. Ish3.

Jam 8.32 malam.
Permohonan aku ditolak mentah-mentah. Tapi tak pe. Ade tempoh rayuan kan? So merayu sampai dapat yer. :) Senyum lebar.

"Sis, kau nangis tak?"
"Tak."
"Kau ni macam tak de perasaan pun."
"Yup. Sebab aku penat. Dan tak sempat lagi nak fikir eg-Tukar. Aku ngah fikir PBS yang tak siap lagi ni."
"Bagus betul. Kalau aku dah nangis dah sebab permohonan di tolak. Jauh ngan suami plak tu."

Kawan.
Kamu tak tahu betapa sakitnya hati aku. Betapa rasa terkilan ini semakin dalam bila berjauhan dengan suami. Tapi Allah menguatkan hati aku. Semakin hari semakin kuat. Hingga sekarang baru aku tahu apa itu erti ketabahan.

Aku tahu, Allah sedang menguji aku.
Aku harap sangat ujian Allah ini dapat aku langkaui dengan penuh kesabaran. Tanpa tangisan. Tanpa kesedihan. Dan penuh dengan keredhaan. Senyum.

Kalau ikutkan hati, mahu saja aku meraung dan menggelupor melepaskan semua yang tebuka. Tapi itu bukan sifat ku. Aku pasti, bila Allah datangkan satu masalah, akan ade jalan penyelesaiannya.

Hati aku sangat tenang menerima segala keputusan yang akan datang.
Kini, ia menampakkan kesannya. Allah.. bahagianya merasai nikmat mu...

Sayang.
Sabar yer buat sementara waktu ini.
Pasti ada hikmah disebalik semua yang ada.








Nota Pinky ;
"Kamu tak kan rasa senang nya menyelesaikan masalah bila kamu selalu lari dari masalah. Jangan lari dari masalah. Tapi kejarlah masalah. Nescaya kamu tidak akan bermasalah"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jadual sebelum balik.

2hb Nov.
Hari last sekolah. Ramai pelajar yang tak hadir. Bagus.
Aku pun busy. Sedang  mengemaskini fail PBS pelajar. Haisshh.. Rasa sangat terbeban. Esok nampaknya terpaksa turun sekolah. Sebab banyak lagi yang perlu disiapkan ni.
Berdoa. Semoga sempat siap sebelum aku balik ke Gemencheh menemui suami.

Esok 3hb Nov.
Result eg-Tukar. Semua orang busy pasal eg-Tukar. Aku plak busy dengan PBS yang memang menyamankan otak.

Ade seorang kawan bertanya, "Apa yang kau rasa tentang eg-Tukar?"
Aku jawab dengan selamba. "Aku tak rasa apa-apa. Hati aku tak berdebar langsung. Aku sebenarnya lebih kepada tak tahu apa yang aku rasa. Mungkin." Merenung jauh.

Kekadang pelik dengan perasaan sendiri.
Mungkin belum tiba aku merasakan sesuatu yang patut aku rasakan.

3 & 4 Nov.
Esok dan lusa. Aku perlu ke sekolah. Walaupun semua guru di sekolah semua sibuk bercuti. PBS masih lagi berbaki. Aku tidak dapat menyiapkannya hari ni. Tapi sudah berjanji dalam diri akan menyiapkan semuanya sebelum melangkah kaki ke dalam pesawat puteh berbelang merah itu.

Diam sebentar. Pejam mata. Tadah tangan.
Berdoa.
Semoga Allah menyenangkan segala urusan ku. Amin.

5, 6 & 7 Nov.
Aku dihantar untuk berkursus PBS form 2. Bagus. Dah cuti baru nak hantar kursus. Masa dulu tak nak hantar. Aiyaa...

Tapi aku akan hadirkan diri pada 5 dan 6hb sahaja. Dan sudah pun ade penggantinya. Alhamdulillah. Berjalan dengan lancar.

6hb jam 9.05malam aku akan berlepas ke Kuala Lumpur. Harap kapten kali ni yang banyak pengalaman sikit yer. Haha. Lenguh naik kapal dengan kapten yang tak de pengalaman. Amboi. Naik airasia je. Pastu nak demand-demand plak. OK. Stop. =P

Mak mertua masuk wad.
Kali kedua. Ya. Kali kedua. Menantu yang baik seperti aku masih di sini. Tak balik-balik lagi. Hmm. Bagus. Dan dua kali tak menjenguk mak mertua ku itu. Apa khabar dia. Aku hanya dapat kirimkan doa dari jauh.
Maafkan aku.

Sekarang. Aku penat. Mahu rehat. Supaya esok bangun ngan penuh semangat.
Yeah! Semangat!









Nota Pinky ;
"Rindu sangat pada en. Hati. Adakah dia pun merasakan apa yang aku rasa?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terima kasih kepada semua viewer.

Salam sejahtera dan selamat petang semua.

Sekarang, aku sedang mendaftarkan murid untuk mengisi tahap pencapaian murid dalam PBS. Alhamdulillah. Sedikit berjalan dengan lancar. Walaupun sedikit, adalah juga perkembangan. Kan?

Sedang aku menunggu PBS yang amat laju ni loading, aku memerhatikan sesuatu di blog.


Aik. Ramai betul yang view blog aku sekarang. Kalau dulu 1 hingga 3 orang pembaca sahaja. Hmm. Aku jadi tertanya-tanya siapakah mereka semua.

Tapi betul ke ni?
Kalau betul, terima kasih kepada siapa yang selalu view tu. Welcome to my world. Ececece. Speaking gitu. Haha.

Aku nak sambung tunggu web PBS loading ni. Macam tunggu buah tak gugur pun ade. Ish!









Nota Pinky :
"Sedang memikirkan macam mana nak pergi kursus. Transpot tak de. Adeh! Esoklah bincang ngan KP. Harap dapat membantu. InsyAllah."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rasa macam nenek plak.

APC.
Anugerah Pelajar Cemerlang.

Hari ni, tak de PNP. Sebab ada majlis APC. Tapi aku tetap lagi kelam kabut. Mungkin boleh dikategorikan tahap maksima dah. Penangan PBS punya hal. Mata dah berpusing-pusing. Semua nak kena siapkan sebelum esok. Bagus. Eviden tak masuk pun lagi dalam fail pelajar. Haha. Gelak besar-besar.
Banyak tu kerja. Sebab aku ade 100 orang pelajar dan 157 eviden. Yeah!

Aku suka situasi ini. Senyum. Nah! Senyuman bahagia ni KPM..

Fail individu dah siap. Sekarang mahu tanda kertas yang berbaki dan masukkan. Dan key in kan. Dan pilih. Dan fotostat. Dan tinggalkan sekolah dengan hati yang tenang dan siap semuanya. Banyaknya dan. Haha.

Sakit la plak perut ni. Bagus. Time ni laa nak meragam pun.
Tinggal isu sakit perut ini.

Ini tak masuk hal lagi dengan isu sumatif, formatif. Aku masih tak print untuk dimasukkan ke dalam fail pelajar. Bagus. Semuanya tergendala sebab line internet sangatlah lembab. Adeh! Bukan internet yang salah. Tapi web yang salah.

Aku dah rasa macam orang tua dah. Sebab asik duk membebel je ni. Aduhai.
Stop membebel. Dan sekarang nak buat kerja.









Nota Pinky ;
"Bagus. Time nak balik ni baru nak bagitahu yang aku kena hadiri kursus. Syabas PPD! Kursus 3 hari. Aku hadir 2 hari saje. Haha. Hari ke-3 i balik. I dah cakap kat u PK1. Lalalala~"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SPPBS. Suka atau Tertekan?

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua.
Maaf Zahir Batin.

Walaupun aku rasa sudah lambat mahu mengucapkannya. Tapi, aku rasa masih tidak salah, bukan? Memandangkan kalau Aidil Fitri kamu semua akan sambutnya 1 bulan, bukan?

#####

Sekarang.
Aku memang busy-busy-busy tahap langit ke-7 sudah. Naik sakit kepala aku. Ini lah padahnya jika KPM memostingkan guru-guru yang patut di postingkan awal tahun menjadi pertengahan tahun. Mana nak kejar silibus lagi. Mana nak tahu peningkatan murid lagi. Mana nak periksa sama ada murid faham ke tidak. Mana boleh mengajar sekadar mengejar silibus, tapi murid 1 haram pun tak faham. Lagi-lagi murid-murid sekolah "khas" macam sekolah aku ni.
Naik berputar kepala aku ni haa..

Semalam.
Ade seorang guru sampai termuntah kerana menghadap bahan-bahan PBS. Itu pun masih lagi keluar dalam newspaper, PBS tidak membebankan guru. Haha. Aku ketawa sekuat hati bila membacanya. Aku tidak suka nak bergaduh.
Tapi kalau kamu tahu, kamu akan rasa bahawa PBS akan membebankan guru yang mengajar kelas tercorot. Kalau mengajar budak macam budak-budak pandai, Sekolah berasrama penuh, MRSM, sekolah elit, dan sewaktu dengannya, oklah. Ni mengajar sekolah yang... Ya Allah.......

Nak suruh menghabiskan eviden yang dorang kena buat pun seolah-olah mahu meletup perang dunia, inikan pula bila tak lulus band dan murid akan buat benda yang sama dalam soalan yang berbeza sampai lulus. OH! Aku mengajar 3 kelas form 1. 2 daripadanya kelas ke 9 dan ke 10. Sakit otak Allah aje yang faham.

Beristighfar.
Menarik nafas dalam-dalam.

Siapa kata menjadi seorang guru, senang?
Kalau diberi pilihan, aku tidak mahu berada di tempat aku sekarang. Tapi, hanya ini sahaja pilihan yang aku ada (sekarang. Akan datang tak tahu lagi.)

9.07pm.
Aku masih lagi menyusun kertas-kertas PBS.
Dari jam5 pagi tadi sampai sekarang, kerja ku belum habis. Bagus. Lebih dari 8 jam aku berkerja. Kalau lah ade bayaran OT, sekarang aku sudah kaya. Kan?

Oh. Aku mahu tanya kamu.
Adakah kamu suka PBS atau tertekan dengannya?

Jawapan aku ada 2.
  1. PBS untuk murid 1B ; aku suka. Semua jawapan yg aku tanda adalah betul. Tidak susah untuk mengajar mereka semua.
  2. PBS untuk murid 1F & 1G ; Aku sangat stress memikirkan kelas ini. Mendengar nama kelasnya pun sudah buat aku stress. Inikan pula menanda jawapan murid. 
Jawapan kamu plak, macam mana?

Oh Allah. Tolong lah aku.

Sekejap lagi, Aku mahu baring dan rehatkan minda. Tidur dengan nyenyak dan tidak mahu ingatkan apa-apa. Kalau ade orang tolong urut pun ok. Urut sampai tertidur. Wah..











Nota Pinky ;
"Sayang, baru 3 hari berpisah dengan mu. Hati ini sudah mula merindui kamu. 7hari lagi, kita jumpa. Tunggu i yer Sayang..."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Melalut entah apa-apa di airport.

2 minggu kebelakangan ni, aku sangat banyak kerja.
Baru sekarang aku rasa suasana kerja yang memang kerja. Kerja yang banyak. Datang bertimpa-timpa. Berterusan dan tak pernah habis. Dan dalam 1 minggu, 2 batang pen merah telah berjaya ku habiskan dakwatnya. Nampaknya balik beli pen merahlah aku. Haha.
Nama nya lagi guru. Kan?

Airport Kuching.
Ye. Sekarang aku berada di Airport. Sedang menunggu flight yang bertuah tu datang. Flight jam 4 petang telah delay. Mungkin kerana hujan kat luar tu sangat lah lebat. Cuaca tak elok sangat kot. Sekarang pun, internet sedang bermaraton sesama sendiri. Lajunya ya Allah internet hari ni. Tapi akibat boring yang bersangatan, aku hadap jugak. Sila gelakkan diri sendiri.

Rasa sangat tidak sabar untuk balik.
Tapi rasa tension sebab balik kali ni,  muka penuh dengan jerawat.
Ok. Aku tipu. Tak de lah penuh. Cuma atas dahi 2 biji. Pipi kiri 2 biji. Dan di dagu 3 biji. Total 7 biji. Haha. Sedang mengira Miss J yang melawat gitu.

Menyesal pun ada menggunakan produk tu. (Mungkin tak sesuai dengan kulit aku kot.) Daripada nak hilangkan jerawat bertambah-tambah jerawat ni. Huhu. Dah 3 bulan pakai, makin banyak jerawat nya. Bukan makin sikit. Dulu asal ade sebiji 2 biji, sekarang! Nah! Amik kau. Sekali melawat sampai 7 biji. Dan tak pernah nak habis plak. Adeh!

Aik. Cerita bab Miss J plak. Lupakan jela. Haha.

Hm. Terasa lenguh belakang, pinggang dan bahu.
Dari jam 2.30 petang sampai 5 petang aku terpaksa duduk je. Nak baring dan check in dah. Dah ade depan gate 2 dah ni. Haha. Masuk tu baru tahu, flight delay. Haha. Boleh plak macam ni.

3jam setengah. Sorang-sorang. Memang boring.
Dan sekarang, macam-macam yang terlintas kat fikiran aku. Hahaha. Biasalah. Memang aku suka termenung pun sekarang. Hobby baru.

Tapi semua yang terlintas tu, tak dapat aku nak ceritakan.
Sekarang, otak aku penuh dengan en. Hati tercinta. Dah terbayang-bayang dapat jumpa dia jam 5.30 petang nanti. Aleh-aleh, 5.30 petang baru nak bertolak. Rugi masa aku 2 jam, tahu air asia? ;p

Mahu melilau mencari gula-gula.
Tadi terlupa nak beli. Nak bagi hilang sikit berdengung-berdesing-sakit telinga aku ni haa. Sah mahal. Agaknya 20sen/biji. Kan?








Nota Pinky ;
"Hari ni aku melalut je. Tak tahu laa apa aku bebelkan sorang-sorang. Dah namanya duduk sorang-sorang, dah jadi rupa tiga suku dah ni. Haha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jawapan istikarah aku, sudah. Kamu bagaimana?

Senyum.
Dan ucapkanlah Alhamdulillah. Kerana Allah masih lagi mengurniakan nyawa kepada kita untuk meneruskan hidup.

Cuti 2 hari yang blur.
Aku tak tahu aku buat apa cuti 2 hari ni. Aku sedang fikir. Sebab baru hari ni aku sedar.
Pagi. Sedar kali kedua dah tengah hari. Tengok-tengok dah petang. Dan sekarang, jam 8malam. Oh. Cepatnya masa berlalu. Aku buat apa je cuti ni? Yes. Termenung.

Aku rasa, aku perlu cari satu kerja supaya aku boleh penuhkan masa yang ada. Haru jugak kalau buang masa macam ni.

Teringat soalan seorang kawan yang buatkan aku senyum lebih lebar dari kebiasaan.

Dia bertanya tentang pengalaman aku membuat istikarah sebelum aku memutuskan untuk bertukar status.

"Kak, macam mana pengalaman kak buat Istikarah? Saya takut nak buat. Saya takut, orang yang saya sayang tak kan muncul dan Allah tunjukkan orang lain. Saya takut nak terima keputusan tu. Saya takut nak berdepan dengan kedua-duanya."

Aku akui. Memilih memang susah. Tambahan pula, keputusan pilihan yang kita buat tu adalah untuk selamanya. Kita akan melangkah ke alam lain dengan hanya satu pilihan. Itu sangat menyulitkan.

Tambahan pula, lelaki yang harus kita pilih itu kedua-duanya adalah baik dan mempunyai ciri-ciri lelaki idaman kalbu. Kan?
Itulah kegunaan istikarah.

Ya. Istikarah aku lakukan. Demi diri sendiri.
Aku ceritakan pengalaman ku pada mu, kawan. Mungkin ia boleh membantu mu menenangkan hati yang gundah.

Tempoh. Ku pilih adalah 7 malam. Berturut-turut.
Kata orang, 3 malam sudah memadai. Tapi aku memilih untuk membuat 7 malam. Pada pendapat aku, 7 malam adalah lebih bagus. Mungkin lebih lama untuk kita berhadapan dengan Allah, Tuhan yang Maha Penolong.

Solat Taubat.
Aku mulakan dengan solat taubat. Memohon agar segala dosa yang pernah aku lakukan, sama ada sedar atau tidak, diampunkan Allah.
Kegunaan solat Taubat {seperti yang aku pelajari}. Bila dosa ada dalam diri, petunjuk susah nak masuk. Kata tok guru aku dulu. Jadi mestilah kita pohon dosa kita diampunkan. Dan mudah-mudahan terampunlah dosa kita. Barulah senang cahaya hidayah petunjuk nak masuk.

Diikuti, solat tahajud.
Tok guru kata, siapa yang buat solat tahajud, peratusan Allah makbulkan doa adalah amat tinggi. Jadi, bagus untuk lakukannya tatkala kita memang perlukan petunjuk Dia yang Maha Esa.

Selepas itu, solat hajat.
Solat hajat ni, tok guru kata, kita kena doa dan cakap dengan hati yang ikhlas pada Allah apa hajat kita yang sebenar. Ceritalah pada Allah. Sesungguhnya Allah suka hambaNya bercerita pada Dia.

Aku sudahi dengan Solat Istikarah.
Solat ni kita lakukan sebab nak tahu mana baik antara dua. Yang mana lebih boleh bimbing kita ke arah yang lebih baik. Ke arah syurga, mungkin.
Kita kan tengah blur nak pilih mana satu. Mungkin pada mata kasar kita, kedua-duanya baik. Kedua-duanya sweet je... Kedua-duanya gentleman habislah... Kan?

Solat istikarah ada doa. Kan?
Kalau nak baca doa yang disediakan pun boleh. Kalau nak luahkan isi hati kita pun boleh. Tapi tok guru cakap, ceritalah pada Allah apa yang ada dalam hati kita. Walaupun kita tahu, Dia memang sudah tahu apa masalah yang menganggu hati kita kala tu.

Tapi ini doa yang aku guna masa aku buat solat istikarah.
Bagi aku, kalau sesiapa yang mahu berdoa begini hati kena kuat sangat-sangat. Sebab apa yang didoakan ni sangatlah "seram" aku kategorikannya. {Itu pun jika kamu sangat menyintai salah seorang daripada mereka. Dan cinta itu kamu rasa hanya untuk dia.}

Mulakan dengan pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan doaku...

"Ya Allah, hanya Engkau maha mengetahui segalanya. Hanya engkau jualah tempat aku mengadu. Ya Allah, sesungguhnya aku tersepit antara dua kehendak hati. Aku tidak tahu siapakah yang aku pilih. 

Aku tidak menginginkan kecenderungan hati, aku juga tidak mahu melihatnya di dalam mimpi. Aku cuma mahu jika benar dia jodohku, Kau senangkanlah urusan kami. Kau satukanlah kami seperti mana kau satukan Rasulullah dan Khadijah. Sepertimana Kau satukan Adam dan Hawa. Sepertima kau satukan Ibrahim dan Hajar. 

Tapi jika dia bukan jodoh ku, kau jauhkanlah dia dari ku. Sepertima kau jauhkan syurga dan neraka. Sepertimana kau jauhkan langit dan bumi. dan Kau hilangkanlah dia daripada penglihatan aku, Kau lupakan aku padanya dan kau pisahkanlah kami sehingga kami tidak ketemu lagi... 

Amin.."

Part yang paling aku takut adalah semasa pengakhiran doa.
Tapi aku gagahkan jugak diri. Aku tabahkan jugak hati. Dan segalanya aku serahkan padaNya.

Aku ingat pesan mak.
Istikarah itu petunjuk dari Allah. Sama ada kita suka atau tidak, Allah akan tunjukkan mana yang terbaik untuk kita. Allah akan tunjukkan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Sama ada hati kita cenderung pada salah seorang atau tidak, Allah tetap akan tunjukkan kebenarannya.

Mak pesan jugak, Istikarah perlu sebab kesannya kita tak nampak sebelum akad nikah. Tapi selepasnya.
Dan sekarang, aku nampak, walau apa pun cabaran, ujian, masalah, kami akan laluinya dengan mudah. Alhamdulillah. =)

Tapi semua ni berkat restu mak dan ayah jugak yer..

Kepada kawan,
Aku tahu, kamu boleh buat yang terbaik. Dan selamat menempuhi fasa ujian ini. Tabahkan hati, kuatkan semangat, tetapkan jiwa yer. Aku menyokong dari belakang.
Chaiyok3.












Nota Pinky ;
"Baru sudah melepaskan geram. Dan sekarang, terasa hati meruntun rindu pada si dia.. Aku rindu pada kamu, Sayang.. {Lusa. Balik. Yeah!}"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kami sama-sama belajar.

Setiap perkara dalam sebuah perkahwinan adalah perkara yang baru bagi Kami berdua. Ya. Kita berdua perlu belajar.

Teringat pesanan bonda permaisuri. Kami berdua perlu banyak bertolak ansur. Perlu belajar berkongsi semua kesenangan dan juga kesusahan.

Nampak senang. Tapi, susah sebenarnya. Dan sampai satu tahap, "oh susahnya kahwin."

Sekarang sedang pening menyusun jadual. Kalau dulu, suka hati akulah. Aku punya hidup. Tapi sekarang, nak kena tanya dan bincang dulu. Fuhh. Sesak jugak nafas.

Pastu nak susun kewangan plak. Tiket flight yang semakin hari semakin mencekik darah. Yang membuatkan hidup aku dah macam pening lalat dah.

Kalau tak balik, aku dah rasa macam nak mati je rindu kat en. Hati. Kalau balik kerap-kerap kang,.dah macam gaya anak raja plak asyik naik flight.
Tarik nafas dalam-dalam. Hembus kuat-kuat.

So, nak atau taknak, kami berdua perlu belajar berjauhan. Belajar menahan rindu. Belajar mencari jalan penyelesaian dengan cepat.

Macam nilah kalau hidup berjauhan. Status kahwin pun macam tak je. Itu yang seksa tu.

Aku harap hati makin tabah dari hari ke hari.
Pejam mata rapat-rapat.




Nota Pinky;
"Aku tahu, ade sesetengah kawan yang menjeling tidak suka. Aku tahu, ada sesetengah mereka yang mencebik bibir. Tahukah kamu, jika aku tidak tabah dan berlapang dada, aku tidak akan berdiri di Seri Setia. Sekarang."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya rasa, saya sakit.

Malas kian menebal. Mood kian menghilang.
Penawar yang mujarab sedang berjauhan sekarang. Mungkin mesti mengambil supplement tambahan untuk mencerna jiwa yang makin pudar ini. Mungkin.

Atau mungkin perlu ke kaunter AirAsia sahaja. Satu pilihan juga. Kan?

Atau pun, hanya melelapkan mata yang tidak bulat ini supaya tidur. Nyenyak dan bermimpi indah-indah tentang en. Hati kesayangan. Pilihan yang lain, please. Senyum pada diri sendiri.

Sebab. Ya. 2 3 hari kebelakangan ni, kekadang aku tidur dengan sangat-sangat-sangat nyenyak hingga tak ingat dunia. dan kekadang aku tidak dapat melelapkan mata. Sama seperti keadaan sekarang.

Tulis blog sambil termenung.
Tengok. Sudah hampir jam 11. Oh God. Rasanya aku kena kurangkan termenung kosong tanpa ada apa-apa yang ada dalam otak.
Stop!

Pejam mata rapat.

Jom tidur.








Nota Pinky ;
"Saya rasa saya sakit. Sakit yang tidak ada penawar. Melainkan berjumpa dengan en. Hati. Kamu rasa?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MUdah-mudahan semua berjalan lancar.

Alhamdulillah. Ucapan syukur hanya pada Allah.
Setelah 3 4 hari mak mertua di hospital, syukur, ada juga perkembangan terbarunya. Dan kesihatannya semakin bertambah baik. Harap en. Hati tidak lagi bimbang dan susah hati.

"Sorry yer sayang, i tak dapat berada di sisi u tatkala u perlukan i.." :) Senyum kelat.
"Tapi sayang, i kirimkan doa dan solat hajat untuk u tenang dan semoga mak u semakin sihat.. Mudah-mudahan doa i dimakbulkan Allah."

Berada di sini, aku hanya boleh mengirimkan doa dan solat hajat untuk kebaikan semua orang. Kerana aku pastinya tidak dapat mengirimkan diri sendiri untuk berada di Baling, Kedah.
Maafkan aku.

Kesan solat hajat dan solat tahajjud.
Alhamdulillah. Sudah menampakkan kesannya. Terima kasih kepada Cikgu Sani, atas nasihat yang berguna. Benar katanya. Bila kita selalu solat tahajjud dan solat hajat, bangun malam, semua perkara atau ujian yang mendatang akan membuatkan hati kita tenang dan juga redha atas ketentuannya.

Alhamdulillah. Aku merasai semua tu.
Allahu-akbar. Senyum sendiri.
Aku berharap Allah mengirimkan lebih banyak kekuatan hati pada diri ku. Lebih banyak kekuatan untuk aku menerima segalanya dengan redha. Amin.

Semoga perjalanan selepas ini dipermudahkan oleh Allah selalu.








Nota Pinky ;
"Rindu pada kampung laman. Lambatnya nak balik jumpa mak. :)"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Angau agaknya.

Semenjak dua tiga menjak ni, aku memang suka termenung.
Kekadang termenung sampai tertidur. Kekadang termenung sampai lupa semua benda. Apa yang aku menungkan pun aku tak tahu. Dah jadi macam orang lupa ingatan.

Bila termenung, sedar-sedar dah petang. Pastu sedar-sedar dah malam. Pastu sedar-sedar dah tengah malam. Satu kerja pun tak siap. Ada siapa tahu simptom apakah ini?
Angau ke?

Sekarang, baru aku perasan dua tiga hari ni aku sangat pelik.
Hmm.. Pelik ngan diri sendiri.

Pengajaran hari ni, jangan banyak sangat termenung. Nanti semua kerja tak jalan. Faham, diri?








Nota Pinky ;
"Bila termenung, fikiran kosong. Satu sahaja yang ada, hanya kamu suamiku..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pra honeymoon.

28hb September.
Minggu ni minggu balik ke Gemencheh. Memang tak sabarlah nak jumpa suami tercinta. Bukan saje tak sabar, siap berdebar-debar lagi.

Menjadi seorang isteri kepada suami dan tinggal berjauhan dengan suami bukan perkara yang mudah.
Aku terpaksa menetapkan iman, menjaga hubungan kami suami isteri, saling percaya mempercayai dan banyak lagi pengorbanan yang harus di lakukan.
Kalau sama-sama tak kuat iman, hancur rumah tangga.

Aku harap, Allah menjaga hubungan suci ini hingga ke akhirnya.

Terima kasih, Sayang...
Untuk percutian yang tidak dirancang ini. Rancangnya lain, buatnya lain. Tapi best dan rasa sangat bahagia. Terima kasih Sayang untuk pra-Honeymoon ini. Senyum meleret sampai telinga. U yang terbaiklah Sayang.. I love U so much. =)

Merancang ke Port Dickson. Pergi ke Kuala Rompin.
Puan Farha bertanya, apa itu pra-honeymoon. Jawapan pendek dah di jawab di FB. Dan jawapan panjang sikit, ada di sini.

Pergi honeymoon beramai-ramai bersama kawan-kawan yang ade keluarga juga. Membawa anak-anak (kecuali aku lah) dan ber-barbeque beramai-ramai sambil borak-borak melepaskan tension dan main air+mandi di tepi pantai. Hehe. Kami pergi beramai-ramai dan konvoi 7 buah kereta.

Memandangkan aku sudah berkahwin sudah 1 tahun 4 bulan. Tapi kami tidak pernah ke mana-mana lagi.
Kekangan kerja. Kekangan masa. Kekangan kewangan. Dan pelbagai kekangan lagi membuatkan kami terpaksa menahan, ditahan dan tertahan semua honeymoon yang dirancang. Jadi, oleh sebab pergi ramai-ramai, kami namakannya dengan pra-honeymoon. Hehe.

So. Selepas ini kami akan lebih kerap honeymoon.
Hmm.... Bila berjauhan begini, kami mengambil keputusan untuk honeymoon setiap kali berjumpa. Kata orang, sebelum ada anak, hendaklah menghargai masa yang ada. Wah! Kemain.

Sudah merencanakan sesuatu bersama en. Hati.
Juga bonda permaisuri juga... ;)
Harap semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

Dan.
Walaupun hanya cuti Sabtu Ahad dari Kuching ke Semenanjung, aku sangat happy cuti kali ni.

Nota untuk en. Hati ;
"Sayang, ucapan jutaan terima kasih untuk u. Walaupun tak jadi apa yang kita rancang, tapi u tunaikan jugak janji u. I proud of u Sayang.. Dan sayang i pada u bertambah-tambah. I love u so much. U dulu, kini dan selamanya, Sayang. 
Terima kasih kerana membahagiakan i..."








Nota Pinky ;
"Sayang, i harap kita dapat menempuhi semua dugaan dengan hati yang tabah. Senyuman manis ini hanya untuk u sorang.. I sayang U sangat-sangat. Selamanya."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berkongsi.

Pagi ni ada orang mintak derma. Aku bukan golongan baik Hati sangat. Tapi apa salahnya menderma kan.

"Banyaknya kau derma." Aku senyum.
Dalam Hati."Banyak? RM2 dikatakan banyak.? Ya Allah.."
Bibir hanya menguntum senyum. Malas mahu membesarkan isu.

Tapi sekarang rasa sedih.
Sebab. Ya lah. Derma RM2 pun kata banyak. Tapi kalau shopping RM200 pun kita tak kesah. Macam mana la Allah nak bagi rezeki lebih kalau kita tak nak share.
Hmm.

Terfikir, kedekutnya aku.
Pendapat sendiri. Sebenarnya kedekut ni adalah sifat tak baik. Teringat kata-kata Kak Lina. Orang kedekut ni jauh dari Allah, dekat dengan neraka.. Senyum.

Kedekut.
Makin dilayan, makin kedekut. Takut jugak kalau dari kedekut jadi haji Bakhil. Harap jauh.

Jom kita menderma.;)




Nota Pinky;
"Menghitung hari. 9hari lagi. Senyum sorang-sorang."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti bersama orang tersayang, lagi best. Kan?

Selamat cuti.
Asma bertanya, kenapa aku tidak meng'update' blog. Adakah aku sangat busy?

Bukan.
Aku tidak busy. Tapi aku hanya termenung di depan Awliya' dan mengelamun. Pastu diteruskan dengan malas menaip. Otak terasa blur. Sudah dekat 1 bulan tidak berjumpa dengan en. Hati.
Sebenarnya, ia lebih kepada tidak tahu mahu tulis apa.
Kerana, aku terasa seperti hidup ku hambar.
Noktah.

Cuti bersama Asma.
Kami berjalan sehingga mahu patah kaki. Yeah! Hebat, bukan?
Lain kali, ade masa, berjalan lagi.

Sahabat.
Aku harap kamu makin kuat. Ku seru kuasa ultraman untuk diri mu. Hehe.









Nota Pinky ;
"Rencana sesuatu yang perlu di fikirkan dulu. Kreatiflah diri. Oh! Ku seru semua idea ke mari...."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tiap-Tiap bulan cuti..

Sekarang ni, isu guru-cikgu berleluasa. Kata orang best jadi guru-cikgu.
Kata guru macam aku. Tak larat mahu jadi guru. Terlalu banyak kerja. Terasa mahu sahaja menaip surat perletakkan jawatan Dan menjadi suri rumah.
Wah. Pengakuan berani mati tu...(kau adoo.. Haha.)

Siapa yang cakap jadi guru-cikgu best. Meh la rasa dulu macam mana perasaannya. Macam-macam rasa. Perisa coklat. Perisa vanilla. Perisa strawberries. Perisa grape. Perisa Orange. Haaa, hangpa nak perisa apa lagi. Semmmmua ada.. (sila baca ayat ini dengan bahasa yang lembut. Ok?)

Ok. Stop. Malas mahu membebel panjang-panjang. Sebab aku sedang melatih diri supaya berjauhan dengan sifat yang suka membebel.

Bulan ni, cuti lagi. Sehari je pun. Hari Malaysia. Senyum.
Selamat hari Malaysia semua.

Ramai sangat yang bertanya sama ade aku balik ke nogori ke tak.

Jawapan sedih. Aku tak balik.
Alasan; En. Hati busy. Guru cemerlang laa katakan. Dah 3 minggu berkhusus. Habis 21hb ni. Means.... selepas itu baru aku balik. Takpelah. Janji boleh menatap wajah en. Hati yang hensem.

Hari ni Fizah balik.
Tinggal aku keseorangan. Nasibla hari ni dah ade program kat sekolah. Kalau tak, mati kutu jugak.

Hm. Baru berehat sekejap. Tadi 6 masa direct. Sampai sakit kaki aku ni berdiri selama 6masa. Terasa mahu pengsan sekarang.




Nota Pinky;
"Sedang fikir apa yang aku mimpi semalam eh... macam ingat-ingat lupa je.. hmmm.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malas

Malas semakin kuat melanda.
Bilik macam tongkang pecah. Tak. Bilik pecah.
Sila iyer kan, yer Asma. Hehe.

Sesi mengemas bilik.
Jom bersama-sama.





Nota Pinky;
"Saya Rindu suami saya."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seramnya saya.

"Ustazah,saya sedih ni.."
"Kenapa kamu sedih Sayang.."
"Sebab ustazah baru tu aniaya saya."
"Dia buat apa kat kamu?"
"Dia report kat ustaz Aiman saya tak turun solat."
"Sudahnya?"
"Ustaz Aiman pun rotan saya."

Aku senyum. Bagus pelajarku. Mahu jugak dia mengadu. Aku senyum.
"Asal lak ustazah senyum? Bukan nak kesiankan kita." Ade nada sedikit. merajuk.

Aku menyambung.
"Ustazah senyum sebab nanti kamu takkan dihukum di akhirat kelak."
"Kenapa?"
"Sebab hukuman pada orang yang tak solat sangat berat. Siap kena belit-belit ngan ular besar lagi."
"Seramnya ustazah. Ustazah ni ajaran sesat ke apa?"
"Eh, kalau kamu tak percaya, tanyalah ustazah baru kamu tu.. Ular tu beribu kali ganda besar dari rotan Ustaz Aiman tau."

Dia diam.
"Susah ke nak solat, Sayang.."
"Saya malas. tapi nanti saya turun solat."
"Tadi cakap malas."
"Nanti saya mati, ular mesti belit-belit saya. Seram saya."
Aku senyum lagi.
"Kamu tahu kan ustazah sayang kamu."
"Tahu."
"Sebab tu lah ustazah selalu suruh kamu solat. Ustazah tak nak kamu kena belit ngan ular dalam neraka tu."
"Baiklah ustazah."

Aku tidak tahu sejauh mana keakurannya itu. Tapi aku harap, sedikit sebanyak, ia terkesan juga di hatinya tentang bahayanya meninggalkan solat.

Pendapat aku.
Aku tidak setuju dengan cara sendiri. Tapi kekadang, method ni perlu digunakan juga. Sebelum terbiasa dengan solat, baik paksa untuk solat.
Sebenarnya, islam itu indah. Islam bukan agama hukuman. Tapi, bila pelajar dah tingkatan 4 pun masih lagi malas solat, baik paksa untuk dia solat dengan serapkan dalam hatinya azab neraka yang pedih.. Hmmm..

Susahnya mahu mendidik pelajar.
Tahu?










Nota Pinky ;
"Andai aku tidak sekuat ini, mungkin aku juga sudah surrender untuk mendidik anak bangsa ke arah akhirat yang abadi. Tolong diri kamu, nescaya ustazah akan tolong kamu. Ustazah janji."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sesi membahagikan kertas exam semalam.

"Ustazah, Asal saya dapat 6 markah je ni? Kedekut betul ustazah ni.."
"Eh. Ustazah plak yang salah. Cuba kamu fikir kenapa jadi macam tu."

Diam 5 minit.
"Lupak nya ustazah. Kamek Ngantuk. Lalu kamek tidur. Lagi satu nya kamek malas mahu polahnya."

Jawapan aku?
Terkelu seketika mendengar jawapan pelajar yang jujur.

Bagusnya pelajar aku. Ajaran aku jugak. Semua pelajar perlu bercakap sejujurnya. Tak boleh tipu-tipu. Tengok sekarang. Nah! Ambik kau.

Tapi aku langsung tak marah. Mungkin sebab kejujurannya.

Sebentar kemudian, ade dua tiga orang pelajar sedang menari-nari riang.
"Eh. Apasal plak ni.?" Soalku.
"Saya lulus subjek agama." Sambil tersengih Dan menyambung. "Yes. Yes. Yes."

Ya Allah. Dia menari-nari lulus subjek agama. Boleh? Kalau lulus subjek lain, agaknya dorang ni buat apalah. Aku menggeleng kepala.

Itu baru cerita lulus. Belum dapat A. Kalau dapat A. Ntah macam manalah gaya mereka. Tersenyum aku.

Kekadang budak-budak ni takdelah sangat menyakitkan hati. Hanya virus M mereka sahaja yang menyebabkan aku sakit otak. Sakit otak memikirkan bagaimana mahu menarik minat mereka belajar. Hoho.

Hm, minggu ni cuti lama.
Jadual sudah penuh dengan aktiviti raya. Yeah!





Nota Pinky ;
"Semalam 1 biji buku aku baca untuk hilangkan boring. Hari ini, buku lain plak. Lama-lama berada Di sini, boleh pandai aku. Haha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Status i, BERKAHWIN. Ok?

Gediknya title. Tak boleh blah langsung. adeh!
Whatever. Janji... Aku happy. Haha.

Hari ni seorang lagi cikgu di sekolah ku mengikut jejak 3 orang cikgu yang sudah bertukar. "Dia dapat pulang ke pangkuan suami." Kata Pengetua. Aku copy and paste je. Hehe. Yang seronoknya, dia dapat balik semenanjung. Ish! Tak boleh jadi betul. hmm...

Oleh kerana dia sudah selesai menyerahkan tugas dan jawatannya dan ingin berkhidmat di sekolah baru, maka dengan rasminya, meja nya di booking oleh aku. Selamat tinggal meja yang sempit. Say hye pada meja yang selesa. Alhamdulillah. Allah bagi rezeki. Kan?

Selepas selesai mengemas meja, ada cikgu yang menegur.
Aku jawab dengan selamba. Lepas ni, giliran aku plak. Sambil tersenyum lebar. Aku pun nak balik ke pangkuan suami jugak. Kans...

Tetiba..
"Kamu mana boleh balik. Kan single lagi. Kecuali ade suami dekat semenanjung. Kalau suami kat sini, hai-hai-bai-bai lah."

Hellooooo.. I'm Not Single. Ok?
I'm already married..

Ish3. Asal lah kebanyakan cikgu kat sekolah ni duk ingat aku masih single.. Aku ni dah double nak tunggu triple je.. Huhu. Padahal hari tu dah cakap, aku dah pun kahwin. Suami ku di Gemencheh. Muka aku ni tak macam orang kahwin ke? Susah betul baby face ni. Err.. Ada orang bangkang ke?

Kata cikgu satu sekolah ;
"Awak tak nampak langsung macam orang dah kahwin. Nampak macam kanak-kanak Rebina lagi. Yang ceria. Kadang-kadang muka seposen."

Nah! Ambik engkau.
Dia kata aku kanak-kanak Rebina?
Ish3. Teruk sangat ke rupa aku ni? Rasa dah macam rupa guru dah. Huwaaa..

Arghh.. Tak kesah lah. Kanak-kanak Rebina ke. Kanak-kanak riang ke. Mak budak ke. Kakak budak ke. Janji, status aku, dah berkahwin. Ok?

Lepas ni, aku nak tampal besar-besar sijil nikah kat meja tu. Biar semua orang nampak. DAN FAHAM. muahahahaha.. Gelak jahat dengan kuat.

Hmm..

Pengumuman.
Dengan ini aku mengumumkan...
Pada sesiapa yang nak berkenalan dengan niat mahu mengorat tu. Sila hentikan. Aku bukan perempuan yang curang dibelakang suami.
Pada sesiapa yang nak berkenalan dengan niat mahu berkawan tu, sila teruskan niat anda.
Terima kasih.
Hahaha.

Pengakuan berani mati seorang isteri tu.

Aku sayang suami aku. Aku takkan sakiti dia. InsyAllah, selamanya. =)

Bila kamu sayangkan seseorang, kamu akan nekad melakukan sesuatu perkara supaya dia tidak akan disakiti. Betul atau tidak, tanya diri kamu.










Nota Pinky ;
"Bonda permaisuri dan Ayahanda raja sudah sampai ke Gemencheh. Ingin sekali aku terbang pulang. Tapi tiket berharga RM855 untuk perjalanan 2 hala. Tak berbaloi untuk balik 3 hari 2 malam. Adeh!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Eg-Tukar. Perlu ke pohon?

Bulan 9 adalah bulan yang aku tunggu-tunggu.

Ya. Aku menunggu eg-Tukar di buka. Aku taknak hipokrit pada diri. Aku tekad mahu mengisinya juga.
Aku tahu, aku adalah guru baru. Dan aku tidak meletakkan harapan yang tinggi. Tapi kata orang, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Betul tak?
So tak salah kalau aku berusaha. Kan?

Keadaan di bilik guru jam 11 pagi tadi.
Riuh rendah dengan guru data melelong borang eg-tukar. Dan macam goreng pisang panas plak guru-guru berebut mahu borangnya. Adeh! Dan macam jualan lambak plak aku tengok. 

Satu perkara yang bermain di fikiran.
Asal ramai sangat guru nak pohon pindah dari sekolah ni?
Tak faham. 
Kalau guru macam aku, yelah. Guru semenanjung. Sah-sah lah nak balik semenanjung. Kalau guru dalam Sarawak pun pohon tukar.. Apa maknanya tu? hmmmm...
Tak faham-tak faham. Sambil menggeleng-geleng kepala.
Abaikan.

Banyak jugak perkara yang nak kena settlekan ni.
Tapi tak pe. Perlahan-lahan. Susun satu-satu. Jangan gelojoh. Nanti, habuk pun tak de. Lagi susah. Dan menyusahkan diri sendiri.

Pada kawan yang tidak menyokong, aku tidak peduli.
Aku sudah istikarah dan solat hajat. Dan aku percaya pada rasa ini. Sila setuju walaupun dalam hati kamu tidak setuju.
Soal boleh tukar atau tidak, itu adalah rezeki masing-masing. 
Kalau aku dapat, aku bersyukur. 
Kalau tidak dapat, aku akan buat rayuan dan isi lagi. Serta terus berusaha lagi. Senyum.

Keputusan aku muktamad. 
Aku mahu mengisinya. 
Dan aku perlu mengisinya. 
Dan keputusan ini tidak akan berubah.
Sengih.


"Orang yang tidak berani mengambil keputusan, sebetulnya dia telah mengambil keputusan yang buruk."
~Abdullah Gymnastiar~

Ada seseorang bertanya.
Kenapa mahu tukar? Tidak suka pada sekolah sekarang ke?

Jawapan aku.
Tidak. Aku bukan tidak suka pada sekolah ini. Suasananya ok. Guru-guru ok. Walaupun anak murid agak dijangkiti virus M. tapi aku kategorikannya adalah perkara biasa. haha. Sebab aku dah biasa ngan suasana macam ni dulu.

Aku hanya tidak boleh berfikir dengan waras bila berjauhan dengan en. Hati. Hidup aku semakin bertambah kecelaruannya bila dia tidak ada di sisi. Aku hanya boleh mengajar dengan rutin biasa-biasa dan hidup dengan langkah yang longlai. 
Padahal sebelum ni, aku boleh mengajar dengan gembira dan lebih kreatif berbanding sekarang. Oh! Daya kekreatifan aku telah menyusut sehingga 70%. Dan tahap kemurungan aku semakin merosot dari sehari ke sehari. Aku hanya bimbang, bila ia semakin berkurangan dan merosot hingga mencapai tahap sifar. Oh!

Aku fikir, menjadi seorang guru, sangat-sangat-sangat perlu kreatif.
Tapi jika sumber inspirasi itu hilang, bagaimana lagi diri mahu kreatif.?

Jangan ikut hati. Binasa.
Aku ketawa semahunya. ok. Stop.
Kalau aku ikut hati, aku tidak akan balik lagi ke Kuching. Kalau aku ikutkan hati, aku tidak akan mengajar dengan baik. Kalau ikut hati, aku dah pun menyerahkan surat letak jawatan kepada KPM kerana tidak dapat menahan ujian berjauhan dengan en. Hati. 

Tapi sekarang. Semua yang terjadi adalah sebaliknya.
Bermakna, kewarasan aku masih ade 30% untuk digunakan. Dan jangan bimbang. 30% kewarasan itu akan aku gunakan dengan sebaik mungkin. Sehinggalah ia hilang. Senyum.

Sekarang.
Aku sedang memegang borang eg-tukar.
Apa plak laa yang dimaksudkan dengan salinan surat majikan suami/surat kebenaran suami..Nantilah aku tanya balik ngan cikgu-cikgu yang expert pasal isi borang ni. Haha. Ramai tu yang pakar. Hehe.

Jam sudah menunjukkan 1015pm.
Sudah lewat rupanya. Jom rehatkan minda. Kerana esok, aku punya 8 masa untuk memikir banyak perkara tentang sekolah dan pelajar.








Nota Pinky ;
"Perkara yang belum siap-siap-siap lagi.
  1. Kertas kerja khatam Quran. 
  2. Fail panitia PBS. 
  3. Fail Guru PBS.
  4. Folio PPGB.
  5. Instrumens dan evidens PBS.
Banyak lagi kerja yang perlu di siapkan. Tapi aku fikir perlu siapkan kerja yang penting dulu. Sebab bulan ni, orang KPM akan turun memantau. Dahulukan apa yang dahulu. Kan?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sudah berada Di Kuching.

Cuti sudah pun berlalu.
Sekarang, aku sudah pun menuruni tangga pesawat AK5212 dengan jayanya. Melangkah dengan penuh longlai Dan tanpa rasa Dan Hati yang bernada hiba.

Apa yang aku sedihkan?
Aku sebenarnya tidak tahu apa yang aku sedihkan. Tapi Tiap Kali berpisah dengan suami, Hati aku pasti terasa seperti ditoreh oleh belati yang tajam. Terasa seolah-olah dunia gelap. Tanpa cahaya. Oh!

Jangan ikut Hati. Binasa.

Aku sangat tidak suka rasa ini.
Sangat-sangat tidak suka. Tahu?

Selepas menangis sepuas hati, aku menghantar gambar menerusi viber kepada bff. Jawabnya,
"Porong Muka"
Membuatkan bibir menguntum senyum. Ade soalan tambahan.
"Bakpe banyok ngakk jerawat lening?"
Jawab dalam Hati, yang jujur.
Aku sangat kuat menangis. Dulu, malam-malam aku menghias diri untuk suamiku. Tapi sekarang, aku menghias diri dengan air Mata. Tangisan Kemurungan.

Kesimpulannya.
Muka Dan penampilan aku seperti orang sakit. Walaupun aku mengajar seperti biasa. Tapi kegembiraan itu tiada. Sekuat mana sebahagian Hati melawan, sebahagian lagi tetap dengan pendiriannya.
Keras. Teguh.

Terasa kepenatan kerana terlalu lama menangis. Dari kL hingga kuching air Mata ini tidak mahu berhenti.
Jadi, aku ingin berehat. Jom.





Nota Pinky;
"Baru beberapa jam terpisah dengan suamiku, sudah tidak dapat tidur dengan lena. Adoi."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sayu.

Hari ni, hari Sabtu. Aku tak tahu kenapa Hati rasa Sayu je. Mungkin Esok aku akan terbang balik ke Sarawak.

Aku tidak menafikan bahawa aku sangat sedih bila terpaksa meninggalkan suami Dan pergi berkhidmat. Tapi demi cita yang satu, aku gagahkan jua.

Mahu berikhtiar untuk pindah.
Ya. Ikhtiar tu perlu ade. Mana nak dapat hasil yang baik kalau kita tak semai dulu, kan?
Harap ade rezeki.

Hari ni perlu mengemas rumah sampai habis.
Taknak pindah, boleh? Aku dah suka tinggal kat rumah ni. Sedihnya la bila dihalau keluar. Hmmm. Dah nasib...

Siapa nak tolong, silalah datang.
Hehe. Aku sangat-sangat alukan kedatangan kamu semua. Senyum sampai telinga.






Nota Pinky;
"Blur menguasai diri bila mengingatkan Esok aku akan ke sana. Sarawak."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Destinasi keempat. GEMENCHEH.

Cuti seolah-olah cemburukan aku.
Tengok. Aku dah kena balik gemencheh dah pun. Tak aci betul. Dahlah Jauh. Masa plak Cepat sangat berlalu. Hmmm...

Sekarang aku dalam perjalanan balik ke gemencheh.
Macam sangat sekejap. Pejam dan celik. Habis cuti. Sedih betul.

Sedang sakit kepala.
Mahu berehat sekejap. Hmm.. harap cepat sampai gemencheh. Mahu baring di atas tilam yang empuk...





Nota Pinky ;
"Sebenarnya, mahu saja aku menangis dalam pelukan bonda tadi. Tapi ku tahan air mata ini dari terus menari ditubir Mata.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sudah sampai.

CKami bertolak jam 3 petang.
Jam 12 tengah malam baru Kami Sampai. Jem melanda.

Tapi bonda permaisuri sudah tidur nyenyak. Penat menunggu anak kesayangan agaknya. Kan?

Niat dihati.
Mahu. Berehat Dan beraya dengan gembiranya. Tapi rasa macam tak sempat je nak berehat. Ziarah orang tu. Ziarah orang ni. Sampai tak sempat pun nak luangkan masa untuk diri sendiri buat facial, pergi saloon,spa.. Hihi.

Tapi, perkara yang paling bahagia ialah dapat berjumpa dengan bonda permaisuri Dan ayahanda raja.. Hehe.

Balik ngan Puas Hati walaupun banyak jugaklah duit habis. Hehe.
Janji semua aglow keluarga happy.. dah memadai buat aku.
Alhamdulillah...



Nota Pinky ;
"Harap sangat masa boleh berhenti.. mahu berlama-lama dengan bonda.. Huhu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Destinasi ketiga. Jerteh.

Hari raya kedua.
Aku kira, ini adalah destinasi ketiga untuk aku bercuti tahun ini. Destinasi pertama selepas turun dari kapal terbang adalah.. dirahsiakan. Kami berbulan madu dulu sebelum balik ke Baling. Hehe. Senyum gatal.
Destinasi kedua adalah destinasi untuk beraya. Baling, Kedah.
Hari ini, adalah destinasi ketiga percutian kami..
Destinasi keempat, tunggulah dulu.

Sangat penat.
Memang sangat penat. Turun dari kapal terbang dan meneruskan perjalanan. Ahh.. Siapa kata berada di atas kapal terbang walaupun hanya satu jam empat puluh lima minit tidak memenatkan. Sangat penat. Ditambah pula, bukan aku balik berehat. Tapi punya destinasi yang banyak yang harus aku tujui.

Tapi menabahkan diri juga melangkah. Bersama en. Hati tersayang. Kalau berseorangan, aku kira, aku pengsan di bahu jalan. Seharian. Haha.

Sebenarnya tidak sabar untuk balik ke Jerteh.
Rindu pada Bonda permaisuri. Ayahanda Raja. Pada adinda Sultanah, adinda putri yang lain dan adinda putra yang lain. Hihihi.

Menunggu 2 jam lagi.
Sangat-sangat tidak sabar untuk melepaskan rindu pada semua.





Nota Pinky ;
"Sakit perut entah apa yang aku dan en. Hati makan. Bagus. Sambil meneruskan perjalanan, kami berhenti berebut toilet. Kelakar. Haha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pagi raya. Ya. Aidilfitri.

Aku berseorangan di rumah mak mertua.

Yes. Memang sangat boring. Tak de  orang, memang lah mati kutu. Mahu mengikut orang solat, aku sedang diberi CRK oleh Allah sekalian alam. Terpaksa menunggu dengan penuh kesabaran la.

Hati yang sakit. Jantung yang seolah-olah mahu gugur.
Sakit Hati aku, Allah saja yang tahu. Mana taknya, jantung aku bagaikan mahu luruh dek kemeriahan sambutan raya di sini.

Dah macam nak berperang kat luar tu. Ish3. Rasa mahu piat-piat saja telinga mereka. Hmmm..

Mendengar suara en. Hati mengimamkan solat hari raya buatkan Hati aku terasa sejuk. Bangga pun ada. Haha. Rindu pun ada. Senyum lebar-lebar.
Lulus 90% jadi suami. Haha.

Hmmm, lepas ni nak kena pergi ziarah sanak saudara lagi. Padahal dah 3 hari berturut-turut aku pergi menziarahi mereka. Hari ni, kena pergi lagi. En. Hati cakap, memang adat di sini begini. Baiklah Sayang.

Mahu bersiap cantik-cantik untuk en. Hati...
Orang di surau sudah kedengaran melangkah pulang. Surau kat belakang rumah. Sah-sahlah dengar.

Tata.


Nota Pinky ;
"Esok blik Ganu. Tapi, hari ni barang sudah kemaskan. Haha. Gelak kuat-kuat."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malam raya..

Pengumuman raya sudah dibuat. Hmm, sudah lama tidak melihat pengumuman raya. Rupanya sudah bertukar orang.

Nampak sangat aku sudah lama tidak mengikut perkembangan semasa. Haha.

Esok.
Sudah sah raya. Macam mana agaknya rasa pagi raya disini?

Pengalaman baru.
Malam raya sudah macam pagi raya. Menziarahi rumah sanak saudara. Makan kueh raya. Makan lemang. Sambil takbir raya berkumandang sana sini.
Meriah.

Mahu membuat kueh bersama sanak saudara..
Pagi tadi sudah membuat lemang. Sekarang, kueh plak.
Bagus menantu mak. Syabas.

Cau.


Nota Pinky ;
"Ambik kau. Cantik pun mak mertua aku. Puas Hati."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari last puasa..

Berada di Baling terasa terkena kejutan budaya sekejap. Adeh!
Sana sini bunyi mercun yang menyebabkan aku punya jantung bagai nak jantung ke bawah. Giler orang kampung ni. Kuat tahap maxima main mercun. Sakit jiwa den.

Suasana memang meriah.
Tapi ni bukan jenis aku kot. Tak suka mercun. Kalau anak aku, aku piat-piat telinga kalau main mercun. Penat aku cari duit, seronok mereka membakarnya.

Tradisi membuat lemang.
Oh. Memang sangat terkenal di sini. Sana sini asap berkepul-kepul ngan asap orang sedang membakar lemang. Seronok plak tengok.
Berlainan ngan tradisi di tempat ku yang membuat ketupat apabila mahu raya.

Senyum sambil teringat ketupat mak yang sedap.. nyum3. Meneguk liur. Hehe.

Esok raya.
Hmm.. malam ni en. Hati cakap orang dah pergi rumah sanak saudara. Wah. Awalnya. Tapi hentam jela. Janji boleh buat semua orang gembira. Senyum.





Nora Pinky;
"Dalam Hati, tetap rindu kampung laman. Terutamanya bonda tercinta."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Giliran Baling

Sekarang kat Gerik. Jam 3.33 pagi. Ngantuk. Tapi mesti berjaga. Suami di sisi siapa nak temankan. Betul tak?

Giliran.
Ya. Kami membuat giliran untuk pulang beraya. Bagi aku, giliran sangat penting untuk mengelakkan akan ada salah sorang tidak berpuas dengan hubungan yang ada.

Kata seorang kawan.
Aku tidak bersetuju dengan pendapatnya. Katanya, kita seorang isteri ada kuasa memujuk. Ya. Benar. Tapi dimanakah keindahan sebuah rumah tangga kalau asyik suami terpaksa dengar pujukan isteri je. Kan?

Kepada isteri.
Gunakan kuasa memujuk anda untuk pujukan menenangkan hati suami. Bukan menyerabutkan otaknya. Kan?

Ni adalah tahun pertama aku beraya di kampung suami.
Rasa.
Macam-macam rasa. Teruja. Takut. Seram. Terpaksa pun ada. Haha. Terfikir Macam suasana di sana, sambutan di sana. Semua bermain difikiran.
Harap aku akan satu pengalaman yang baik.

Oklah. Mahu temankan suami yang setia mata memandu sampai sekarang.
Terima kasih, Sayang..



Nota Pinky ;
"Baju raya kaler biru tahun ni. Tapi baju en. Hati tidak siap pun. Kecik Hati ku. Tulaa, siapa suruh lambat sangat hantar."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekejap lagi. Tunggu selama 2 jam.

Sekarang jam 617pm. Berbuka jam 653pm.
Tak sampai 1jam lagi aku akan berbuka seorang diri. Perkara yang aku memang-memang-memang tak suka. Makan dan menikmati juadah seorang diri. Oh! Pejam mata rapat-rapat.
Tapi Alhamdulillah juga, di sini ramai orang. Kalau berbuka menghadap dinding yang tidak bersuara, lagi haru. Mengangguk. Setuju pada diri sendiri.
Bersyukur apa yang ada dan jangan kufur nikmat. Faham? Senyum kelat.

Hujan.
Sekarang hujan sedang turun dengan lebatnya. Dan aku sedang memerhati titis-titis hujan yang lebat itu melalui tingkap di depan Gate No 3. Awal kan? 2 jam sebelum gate buka lagi aku dah terpacak di sini. Semangat nampaknya aku mahu balik ke semenanjung.
Ya. Memang aku sedang teruja. Sangat teruja mahu berjumpa en. Hati. Suami tercinta sejak dulu lagi. Hihihi.

Tetibe bahu menjadi sangat sakit.
Mungkin kerana duduk terlalu lama di atas kerusi dengan menghadap Awliya' bagaikan orang mahu exam esok. Baru merasa kepuasan ber'internet' dengan sepuas-puasnya. Tanpa gangguan dan boleh meneruskan pembacaan dengan baik. Yeah! (Walaupun di tepi kanan ade seorang baby yang sedang menangis. Di tepi kiri plak, ade budak yang sedang berlatih kungfu dengan tiang airasia ni. Hahaha.)

Ramainya orang nak balik.
Bersesak-sesak orang.. Hmm.. Masa masukkan bagasi tadi pun dah berduyun-duyun. Sampai lenguh kaki ku menunggu giliran. Dan aku dah rasa macam kat Terminal Putra plak.. Hihihi. Esok Khamis... Mesti lagi ramai orang.. hmm... Itu bahangnya musim perayaan. Kan?

Tiba-tiba sms masuk.

Seorang Sahabat.
Mengucapkan selamat pulang dan selamat sampai. Aku tidak tahu dan tidak pandai mahu mengomen apa. Aku sangat takut tersalah cakap. Aku tahu, apa rasa bila orang dah balik, tapi kita masih di situ menunggu hari walaupun kita sudah pun mendapat cuti.
Maafkan aku, Sahabat.

Sebentar kemudian.

Sms cinta.
Sudah banyak kali sms cinta masuk ke dalam inbox ku. Dan kali ini entah kali ke berapa pun aku sudah lupa. Dan... Semestinya dari en. Hati tersayang.
"Sayang, i juga rindu pada u sangat-sangat. Dont worry, i sampai jam 930 malam ni.. Tunggu i." Dengan senyum aku membalas.








Nota Pinky ;
"Aku tidak pernah merasa seteruja ini untuk balik ke kampung. Dan perasaan ini akan ku simpan menjadi kenangan. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Shoping kek lapis.

Hari ni, selepas sekolah, aku bersama housemate ke kedai kek lapis.
Setelah merasa banyak kedai, dan pelbagai rasa kek lapis, setakat ni, ini yang paling best...So dengan bangga nya aku membeli 50 kek lapis dengan pelbagai jenis dan gaya. Hahaha.

Baiklah. Selepas ini, aku mahu menjadi tokey kek lapis laa plak. Nyummmyyy..
Siapa mahu beli, sila order dari ku.. Ada macam-macam rasa. Haha.

Sebenarnya tidak sabar untuk balik esok ni.
Rasa sangat teruja mahu berjumpa dengan en. Hati.. Yeah! I miss u so much Hensem.... =) Senyum lebar-lebar.

Oh. Sudah dekat waktu berbuka.
Jom berbuka semua..
Selamat berbuka... Senyum selalu...





Nota Pinky ;
"Indahnya dunia bila fikir esok dah nak balik jumpa buah hati pengarang jantung. Tak sabar. Tak sabar. Tak sabar. Sangat-sangat tau sayang mahu jumpa u.. Rinduuuuuuu....."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hal-hal sebelum bercuti. Yeah!

Ade seorang kawan bertanya rumah ku di mana.
Aku selalu memberi jawapan, aku tinggal di Negeri Sembilan. Tapi katanya mahu tahu rumah ku di Kuching. Rumah persinggahan hati yang lara ini.

Jawapan ku, rumah yang ku diami ini hanya 5 minit dari airport Kuching. Sangat senang untuk lari balik semenanjung. Haha. Tapi aku tak buat macam tu, ok! Sebab aku seorang guru yang baik. Dan juga.... Masih waras lagi. Baiklah.

Setiap hari yang sunyi di dalam bilik, aku pasti mendengar ngauman kapal terbang yang mendarat atau pun mahu berlepas pergi.. Setiap kali itu juga laa hati ini akan terasa sangat sayu.. Alangkah baiknya itu aku yang berada di atas kapal itu.

Takpe. Esok. Dan lusa aku akan menjadi penghuni kapal itu. Hehe. Nyummmyyy...

Terasa sangat-sangat merindui en. Hati dan seluruh isi semenanjung. Terutamanya bonda dan ayahanda serta dinda-dinda yang ada di Terengganu. Pejam mata rapat-rapat. Berharap, setelah membukanya aku telah berada di semenanjung. Mustahil. Bukan? Ketawa sopan.

Menerima sms dari seorang kawan bertanya tentang gaji.
Aku sedang ke"busy"an semasa dia bertanya. Setelah agak tenang, aku reply dan berkata aku tidak berapa pasti tentang gaji. Kerana masa yang ada sangat terhad hari ini.. 8 masa kot! Tapi sebelum balik sekolah tadi, aku menekan bebutang keyboard yang ada di bilik guru memasuki laman Maybank2u.

Alhamdulillah.
Gaji pertama ku selamat masuk. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sangat-sangat bersyukur ke hadrat Ilahi. Langkah pertama dalam fikiran adalah membayar segala hutang piutang. Biar lega sikit otak ku yang bersimpang siur ni.. Pastu tolak simpanan, baru boleh berbelanja dengan tenang... =)

Oleh kerana jumlahnya aku rasa 'agak' banyak, aku terasa memerlukan perancangan yang teliti tentang pengurusan kewangan. Kata orang, untuk mengelakkan ada pembaziran yang akan berlaku. Haha. Dah gaya masuk duit 100juta tuuu... Tutup muka sambil ketawa.

Penasihat kewangan adalah bonda.
Sangat membantu. Dan Alhamdulillah. Setakat ini boleh dikatakan sangat teratur dalam pengurusannya. :)

Esok.
Mahu membeli kek lapis yang di tempah oleh kawan-kawan. Sudah jadi tokey kek lapis aku di sini. Siapa yang mahu menempah, Bolehlah berbuat demikian. tapi tempahan untuk raya, sudah ditutup. Haha.

Selepas itu, mahu mencari bakul buatan Sarawak jugak.
Kerana ada yang menempahnya. Baiklah. Kali ini, aku menjadi tokey bakul/beg buatan Sarawak juga... Siapa mahu menempah, silalah berbuat demikian.
Kali kedua aku ketawa besar.

Boleh jadi tokey besar aku kat sini.
Terfikir sesuatu. Hehehe. Nantilah akan aku jalankan. Senyum simpul.

Sudah kepenatan. Jom Baring dan lena. Sambil senyum sebab lusa dah boleh jumpa en. Hati.. Yes!








Nota Pinky ;
"Mahu bercerita dan mengulas tentang seorang kawan...Tapi sudah mengantuk. Tidurlah dulu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perancangan bulan depan.

Ahad. 12.08.2012.

Esok Isnin. Selasa. Dan Rabu akan pulang ke Semenanjung dengan jayanya. Yeah!

Noktah perancangan bulan ini.
Perancangan bulan depan. Aku dan en. Hati sedang merancang untuk mengambil inisiatif lain selain menunggu sahaja di dalam rumah yang penuh boring ini.

Bulan ni tidak habis lagi. Tapi sibuk dengan bulan depan. Hehehe. 
Apa orang nak kata, ikutlah. Kami sudah membuat keputusan dengan jayanya. Kini, aku sudah pun nampak lebih tenang.. Menangis pun sudah kurang. Lama nya aku mengambil masa untuk menerima keadaan ini. 

Dan setelah menerimanya, aku teruskan langkah demi langkah. 
Drastik gitu. Tetiba teringat tentang prinsip diri yang orang lain tidak boleh melukai hati ini tanpa kebenaran. Haha. Aku telah melanggarnya selama lebih kurang 3 bulan. Oh! Tersedar sekejap dari lamunan. 

Kata orang, dibuang ke laut, menjadi pulau. Di campak ke bukit menjadi hutan. Dilontar ke udara menjadi kejora. Di lempar ke lembah menjadi sungai. Aku mahu menjadi seperti itu. Hmmm.. Kita tengok nanti. Haha.

Perancangan sekarang adalah balik 2 minggu sekali. 
Itu pun jika di izinkan oleh Allah. InsyAllah. Ade jugak yang bertanya, sudah giler kah aku? Menghabiskan duit dan tenanga untuk berjumpa dengan suami. Aku senyum. 

Aku menjawab dalam hati.
Ya. Aku sanggup kami begini daripada tidak berjumpa langsung.
Lebih baik kami berjumpa 2 minggu sekali dari kami terus mengumpul duit dan tanpa berjumpa satu sama lain. Bukankah itu lebih baik, wahai KPM? Haha.

Istikarah.
Sudah aku lakukan banyak kali. Jawapannya sudah ada. Ya. Aku hanya menunggu masa. Aku percaya, Allah sudah tetapkan sesuatu untuk ku. 
Amin.







Nota Pinky ;
"Mahu pergi ke bazar di Kem Penrisen. Siapa mahu ikut, jom! Bazar paling best di Kuching, kata orang semenanjung di sini. Senyum. Berkira-kira mahu beli apa petang ni."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 hari lagi.

2 hari yang tidak begitu sihat, asyik bersin dan selsema yang semakin berlarutan.
Tapi aku masih jugak berdegil tidak mahu berjumpa doctor. Oh! Batuk juga sudah menghampiri. Hmm.. Sebenar aku sudah parah rindu pada bonda, ayahanda dan adinda-adinda yang berada di rumah..
Tidak dilupakan juga pada en. Hati yang tercinta.

Hari ini 10 Ogos 2012.
Tinggal 5 hari lagi mahu pulang ke semenanjung. Menunggu dengan penuh sabar dan dan tabah.

Oh! Macam tak sabar tahap langit ke tujuh ni.
En. Hati menyuruh aku sabar dalam waktu yang terdekat. Ok. Aku cuba. Haha. Terpaksa cuba. Huhu.

Tak dapat menaip dengan lebih panjang. Kerana sangat-sangat tidak larat. Huhu.







Nota Pinky ;
"SMS bonda.. "Rindu sangat pada Bonda.." Bonda menjawab dengan bangga, "Bonda tahu." Adeh! Bonda ku sangat sempoi.. Hahaha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekolah. Tapi aku rasa malas.

Hari ni sekolah.
Tapi aku rasa sangat-sangat malas. Mungkin sebab dah cuti terlalu lama. Haha. Lama ke? Baru 3 hari je cuti. Huhu. Rindu pada suami tidak pernah hilang. hmm...

Tadi berjumpa kawan di Pasaraya Choice.
Dia menegur aku kelihatan sangat kurus. Hmm.. Jawab ku, may be kerana aku asyik susah hati dan berjauhan dengan suami.
Teruk benarkah rupa ku sekarang?
Rasa macam biasa je.
Tak pe. Nanti balik, kita tanya mak yer.. Hehe.

Mahu berehat. Sakit pinggang dan belakang.
Kalau ade orang urut, bestnya laa.. Hahaha. Berangan je. =)








Nota Pinky ;
"Makin hari mendekati Syawal, makin malas aku nak masak. Haha. Selera pun makin hilang. Ish3. Macam mana nak gemuk?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti kali ni dengan gembira.

3 hari cuti.
Macam sekejap je.. Haha. Mahu cuti lebih lagi. Boleh?
Sengeh.

Cuti ni aku habiskan dengan Asma dan Qilah..
Ade kawan yang menegur, "Wah. Berjalan sakan tak ajak pun."
Jealous ke Sayang? Hati membengkak. (Macamlah dia berjalan ajak aku. Kan..) Mulut mengomel. Sila berhemah sikit yer kalau bercakap. Nada marah nampak. Senyum nampak gigi.

Gembira?
Ya. Aku baru mahu mula bahagia kerana akhirnya (selama 3bulan) aku berada di sini, aku boleh senyum bersama kawan-kawan dengan puas. Tapi ade jugak suara yang menyibuk. Sila jauhkan diri dari saya. Nanti saya marah. Haha.

Serikin.
Kata orang di sana barang banyak yang murah. Mungkin. Ada sesetengah barang ok. Ade sesetengah barang, ntah apa-apa. Mungkin bukan taste aku, kot. Kalau mahu memulakan perniagaan, may be boleh membeli belah di sana. Terfikir sesuatu untuk mencari side income. Habuan aku untuk balik setiap 2 minggu. Senyum ceria.

InsyAllah, kalau ade rezeki, aku mahu mulakannya. Amin. Mudah-mudahan apa yang dicitakan akan tercapai.

Berbuka puasa.
Ya. Majlis berbuka puasa menjadi sangat ceria. Tak pernah berbuka puasa dengan senyum lebar begini setelah en. Hati balik tempoh hari. Mungkin sangat berpuas hati kerana kawan ade di sisi. Ayat macam teruk sangat je aku kat sini. Ya. Memang. Kamu tidak tahu apa yang aku rasa.

Hari ini, mahu menjelajah Taman Sahabat.
Snap gambar sampai puas. Kerana 2 minggu lagi, aku bakal boring bersendirian. Mungkin gambar ini mengubat lara di hati. Senyum.







Nota Pinky ;
"Apalah nasib. Dari semalam lagi plan nak masak paprik. Tapi tak jadi-jadi. Banyak sangat jelajah Kuching. Walaupun tak tahu pun jalan nak di tuju. haha. Otak aku menjadi google map. Haha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kitaran hidup ku.

03 Ogos 2012. Jumaat.

Petang, memecut laju bersama QAP ke Matang Jaya untuk menjemput Datin Asma dan Datin Cahaya Aqila.

Tugas yang berat juga bagi driver seperti aku. Haha. Kat sini, asyik aku je yang kena drive. Housemate malas betul nak drive. Tapi tak pelah. Janji, bila aku drive, aku tahu jalan dan nak ke mana sahaja pun senang.

Alhamdulillah.
Setelah hampir 3 bulan aku berada di sini, (walaupun hampir tiap-tiap malam aku menangis) tapi aku gagahkan diri. Kalau housemate tidak mahu keluar, aku akan keluar dengan kereta mereka berseorangan. Haha. Sudahnya susah nak keluar sangat kan?

Sekarang, aku sudah mengingat jalan dengan baik walaupun kekadang aku pening jugak. Haha.

Asma dan Qilah berada di rumah sekarang.
Datang untuk menyiapkan folio. Tak tahu lah tu dapat siap ke tak folio tu. Hihi.
PK1 dah cakap, bila folio dah siap, bagitahu dia. Dia mahu hantar setelah tamat 3 bulan aku di sini. Bermakna, aku punya baki 2 minggu lagi untuk menyiapkan semua tu. Huhu.

Tentang en. Hati..
Dia sedang menghitung hari untuk berjumpa dengan ku.
Oh! Terasa sangat romantik bila lelaki yang buat macam tu. Haha. Boleh jatuh syok sendiri dekat suami??? Dalam hati cakap : "Wah! Sweetnya suami aku..." Hati aku menari riang saat ini. Senyum lebar-lebar.

Terasa mahu terbang pulang ke semenanjung sekarang juga. ;)

Mahu bercerita macam-macam. Tapi sangat penat.
Letih. Mahu berehat. Jom.






Nota Pinky ;
"SMS dari en. Hati... "Sayang, ade 12 hari lagi nak jumpa u.." Dalam hati aku, melompat riang. sweetnya suami ku ini.. I sayang u lebih laa sayang... Hehe."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PBS.

Sedang menyelesaikan PBS..

Aku sudah kepeningan. Baru 3 4 tajuk aku sediakan soalan. Bukan semua tajuk ade contoh yang diberi. Bahkan siap kena buat sendiri lagi. Itu yang menyesakkan minda. Menghembuskan nafas perlahan.

Petang selepas kelas jap lagi, ade meeting PBS.
Apalah yang mahu diceritakannya. Dahla isu PBS ni adalah isu perbahasan yang hangat. Bukan sahaja hangat, tapi boleh bawak bergaduh sesama guru. Kita tengoklah nanti.

Mahu sambung kerja.





Nota Pinky ;
"Cikgu lelaki dalam bilik guru dah start pasang lagu raya. Kuat plak tu. Sakit telinga aku. Tapi terasa mahu balik jumpa en. Hati sekarang. SEKARANG. Huhu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siapkan dengan cepat.

Sekarang sedang bertungkus lumus menyiapkan folio.

Mahu berblog - gian agaknya. Tapi masa terhad. Lagi-lagi moderm pinjam orang bilik sebelah. So tak boleh berlama-lama.

Tinggal kajian tindakan je yang memeningkan kepala aku.
Yang lain, alhamdulillah. Sudah faham dengan jayanya. Hehe. Lega sikit otak ni..

Dik Azhar menyuruh aku mengajarnya.
Aku ketawa kuat-kuat sorang-sorang. Adik ku, aku yang belajar kat sekolah ni pun cikgu-cikgu kat sini terpaksa menerangkan kepada ku dengan panjang lebar, dan aku masih kepeningan. Ni kan pula kamu yang jauh nun di Sabah. Lagi laa haru nak belajar ngan aku. Adeh!

Kamu belajar dengan perlahan-lahan yer dik.. hehehe.

Aku mahu menyusun dan menyenaraikan apa yang aku belum siap lagi. Yeah! Bertungkus lumus kamu seorang diri yer. Hehe.






Nota Pinky ;
"Sedang merangka strategi pengajaran untuk pelajar esok. Mahu belajar istinjak. Perlu mengutip daun-daun kering dan batu-batu.. Dari mana aku mahu ambil semua tu? Hmmmm.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dia akan membuatkan kamu selesa, jika dia jodohmu.

Jam 5 petang.
Petang yang agak redup. Mungkin malam mahu hujan agaknya.

Aku mahu tidur. Tapi aku takut malam ni, aku tidak dapat melelapkan mata kerana siang sudah banyak tidur. Sudahnya, aku menyusun folio, melihat tiket flight dan jugak bermain khidmat pesanan ringkas dengan buah hati pengarang jantung tersayang. Tapi tiba-tiba dia menyatakan bahawa dia sedang memandu.
Sudahnya, aku bersama Awliya' yang sentiasa setia menemani ku. Hmm...

Seorang kawan menelefon. Menceritakan kisah pilunya. Kisah jodohnya yang tidak tahu hujung pangkal.

Aku akui. Aku tidak pandai mengomen. Aku hanya pandai menasihati supaya dia bertanya yang lebih tahu di atas sana. Kerana soal jodoh adalah rahsia Dia yang Maha Mengetahui sahaja.

"Kak, macam mana akak pilih jodoh dulu? Saya pening."
Soalan cepu emas betul di petang-petang hari.

Bercerita tentang jodoh dan pengalaman ku.
Pengalaman sebelum aku mengambil keputusan untuk berkahwin dengan en. Hati yang memang aku cintai 203% tanpa berbelah bahagi. (Dulu, kini dan InsyAllah, selamanya.)

Istikarah.
Ya. Solat istikarah sangat penting untuk kita berasa tenang dengan keputusan yang kita akan ambil.
Aku akui, aku memang membuat solat istikarah. Selama seminggu aku bermunajat kepada Nya supaya menunjukkan aku jalan kebenaran.

Aku tidak memohon supaya aku bermimpi atau merasa cenderung pada bakal suami, tapi ku pohon agar pilihan yang terbaik akan menonjol dan pilihan-pilihan lain (masa ni, macam banyak pilihan je.) akan menjauhi ku seperti jauhnya syurga dan neraka, seperti jauh langit dan bumi...

Ternyata apa yang aku doakan, Alhamdulillah, Allah makbulkan.
Pilihan-pilihan yang lain, semakin lama, semakin menjauhi ku dan tinggallah en. Hati memenuhi ruang hati ini.

Pendapat aku.
Jika aku berdoa untuk memberi ku tamsilan mimpi atau kecenderungan, aku tidak akan mempercayai diri sendiri. Mungkin kecenderungan yang ada, akan membuatkan aku lebih cenderung atau dengan erti kata lain, lebih menyintai en. Hati.. (Sebenarnya aku tidak percaya pada diri sendiri. Haha.)

Sebenarnya...
Bila kita istikarah, Allah akan menunjukkan kita jalan yang terbaik. Dan Allah juga akan tunjukkan apa yang tidak baik.
Tidak kira lah walaupun kita 1000x menyintai pasangan yang kita pilih itu, Allah tetap akan tunjukkan yang mana yang terbaik bila kita memohon kepadaNya.
Titik.

Bila jodoh mu tidak sampai, janganlah kamu bersedih.
Allah tahu apa yang terbaik buat kamu.


Bila ditanya aku, apa yang aku rasa tentang jodoh ku.
Jodoh kita tu, kita akan dapat rasa dengan kehadiran seseorang tu yang boleh membuatkan kita tenang, kita rasa selesa, bertambah rasa aman dalam jiwa, malah bertingkat keimanan dalam hati. (Hidup aku juga lebih kreatif jika en. Hati sentiasa di sisi.)


Benarkah?
Kamu akan dapat rasakannya bila jodoh kamu sampai.

Soalan dari seorang lelaki.
"Macam mana saya nak cari calon isteri yang baik?"


Jawab aku.
"Kalau lelaki... Nak isteri yang solehah, kamu mesti jadi soleh dulu. Tapi kalau perempuan nak suami yang soleh, dia kena cari lelaki yang soleh. Berbeza tu..."


Dia mengerutkan dahi. Aku memanjangkan senyum.
Aku harap, dia memahaminya...







Nota Pinky ;
"Pesan ustaz Piee... "Nak cari lelaki yang soleh, susah sekarang. Jadi, bila jumpa lelaki yang baik yang suka pada kita, terimalah. Perempuan cepat belajar untuk menyayangi berbanding lelaki." Dan kata-kata itu, baru sekarang aku memahaminya.. Terima kasih ustaz..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terpana seketika.

30 July 2012.
Sudah lama aku di sini. Menghitung hari yang tiada sudah. Hmm..

Aku ada terbaca sesuatu di Tweetdeck.. Perkara ini membuatkan aku terpana sebentar..

"Apabila kamu berasakan hidupmu berat dengan ujian, bergembiralah. Itu tanda kamu masih tersenarai di kalangan orang-orang yang Allah peduli"

Aku selalu berdoa, moga Allah mendengar segala rintihan ku.
Dan sekarang aku sedar, Dia menghantar ujian ini hanya untuk mendengar celoteh ku. Mendengar aku bercerita itu ini seperti dulu. =)

Ya Allah.
Terima kasih kerana menghadirkan rasa sakit dan rasa terbeban ini.
Kerana dengan inilah membuatkan aku semakin hampir dan dekat dengan MU.







Nota Pinky ;
"Hati bertambah cekal. Jiwa bertambah waja. Jalanilah setiap rasa sakit itu. Nescaya hati mu akan bertambah tabah."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rutin setiap Ahad.

Pagi-pagi, dah boring. Tak tahu nak buat apa.
Rutin biasa. Berada dalam bilik sepanjang hari. Bergolek sana dan sini. Bangun menari-nari. dan akhirnya bergolek-golek kembali. Sambil menghayun kaki ke atas, tanda kerja yang tidak ada. Haha.
Boleh macam tu?

Aku nak update blog.
Banyak benda nak diceritakan ni. Tapi virus malas menguasai diri. Lagipun sekarang sedang sakit belakang yang bersangatan. So, semua perkara jadi malas.

Malas.
Malas.
Malas.

Mahu baring sepanjang masa.
Termenung sana. Termenung sini.
Biul sudaaa~~





Nota Pinky ;
"Setan bukan ada di bulan puasa. Jadi, marilah sama-sama kita melawan nafsu malas yang kian menggila ini!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selasa yang pening.


24 July 2012. Selasa yang pening.

Pening semakin menggila. Aku seolah-olah tidak berpijak di bumi nyata. Ntah apa yang membuatkan aku begini. Ade cikgu di sekolah yang menegur aku kepucatan. Adakah aku punya masalah atau aku ditimpa sakit.

Jawapan seperti biasa. Aku baik-baik saja. Mungkin sedikit letih.

Oh! Jawapan itu sangat selamat bukan? Tidak perlu menjawab dengan lebih panjang lebar lagi kedudukan ku yang sebenar. Walhal, diri ini sudah tahu, hidup ku seperti tunggang terbalik. Ketawa. Kau tak kan Berjaya menipu hati sendiri, Pinky.

Aku tertanya-tanya, kenapa kepala ini asyik pusing. Adakah ini disebabkan bulan Ramadhan? Ahhh.. Karut lah. Bulan-bulan Ramadhan seperti bulan biasa jugak. Pergi sekolah, mengajar. Balik sekolah, berdiam diri dalam bilik yang sepi. Itu sudah rutin hidup ku sekarang. 

Harap pening ini berkurangan esok hari. Amin.

Mahu berehat secukupnya dengan membaca komik.. Aku baca komik BI sekarang.. Nanti berteraburlah aku speaking.. hahahahaa.  Kan?









Note Pinky ;
“Rindu kamu sayang. Sangat-sangat.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS