RSS

Bandar Kuching, nantikan daku. (Kereknya)

Alhamdulillah.
Persiapan berjalan dengan lancar dan baik sekali. (Walaupun hakikatnya macam monyok + terpaksa menyumbat semua secara ala kadar).

Gembira.
Memang happy. Sebab akhirnya jejak jugak kaki ke tanah Sarawak. Salah satu impian aku adalah menjelajahi dulu semua negeri di Malaysia baru ke luar negara. Sekarang ni, negeri yang tak pernah jejak ialah Perlis dan Sabah sahaja lagi. (Eh! Asal tetiba aku melalut ke sini ni? Ok. Berbalik pada topik). Kalau aku ni seorang yang berstatus single mingle, mungkin aku meloncat-loncat seperti orang dapat sejuta ringgit money droop. Tapi hakikatnya aku telah bersuami.Tapi, ada sedikit kegembiraan juga di hati kerana rezeki yang tertangguh sekian lama sampai jugak akhirnya. Alhamdulillah, syukur pada mu Ya Allah...

Anak mak.
Anak manja boleh ke duk jauh-jauh?
Rindukan mak adalah satu perkara yang wajib bila aku berjauhan dengannya. Bila rindukan mak, aku akan menangis sampai lebam-lebam biji mata. Ni kan plak bila aku rindukan en. hati yang tersayang. Agak-agak macam mana laa biji mata aku nanti. Huwaaa...Yang kaler coklat tua jadi biru ke nanti? Ngeee~~
Tabahkan diri anda yer.. ;) senyum dan kenyit mata pada diri sendiri.

Faktor yang menyebabkan aku tersentuh hati lalu menangis ;

  1. Teringatkan ibu tersayang.
  2. Merindui en. Hati.yang dicintai.
  3. Adik cakap tak cukup duit nak makan.
  4. Api kemarahan yang telah lama di pendam dan terlalu mahu marah yang disekat-sekat. (Ayat apa ini? Terbelit-belit! Haha).
Rasanya, kalau faktor kena pergi Sarawak+Single mingle = Aku rela je. Hehehe. (Asal tetiba rasa macam berlagak laa plak Si Pinky ni! =P ).

Bandar Kuching, mesti sedang menunggu kedatangan aku. Haha. Perasan!
So sekarang sedang berimiginasi bagaimana rupa bandar Kuching yang di sebut-sebut orang. Haha. Adakah seperti bandar Melaka? Tak sabar nak tengok apa yang aku bayangkan sama ke tak ngan rupanya.. Seperti aku bayangkan Melaka. Yeah! Haha. (Memang kuat berangan betul.!)

Kawan yang ada di sana.
Kak Talhah dah ada kat sana. Katanya, sekolahnya bersebelahan dengan sekolah ku.
Husni, yang akan pergi bersama aku jugak cakap benda yang sama.. Sekolahnya bersebelahan dengan sekolah ku.
Dalam hati, banyak nya sekolah kat sana. Confused kejap. Tak pelah. Janji nak balik semenanjung nanti, ada laa kawan.. Hehehe. Kan?

Ok. Time's Up.
Sekarang masa untuk mengemas rumah+basuh baju+dan buat laa apa yang patut sebelum bertolak jam 2pagi nanti. Harap semuanya berjalan dengan baik. InsyAllah.








Nota Pinky ;
"Terasa mahu menangis bila fikirkan lamanya aku akan tinggalkan en. Hati. Tapi buat masa sekarang, masih dapat bertahan. Mahu masak apa yer hari ni? Lunch terakhir sebelum berangkat esok. Pastu kena tunggu 3 bulan lagi. Huwaaa.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: