RSS

Ruginya tidak dapat menghadiri Dinner Batch.

Assalamualaikum.


Hari ni, 8April2011.
Esok, 9April2011.

Hari ni, Aku perlu menyiapkan semua perkara yang patut-patut. Dan aku tahu, hari ni aku tidak akan dapat menyiapkan semua yang berkaitan. Esok, lusa atau seterusnya, pasti tidak dapat disiapkan dalam tempoh terdekat. Hmmm, masa memang cepat berlalu bila kita banyak kerja. Itu aje yang aku tahu.

Esok, 9April.
Perkara yang akan berlaku malam esok ; Dinner SMPI batch 07/08.
Sedih.
Kerana aku tidak akan dapat mengikuti dinner. Aku tahu, orang tak kan sedar kehadiran aku. Tapi itu adalah dinner yang pertama dan terakhir untuk batch SMPI 07/08. Senyum. Mungkin bukan rezeki aku. Dan aku percaya, akan ade rezeki yang lebih besar dari itu. Senyum sekali lagi.

Kepada kawan-kawan,
Aku memohon maaf di atas ketidakhadiran ku malam esok. dan Aku sangat berharap agar kamu semua bergembira dan berbahagia serta dapat berseronok walaupun tanpa kehadiran aku. Ketawa. (Padahal, sesiapa pun tak pernah peduli jika kamu datang atau tak. Hahaha.)

Aku percaya, bila aku melihat gambar kawan-kawan, pasti ada rasa cemburu. Walaupun aku sudah niat untuk tidak cemburu. Haha.

Hmm, tidak boleh berlama di sini. Perlu mengemas barang dan mengemaskan diri sendiri agar kelihatan cantik. (Perasanlah kau Pinky!)
Tamat dengan senyuman. Meleret. Haha.








Nota ringkas ;
"Terasa seolah-olah mahu menyelesaikan semua perkara hari ini. Andai diriku dapat ku bahagikan kepada lapan bahagian, nescaya cepat sikitttt keje nya siap. (kenapa lapan? tidak 10? atau 15? atau 22? ntah!) Oh Tuhan, banyaknya kerja. Senyum dalam kelat."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: