RSS

Moga Allah memudahkan semua urusan ku.

Khamis.

Sudah Khamis rupanya. Cepatnya masa berlalu. Bergerak dan berdetik tanpa aku sedar. Seawal pagi, mengharapkan beberapa keajaiban berlaku. Tapi, adakah pengharapan itu akan dimakbulkan oleh Sang Pencipta yang Maha Besar?
Masih lagi tinggal tanda tanya.

Kepenatan.
Setelah seharian penat membaca dan menelaah serta berpintal-pintal otaknya, harus ke JPN N9 plak. Adeh! Perlu ke?
Terasa sedikit janggal. Tapi itu lah yang harus aku lakukan. Mengambil surat perlantikan guru interim di Seremban yang aku kira agak jauh kerana memakan masa 1 jam lebih perjalanan.
Kepenatan tak berhenti setakat itu, sekarang masih berada di bilik guru MRSM Gemencheh. Menemani en. Hati belajar dan membuat asigment.

Pening + Loya.
Sekarang, kerap pening dan loya. Apakah ini tandanya?
Hmm, confused juga. Memandangkan pengalaman dulu tidak sebegini. Mungkin tekanan darah rendah menjadi-jadi sejak dua tiga menjak ni. Haha.
Telahan aku ajeee... Senyum sopan.
Harap kepeningan dan keloyaan ni akan cepat berlalu. Seperti angin yang bertiup dan segera berlalu. Wah!

Sakit kepala menyerang.
Sakit kepala juga membuatkan aku sedikit cepat naik angin. Mungkin ditambah dengan letih dan badan tidak berapa sihat. Mungkin. Kesian en. Hati yang menjadi tempat melepaskan geram. Kekadang terasa mahu digigit-gigit saja dia supaya hilang geram sakit kepala ni. Buruk kan perangai seorang isteri seperti aku bila sakit kepala.
Senyum sumbing.

Dari Lenggeng ke Rembau.
Di JPN N9.. Satu perkataan yang aku agak, aku seperti pernah dengar. Haha. "Lenggeng". Nama tempat weyh..! Aku dicampak oleh pihak JPN untuk mengajar di sana.
Wah! Perjalanannya memakan masa 2 jam lebih. Ia juga adalah sempadan N9 dan Selangor. Bila aku utarakan itu jauh dari tempat tinggal aku sekarang, katanya kenapa tak cakap aku sudah "berpunya". Wah!
Dengan berhemah aku berkata ; "Saya sudah menulis semua butir peribadi di dalam borang."
Dan dengan penuh hemah jugak dia menjawab ; "Yalah. Kat sini tulis sudah berkawin."
Aduhai. Macam-macam. Mungkin terlalu banyak benda yang harus diuruskan.

Alhamdulillah.
Akhirnya, permohonan untuk berpindah sekolah diluluskan. Syukur. Walaupun sekolahnya tidaklah dekat, tapi boleh lah daripada Lenggeng tu.. Hampir 1jam juga ke Rembau tu.. =)

Rahmat dan ketentuan dari Ilahi.
1000 kali syukur Alhamdulillah kepada Rabb Pencipta alam kerana menganugerahkan aku rezeki yang tidak ternilai ini.. Aku berharap, Dia masih sudi menemani aku, hambaNya yang sangat lemah hingga ke hujung nyawa. Kerana padaNya saja aku memohon pertolongan. Amin.
Semoga segala urusan ku di permudahkan olehNya..





nota Pinky ;
"Ntah apa yang aku buat, aku pun kurang pasti. Tapi penatnya mengalahkan petani yang membajak sawah je. Haha. "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: