RSS

Apa ertinya rasa bahagia?

Bahagia.

Apa erti bahagia?

Ada seorang kawan bertanya, adakah aku rasa bahagia?
Aku tergamam sebentar. Terkelu lidah. Fikiran blur tiba-tiba.
Soalan apakah ini yang dilontarkan kepada ku?
Aku mula berfikir.
Aku tidak pernah bertanya diri sendiri adakah aku bahagia dengan hidup sekarang.
Tak pernah sekali pun soalan itu muncul.

Aku selesa dengan hidup aku sekarang.
Aku rasa senang jika aku begini.
Apa yang perlu aku fikirkan lagi?
Berdehem perlahan.

Bahagia, kekadang kita tak nampak ada pada kita.
Yang kita nampak, bagusnya orang ni, bahagia.. bestnya orang tu, bahagia.. Tapi yang sebenarnya bahagia itu juga ada dalam diri kita. Cuma kekadang kita tak tahu untuk menilai kebahagiaan itu.

Kebahagian itu umpama langit yang tidak berawan.
Bagaimana kita mengeluarkan dan mengecapi kebahagiaan itu yang penting. Bukan menangisi yang kebahagiaan orang lain tidak ada pada kita.
Bukankah sesuatu yang baik jika kita berusaha sendiri untuk bahagia?
Senyum sambil menahan batuk.

Definisi kebahagiaan.
Ia sangat luas. Tidak terbatas had nya.
Mungkin seluas langit. Mungkin juga seluas lautan yang terbentang. Mungkin panjangnya umpama ombak yang menyusur pantai. Atau banyaknya seperti buih-buih ombak.. Atau penuh dengan kehangatan umpama angin yang bertiup sambil menyapa nyaman..
Siapa tahu?

Semua orang berhak merasai apa itu bahagia.
Dan terpulang pada kita yang mencipta kebahagiaan tu macam mana.
Bukan?
Dan kita tidak berhak menilai adakah orang yang kita nampak bahagia atau tidak.
Cuma kita boleh doakan supaya kebahagiaan yang ada di dunia mahu pun akhirat, bakal mereka kecapi semuanya.
Senyum.
Bukankah begitu adalah lebih baik dari segalanya?

Adakah aku bahagia?
Jawapan itu ada di dalam hati. Kejap. Utuh. Dan tersimpan rapi.
Senyum.
Aku sesekali tidak dapat menyatakannya.
Kerana bahagia yang aku rasa sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Kerana ia tersimpan jauh disudut hati..
Senyum manis.





Nota hati :
"Aku selesa dengan kehidupan sekarang. Tidak serabut dengan pertanyaan "Si Busy Body". Tidak melingkar dalam umpatan keji "Si keris besi". Dan rasa selamat bila berdiri dengan menggenggam erat jari jemari sendiri."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: