RSS

Anak makin bertambah ni..

Anak pertama.

Dah lama menemani aku. Susah senang kehidupan ku, semua terluah kepada anak pertama. Dulu, aku memanggilnya Didi.. Kini, aku beralih kepada nama Awliya'. Nama manja, tidak lagi di panggil. panggil nama penuh kan baik untuk anak. Kan?

Awliya' Addin..
Cantik namanya. Maksudnya juga secantik nama. Kekasih agama.. =)
Penat Aunty M bagi nama. Panggilnya Didi saja, kan?
Buat pengetahuan Aunty M, I dah start panggil Awliya'. So, tidak membazir u berikan dia nama. Hehe.

Anak kedua.
Setelah persetujuan ramai, yang mewakili Cik Tie, Cik Asma.. Nama telah diberi.. Anak kedua, mengikut jejak kakaknya.. Berkulit puteh.. Tak ikut Papa. Tak ikut Mama. Ketawa.

Aqeef Aiman..
Panggilan, Aqeef.. Maksudnya ; Pemberi tumpuan.. Aiman = Keberkatan..
Sesuai la nama tu untuk menjaga aku.. InsyAllah, dengan izin Allah, dia akan menjaga ku dengan baik.. Sekarang, Aqeef lebih rapat dengan Papanya. Mentang-mentanglah Mama sakit.. huhu.

Anak ketiga.
Sekarang sedang menunggu anak ketiga. Anak Papa. So, agaknya kulit pun ikut Papa. Haha. Hm, maknanya bertambahlah tanggungjawab kami sekeluarga selepas ini.. Menjaga anak segera adalah sama susah dengan menjaga anak yang dikandungkan.. Katanya, 2 minggu lagi, anak kami akan dikeluarkan. Tak sabar menunggu kedatangannya ke dalam keluarga besar ku.

Nama?
Sudah aku cari dan putuskan sendiri.
Tanpa bertanya Papanya atau orang lain. Ketawa. Boleh?
Mestilah boleh. Anak aku kan.. Senyum sendiri.

Hafeez Haidar.
Pelindung yang berani.
Sebagaimana maksudnya, aku harap seperti itulah dia menjaga aku. Menjaga dengan baik. Menjaga dengan berhemah. Dan doaku pada Mu, Rabb, agar keselamatan kami berada di bawah pengawasan Mu, selalu.
Amin.

Bulan depan.
Genap umur Aqeef setahun.
Umur Awliya' dah 2 tahun.. Senyum...






Nota Pinky ;
"Bila bertambah anak, bertambah tanggungjawab. Maksudnya, akal pun kena panjang jugak. Susu. Lampin. Semua nak kena beli setiap minggu, bulan dan tahun.. Senyum penuh makna."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Unknown said...

hahahha giler!!! per2 pon akhirnye sampai gok Aqeef kat umah umi yeee :D

piNky LuCiA said...

Hehehe. Nanti i bawak Hafeez plak yer pegi umah umi.. ngeee...