RSS

Hello. Rasa nak mengamuk, boleh?

Bulan puasa, bulan mulia.

Setakat puasa hingga ke hari ini, aku sangatlah menjadi seorang yang sangat-sangat penyabar. (Ayat apakah ini?)
Maksudnya, aku berjaya mengawal kemarahan aku. Kalau kebiasaannya, jarang sangat nak tahan marah. Kalau dah 2 3 kali bersabar, masuk kali ke-4 dah keluarkan semua api. Macam naga. Ketawa. Tapi kali ni, lain sangat.
Perubahan yang baik aku kira.
Senyum.

Mengawal kemarahan, adalah sangat sukar.
Oh! Perlu menahan api yang meluap-luap mahu keluar. Cuba bayangkan. Menahan segala sebak di dada. Dengan nafas yang turun naik. Allah sahaja yang tahu.
Senyum.
Sebenarnya, tak susah menahan marah. Cuma cara bagaimana kita nak tahan tu perlu betul.
Bila nak marah, ketawa.
Bila nak marah, duduk.
Serta bernafas perlahan-lahan.

Wah! Aku sangat bangga pada diri sendiri. (Boleh tolong berhenti perasan tak?) Haha.

Tapi hari ni, macam nak sangat maki hamun. Nak sangat mengamuk. "Hello. Nak bagi cuti ke tak nak ni? Kalau tak nak bagi cuti, cakap jela taknak. Dush3." Ayat ni, hanya ku simpan dalam hati. Senyum.
Sabar Pinky. Tapi, aku tak teruskannya. Mungkin aku penat. dan sakit pinggang ku yang menjadi-jadi sejak akhir-akhir ni membuatkan aku cepat rasa mahu marah.

Niat tu, aku tak teruskan. Senyum. Mendabik dada. Ucap syabas pada diri sendiri.

Aku harap, ini akan berkekalan. Amin.





Coretan Pinky ;
"Boring. en. Hati asyik busy. Bila tak mahu busy ni? Nangis kang. (ayat ugutan ni. Haha.)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: