RSS

Bila kamu tersepit antara 2 cinta. Apa kamu buat?

Assalamualaikum.

Sukarnya dalam membuat pilihan. Aku tahu. Kerana aku pernah mengalaminya.


Ada kawan yang bertanya. Bila kamu tersepit antara dua cinta, apa yang kamu buat?
Persoalan ini aku jawab kerana kamu, kawan. Ini adalah pandangan peribadi aku. Kamu tidak perlu dan tidak diwajibkan untuk mengikutnya. Ada faham?

Termenung sana. Berkhayal sini. Baring sana. Duduk sini. Semua tak kena buatnya. Sebentar kemudian, terdengar keluhan kecil. Apa yang bersarang dalam minda sebenarnya?

Dua orang teruna jatuh cinta pada kamu.
Tapi, adalah menjadi masalah buat kamu dalam membuat pilihan untuk memilih salah seorang antara dua teruna itu. Soal memilih yang mana sesuai dan yang mana terbaik, memang sangat membebankan otak, bukan?

Setelah mencari, menaiki bukit dan gunung. Merentasi laut dan sungai. Menuruni hutan dan paya. Akhirnya, dua jejaka muncul. Sebenarnya kamu tidak buat apa-apa pun. Tapi mereka tetap menyukai kamu. Mahu kata, kamu sangat cantik, tidak. Hendak menilai, kamu gadis yang lemah lembut dan sopan santun pun tidak. (Jangan marah ye, kawan.) Senyum. Semuanya sebaliknya. Mungkin mereka berdua menyukai kamu seadanya. Aku tegaskan, mungkin.

Di usia kita, yang menjangkau 270tahun ini, bercinta bukan hanya sekadar untuk bercinta dan berkasih sayang. Tapi mahu ke jinjang pelamin. Aku faham itu. Mencari jodoh bukan seperti membeli tembikai di pasar. Juga bukan seperti membeli baju di megamall. Tapi ia perlukan masa. Memilih. Berkenalan. Memahami dan juga hubungan itu mesti direstui oleh keluarga terutamanya ibu dan ayah.

Saat bersama adalah saat yang memerlukan lebih banyak keselesaan di abadikan.


Dalam kamu mencari teman hidup, sudah semestinya kamu memilih seseorang yang dapat membahagiakan kamu, dapat membuatkan kamu selesa bersamanya dan pandai menghormati ibu bapa dan keluarga kamu. Benar bukan?

Membuat keputusan untuk memilih kedua-duanya?
Kerja yang tidak masuk akal. Tidak logik.
Ya, aku tahu, kamu suka jika kedua-duanya menjadi milik kamu. Kerana kedua-duanya sangat baik. Tapi, dalam Islam, perempuan hanya dibenarkan berkahwin dengan seorang lelaki. Tidak ade poligami untuk isteri. Poligami hanya dibenarkan oleh Islam hanya untuk si suami. Itu pun jika suami cukup syarat yang ditetapkan. Senyum kelat.

Kejap. Adakah kamu rasa seronok dengan mempunyai dua teman lelaki?
Bagi aku, ia satu perkara yang sangat menyemakkan otak. Ya. Kelak kamu harus memilih salah seorang daripada mereka. Jadi bukankah kamu patut memilih mereka saat kamu tidak bias lagi ke arah mana-mana pihak?

Pengalaman aku mengajar aku erti sebuah kasih sayang yang sepatutnya.
Jika Si A datang setelah kamu bercinta dengan si B, jangan lah segan silu mengatakan bahawa kamu sudah mempunyai buah hati. Tapi jika kamu ingin memilih untuk menentukan siapa yang bakal jadi suami kamu, bukalah pintu hati kamu untuk mereka berdua. Lainlah jika kamu sudah bergelar isteri. Kamu patut menutup pintu hati itu untuk orang lain. Senyum.

bukankah pemilihan yang dibuat itu adalah untuk kamu membina mahligai bahagia?
Jadi perhitungan yang dibuat haruslah waras, bukan?


Di sini aku tegaskan sekali lagi. Aku hanya mengutarakan pengalaman peribadi aku.
Bagi aku, untuk memilih antara dua teruna ini, aku mengutamakan keselesaan. Jika kamu memilihnya kerana di hensem, macho, bergaya tapi kamu tidak selesa bersamanya, untuk apa kamu memilihnya? Bukankah keselesaan itu penting untuk menjamin kebahagiaan dalam hubungan rumah tangga?

Kamu semestinya mengharapkan si Dia yang telah kamu pilih adalah orang yang dapat memenuhi impian kamu. Orang yang dapat bersabar dengan semua karenah kamu. Orang yang tabah dan sentiasa berada di samping kamu sama ada susah atau senang. Tapi kamu kena ingat, lelaki akan bersabar selagi mana dia sayangkan kamu. Dia akan hilang sabar jika tahu kamu menduakan cintanya yang hanya dia berikan pada kamu. Jadi pilihlah lelaki yang benar-benar membuatkan kamu rasa selesa dan tidak mengongkong kehidupan kamu.

Bagi aku, cinta yang berputik seharusnya melalui proses yang lama. Dan dalam proses itu, pilihlah lelaki yang benar-benar menerima kamu seadaanya. Kerana jika dia menerima kamu seadaanya, tidak kesahlah kamu cantik atau tidak, dia tetap akan menerima kamu dengan seada kamu. Bukankah lebih baik begitu berbanding lelaki yang hensem tapi memilih paras rupa kamu?

Sebenarnya, hal yang wajib kamu buat dalam memilih adalah solat istikarah. Memohon petunjuk kepada Allah agar ditunjukkan jodoh yang sesuai buat kamu. Perkara-perkara di atas adalah hanya pemilihan yang dibuat oleh manusia. Pemilihan yang dibuat oleh Allah adalah pemilihan yang paling tepat.

Percayalah. Jodoh itu adalah ketentuan Allah. Jadi, kamu patut bertanya dan memohon petunjuk dariNya. Kerana kamu merancang. Tapi Allah juga merancang. PerancanganNya adalah sebaik-baik perancangan.

Ah.. Mahu menaip lagi. Tapi, aku rasa, yang lain, kamu perlu fikir sendiri.
Bukankah hak untuk memilih ditangan kamu. Jadi kamu fikirlah mana yang lebih terbaik antara yang terbaik.

Selamat memilih. Ketawa sopan.





nota penting :
"Ketawa. Adakah aku sudah menjawab soalan kamu? atau kamu belum berpuas hati lagi dengan jawapannya? Keputusan di tangan kamu. Orang lain tidak dapat membuat keputusan untuk kamu. Istikarahlah. Itu akan membuatkan kamu lebih tenang, kawan. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Unknown said...

hohoh terpampam seketika aku bace entry ni..rase cam nak kawen je terus

piNky LuCiA said...

bila nak kawen.. jangan lupa pula jemput aku. hehehe

KUREKURE COMEL said...

adooiii....hehehe...


kawen cepat ye...kenikmatan slps berkahwin...amat indah....
percaya lah....hehehe

piNky LuCiA said...

wah. ini harus dipercepatkan tarikh ni.. hehehehehe.

tak boleh jadi betul. =P