RSS

Demam ke? Ish. Tak tahu pun.

Hari kedua.

Sudah dua hari aku demam. Sejuk. Mahu menggigil. Tapi berkeras juga tidak mahu menyelimuti tubuh dengan comforter yang hangat dan berkeras juga mahu melakukan kerja-kerja yang banyak yang hanya aku yang harus menyudahkannya.

Menyebabkan, kesihatan aku masih juga tidak pulih ke asal.
Huh! Itulah akibatnya orang yang degil seperti kamu, Pinky. Degil + keras kepala + tidak mahu mendengar nasihat orang.

Selsema makin menjadi-jadi. Hidung pun sudah sebu. Batuk pun, kekadang kuat.
Semalam, tidak boleh bernafas dengan betul. Dada terasa semput. Pagi keesokannya, terus ke klinik berjumpa doctor. Tahu kamu takut, Pinky. Ketawa mengenangkan sikap diri sendiri yang keanak-anakan. Senyum.

"Awak demam ni." said doctor.
Jawab ku pada doctor. "Saya tak tahu pun saya demam, doctor."
Doctor senyum, "Kekadang kita tak tahu kita demam, sebab terlalu banyak sangat kerja yang perlu kita selesaikan. Saya bagi ubat, jangan lupa makan tau. dan juga rehat cukup-cukup. Tekanan darah awak rendah. Mesti rehat."

Aku senyum. Kata doctor, ada benarnya. Menghembuskan nafas. Senyum pada diri sendiri. Entah sampai bila aku mahu bekerja sekuat ini. Aku pun tidak pasti. Tapi aku suka bila rutin harian aku penuh. Aku tidak susah-susah memikirkan masalah aku lama-lama. Kerana ada sahaja akal aku untuk menyelesaikan masalah ku tika aku busy.




nota kaki :
"Patut ke aku rehat, tatkala aku ngah syok-syok menyelesaikan semua perkara? Macam terbengkalai je... Ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

azi nur said...

cepat2 sembuh ye...rajin maakn obatnyee!
garang pulok..hehee

piNky LuCiA said...

hehehhe. garangnyaa... baik... makan ubat ngan segera.. hehe