RSS

Rezeki tanpa di duga.

Assalamualaikum.

Menulis dengan mata yang hampir tertutup. Senyum.

Pinggang sakit.
Aku pun tak tahu kenapa. May be perjalanan semalam, dari Jerteh, Terengganu ke Gemencheh, N9 memakan masa 11 jam. Haha. Memang perjalanan akan mengambil masa yang lama bila aku berada dengan suami. Singgah sana sini. Mana tak lama. Tapi, itu membuatkan dia tak tension dan penat apabila memandu bersendirian.
Terima kasih, Sayang. I love u..

Pindah.
Kali ni, pindah sekali lagi. Dah penat dah pindah randah macam ni. Huhu. Harap, bila dapat pindah quarters gini, en. Hati tak ajak pindah lagi. Amin.

Sekolah dan kawasan sekolah.
Aku pun masih tak faham sampai sekarang. Kenapa laa En. Hati suka sangat berada di dalam kawasan sekolah. Contohnya sekarang. Aku dan dia berada di MRSM Gemencheh, dalam bilik guru. Sementara guru lain seronok bercuti lagi. Ketawa sopan.
Apalah yang dia minat sangat dengan sekolah. Mungkin sekolah boleh menenangkan hati dia. Tak rugi jadi guru. Bagus betul suami aku.

Posting.
Isu posting ni, masih tak habis lagi. Haha. En. Hati cakap, ade kawan dia bagitahu, sebenarnya post untuk guru baru masih dibekukan lagi.
Komen aku dalam hati ; Beku. Tak habis-habis lagi ngan isu jawatan guru dibekukan. Tak faham.

Rezeki.
Tapi, Alhamdulillah. Aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah, Pencipta alam. JPN dah call. Katanya dapat guru Interim. Minggu ni, penentu kat mana JPN akan campak aku. Seram jugak bila fikir. Takut jauh dari MRSM. Huhu.
Aku sujud syukur. Memandangkan kawan-kawan yang lain, tidak dipanggil sepertiku.
Oh, adakah Allah gantikan segala kesedihan dengan jawatan ini?
Aku kurang pasti.

Interim?
Pada mulanya, aku juga tidak faham. Terima kasih pada Puan Farha, kerana menerangkan maksudnya. =) Rupanya, guru ganti selama 3 bulan dan apabila Pengetua berpuas hati dengan hasil pengajaran guru, dia akan rekemenkan kepada kementerian nama guru tersebut. dan terus dapat posting kat situ. Wah!
Owh, program apakah ini?
Tak faham dengan KPM sekarang. Tapi redha jela. Senyum.
Biarkan saja. Terima jawatan dengan redha. Itu lebih baik, bukan?

Sedang memandang en. Hati.
Dia sudah mengajak pulang. Senyum.
Sebelum tu, di ajak menanam pokok. Serai. Kunyit. Lengkuas dan juga pandan.
Rajinnya suami ku...

"Jom Sayang..."







nota Pinky ;
"Terasa hilang semua kesakitan yang di alami dan kesedihan semuanya di bawa pergi dengan layanan mesra dan baik hati dari suami tercinta. Mungkin inilah yang dinamakan kebahagian dan ketenangan di dalam perkahwinan. Terima kasih kerana menjadi suami ku, Sayang.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Unknown said...

Welcome to DUNIA BLOG dear!!

:) rindu hasil tulisan anda! Ngee~

piNky LuCiA said...

Haha. Dah lama tak menulis, kan?

ber"ANDA" anda plak ye?