RSS

Selamat Hari Raya..

Selamat Hari Raya.
Maaf zahir batin buat semua yang mengenali aku.
Sama ada salah dengan sengaja atau tidak sengaja.
Aku pohon halalkan semuanya.

Puasa pertama bersama suami.
Memang melucukan. Ada kalanya rasa amat memenatkan.
Tapi aku tidak menafikan banyak yang seronok.

Raya pertama, bersama suami, di kampung isteri. Ketawa.
Akhirnya, raya tahun pertama kami di Terengganu, Darul Iman. Wah!
Dah awal puasa sudah berada di Kedah, Darul Aman. Jadi raya mestilah di rumah si isteri. Bayangkan betapa seronoknya aku. Senyum.

Menjadi menantu kepada bapak mertua dan mak mertua macam mak dan ayah aku, aku kira agak susah. Ketawa.
Sesampainya kami di kampung, En. Hati di minta menjadi imam solat berjemaah di surau di sebelah rumah aku.
Terasa nervous. Wah! Nampaknya aku yang nervous terlebih. Haha.
Tapi alhamdulillah. Kata ayah, task pertama sudah lulus.
Lega menguasai minda aku.

Task kedua.
Pagi-pagi lagi en. Hati dijemput untuk memberi sedikit tazkirah atau peringatan buat semua orang kampung.
Aduh! Tazkirah laa plak. Agaknya dia ade persiapan yang jitu ke tidak.
Kali kedua, hati aku lega.
Aku bangga mendapat suami macam "dia".
Kata emak, task kedua, LULUS.
Aku senyum.

Aku ingat dah habis en. Hati diuji.
Tapi kali ni, seorang pakcik yang aku agak, aku kenal jika en. Hati describe dengan betul. Tapi sayang, dia bab-bab describe orang tak pandai sikit. (opppss.. Sorry. Terkutuk plak. Hehe).
Dia diminta mengimamkan solat sunat tasbih yang biasanya orang buat pada malam raya. Nah! Ambik kau. Solat sunat tasbih, aku pun kekadang lupa macam mana nak buat.
Dalam hati, boleh ke suami aku buat ni? Mak jugak tertanya-tanya dia boleh ke tak buat. Aku jawab slow-slow dalam hati, "Yang, U jangan malukan i. U kena banggakan i. I nak suami yang serba boleh." Tapi, kat luar hati ni, releks je.. Ngeee...
Task ketiga... Hmmm.. Alhamdulillah. Ilmu yang ada dapat diperaktikkan dengan baik.
Sekali lagi, aku sebagai isteri bangga dapat suami macam "dia".

Ada 1 perkara, aku dengan celuparnya berkata ; "Yang, entah-entah, nanti u yang kena baca khutbah. Haru jugak tu. Sambil tersenyum."

Kelegaan tu tak lama.
Petang sebelum hari raya, aku di dapur bersama mak. Berborak-borak, bercerita itu ini. Tiba-tiba ayah datang. Bawak kertas colour kuning. Aku ingatkan borang apa. Tapi rupa-rupanya teks khutbah raya. Fuhhh.. Haru jugak ni. Suami aku mana pernah baca khutbah. Karang teks khutbah pernah laa sampai menang tempat pertama. Tapi hati aku jugak ada kata, kalau dia boleh karang khutbah dan dapat johan khutbah, tak kan laa benda kecik macam baca khutbah tak boleh. Kan?

So, aku menunggu hari raya dengan 1001 debaran.
Pagi raya, "Yang, good luck. I bangga jadi isteri u. Baca khutbah elok-elok." Lebih kurang gitulah ayatnya. Sambil mencium pipi dan tapak tangannya. Dia senyum. Aku tarik nafas dalam-dalam. Hembus perlahan-lahan.
Nampaknya isteri yang nervous terlebih ni. Haha.

Selepas solat sunat hari raya.
Aku tahu, suami aku tak kan hampakan aku. Dia akan selalu buat aku bangga menjadi isterinya. Dan aku memang bangga mempunyai suami macam dia.

Tahniah sayang.
Keempat-empat task yang kamu lalui, kamu LULUS dengan cemerlang.
Aku bangga menjadi isteri kamu.
Dan kamu selalu buat aku berpeluh. Takut kamu tak dapat buat. Walhal aku tahu, kamu pasti buat yang terbaik untuk kita. Senyum.

Selamat hari raya, Sayang.







Coretan Pinky ;
"Tahun pertama beraya dengan suami, rasa macam pelik. Tapi perasaan tu, sangat membahagiakan aku. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: