RSS

Aku juga inginkan kesempurnaan..

Satu hari yang panjang terpaksa aku habiskan dengan 1001 permasalahan yang terpaksa aku selesaikan sendirian.

Akhirnya, Nad juga lah yang menjadi pengomen tegar dan bersama-sama memikirkan semua beban masalah yang aku pikul.
Ketawa.
Terima kasih kerana menjadi pengomen tegar kepada aku.

Setiap perempuan, memang ingin kelihatan cantik.
cantik dalaman, juga luaran.
Bukan?
Pernahkah kamu dengar, ade seorang perempuan yang mengatakan dia tidak ingin kelihatan cantik.
Tidak pernah, bukan?
Lumrah dan fitrah perempuan, memang ingin kelihatan cantik.

Realiti atau fantasi?
Tapi, kekadang sesuatu yang kita mahukan, tidaklah menjadi sesuatu realiti.
Mungkin pelbagai masalah datang dan timbul yang patut kita selesaikan.
Siapa yang tahu kan?

Aku juga seperti perempuan lain yang inginkan sesuatu perkara yang cantik.
Aku juga inginkan kesempurnaan.
Siapa yang tidak mahu, kan?

Kecil hati.
Yup.
Aku sedang berkecil hati.
Aku sedar diri. Aku faham. Mungkin aku terlebih sensitif.
Tapi aku simpan jauh di sudut ruang hati.
Simpan dalam-dalam.
Aku tidak kesah. Tapi sekurang-kurangnya susunlah sedikit bahasa yang indah untuk mengatakannya tidak elok.
Bukankah begitu lebih baik?

Ceh!
Mahu meniti hari bahagia pun masih nak bersedih-sedih.
Ketawa.




Nota hati ;
"Aku seorang perempuan. Berkecil hati memang fitrah. Mungkin kerana aku sedar diri bahawa aku bukanlah secantik orang yang diluar sana dan tidak sekaya semua orang di sekeliling ku. (Ayat sedih. Ketawa.)"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: