RSS

Takutnya. Ketawa.

Assalamualaikum.

Mood : Kelegaan tahap maxima. 203%.

Ayah.
Pernahkah kamu bercakap dengan ayah kamu berkenaan hal yang penting-penting?
Aku, tak pernah.
Jika sekadar bergurau senda, mahu mintak duit sikit-sikit, bertanya itu ini yang aku kira sangat tidak personal dan kejiwaan, itu selalu aku buat dengan ayah.

Sebaliknya, jika masuk bab-bab hati perasaan.
Tidak pernah aku suarakan pada ayah. Selalunya mak yang menjadi mangsa perantaraan dengan ayah.
Tapi kali ini lain.
Kata mak, mak tidak mahu masuk dan ikut campur urusan aku.
Kerana mak sudah pening dengan ayah yang selalu tidak menjawab soalan. 10 soalan yang ditanya, belum tentu 1 soalan pun terjawab. Ayah hanya tahu senyum atau sengeh dengan pertanyaan-pertanyaan mak.

Ayah dan Mak. Kecil hingga besar menjaga aku.
Kini, aku plak yang harus menjawat jawatan itu.
Bersediakah aku dengan jawatan yang akan diberikan nanti?


Number mak aku dail.
Sebenarnya sudah berjanji dari semalam lagi.
Masa tidak mengizinkan. Hari ini, baru number di dail.
Ade sesuatu perkara yang perlu aku bincangkan dengan mak dan ayah.

Call diangkat.

Aku : "Assalamualaikum mak."
Mak : "Waalaikumsalam."
Aku : "Mak, bla-bla-bla..."
Mak : "Bercakap ngan ayah kamu."
Aku : "Takutlah mak."
mak : "Nak takut apa? Pernah ke ayah makan kamu bila kamu tanyakan sesuatu?"
Aku : "Tak pernah lah plak."
Mak : "Habis tu, apa yang kamu takutkan?"
Aku : "Ntah." Ketawa.

Telefon bimbit bertukar tangan.

Ayah : "Assalamualaikum."
Aku : Telan air dulu. "Waalaikumsalam. Ayah, bla-bla-bla.."
Ayah : "Bla-bla-bla..." {Bagi ceramah}
Aku : "Ye, ayah. Baik, ayah."
Ayah : "Bla-bla-bla..." {Bagi ceramah lagi}
Aku : "Baik, ayah."

Telefon bimbit kembali ke tangan mak.

Mak : "Hah. Ayah makan kamu tak?" Mak menyergah.
Aku : Ketawa. "Tak, mak."
Mak : "Takut sangat."
Aku : Ketawa lagi.

Sebenarnya, aku dah agak dah, ayah mesti bagi ceramah kat aku.
Mungkin sebab itulah aku selalu takut nak cakap benda-benda yang sensitif dan bab-bab hati ngan ayah. Ketawa.

Tapi, sekarang..
Terasa sangat lega bila dapat menyuarakan semuanya kepada ayah dan mak.
Senyum.
Begini rupanya perasaannya. Baru aku tahu. Ketawa kuat-kuat.

Jangan abaikan Ayah dan Mak.
Mereka pasti gembira dengan kegembiraan kamu. Senyum.






nota hati yang lega :
"Tersangat lega sehingga sampai sekarang aku masih senyum. Kalau nak senyum sampai balik kampung minggu depan boleh? Ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: