RSS

semuanya perlukan kesabaran

Oh! Sangat sibuk.
Kesibukan menyelesaikan kerja yang datang bertimpa-timpa menyebabkan aku sangat tidak larat. Hal sekolah, hal pelajar, hal office, hal audition, hal rumah tangga, dan banyak lagi halnya. Kadang-kadang aku sangat mahu menyendiri. Sangat mahu duduk diam tanpa berkata apa-apa.
Alangkah indahnya.
Pejam mata, sambil membayangkan apa yang aku inginkan.

Sekolah.
Oh, agak mencabar.
Terutamanya komunikasi dengan guru-guru. Bila masalah ngan pelajar berkurangan, masalah guru yang menjadi penyebab pula..
Masalah pelajar ada. Cuma peratusnya hanya 15% aku kira.
Senyum.
Bersyukurlah.

Rancangan Ustazah Pilihan.
Juga menyerabutkan otak dan jiwa aku.
Setiap kali rancangan baru mahu keluar. Jiwa aku kacau. Otak aku bercelaru. Semua aku rasa.
Tapi, dengan itu sahaja cita-cita aku tercapai. Matlamat aku termakbul. dan impian aku tertunai.
Aku bangga dengan diri sendiri.
Senyum.

Menjadi seorang perempuan yang berkerjaya lebih dari satu, memerlukan aku lebih kreatif dan proaktif. Lebih bermotivasi tinggi dan berdaya saing.

Itu tidak cukup dengan sekolah dan rancangan realiti terbaru, esok aku decide plak untuk menerima pelawaan seorang kawan yang menawarkan aku menjadi Fasi kepada Kem Kepimpinan under Jakim.
Ketawa.
Tidakkah aku giler?
Ya. Giler kerana menambahkan lagi beban yang ada.
Senyum sendiri. Sambil garu kepala.

Harap semuanya berjalan lancar.
Amin.





hati berkata ;
"Aku tidak biasa hidup berdiam diri. Semua masa yang ada akan ku isi dengan baik. Sehingga sekarang "honeymoon" aku masih terbengkalai. Tahniah kerana kebizian yang terlampau antara kami berdua. Ish3. Pelik pengantin ni."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: