RSS

Sabtu yang indah + lenguh.

Hari ni, hari Sabtu. Yeah!
Cuti di habiskan dengan perkhemahan yang aku memang nampak ianya sangat shining dan meriah sekali. Tapi aku terasa seperti ada sesuatu yang hilang di sini. Mungkin hati aku tetap berkeras mahu pulang ke sisi en. Hati menyebabkan aku sangat-sangat lah boring.

Keboringan di sini tidak menyebabkan aku menangis.
Itulah yang penting. Tidak menangis di hujung minggu. Penat dengan diri sendiri yang sangat penyedih sejak kebelakangan ini. Pelik! Padahal aku rasa, aku adalah orang yang happy go lucky. Entahlah.

Aku pernah berkata pada en. Hati.
Tanpa dia, hidup aku tidak akan sempurna. Walau di mana pun aku berada, aku pasti mahu dia. Hanya dia sorang saja yang boleh menyinari hidup aku dengan sempurna.

Ya. Aku akui, tidak elok obses kan seseorang. Haha.
Tapi rasanya aku ni dah obses sangat dengan suami tercinta. Rasa mahu gelak besar-besar. Biarlah apa yang orang nak kata. Aku sangat merindui mu, Sayang.

Tadi pertandingan masakan rimba.
Ayam pangsuh. 1st time aku dengar dan melihat sendiri cara masakan orang iban. Iaitu ayam dimasak di dalam buluh. Nyaman kata orang Sarawak. Sedap kata orang Terengganu. Hehe.

Sekarang plak, baru tamat larian amanah.
Berehat seketika setelah satu jam berdiri dan melenguhkan kaki menjaga check point. Kaki sudah kemerah-merahan kerana sangat sakit. Alangkah baiknya kalau boleh rehat kan kaki tanpa berjalan. Sudah banyak sangat aku berjalan ni.

Bercakap mengenai broadband.
Pening kepala aku memikirkannya. Tidak dapat jugak aku menggunakan broadband. Haha. Disebabkan kelalaian aku menjelaskan bil maxis yang tidak aku gunakan. Mana plak aku nak cari maxis centre kat sini. Dahlah nak pergi celcom centre tempoh hari pun, aku terpaksa memaksa housemate aku menemani dan aku yang drive. Inikan pula mahu mencari maxis centre.

Oh, Ya Allah. Tunjukkan aku jalan Mu.

Mahu turun untuk senaman petang plak.
Hp mati disebabkan banyak sangat snap gambar. Tak sempat nak charge sebab program sangat pack. Bagus. Malam ni ada barbeque. Jam 11malam. Dapat ke aku tahan mata untuk semua tu? Kita tengok lah nanti.

Jom bersenam kuruskan perut. Haha.








Nota Pinky ;
"Walaupun aku sangat busy dengan perkhemahan, kenikmatan untuk tersenyum bahagia telah hilang dalam mata ku. Aku hanya fikir kamu, Sayang. Cepatlah masa berlalu. Hanya mahu kamu. Harap Allah kuatkan semangat ku yang lemah."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: