RSS

14 Februari atau Hari Kekasih.



Assalamualaikum.

Adakah kamu menyambutnya? Aku tidak. dan tidak pernah mengingatinya.


Hari ni, 14 Februari 2011 bersamaan "Hari Kekasih".
Aku tidak ingat. Ada sesiapa yang sambut "Hari Kekasih" ke? (baca dengan Valentines Day ye).
Perlu ke aku ucap? Ketawa.
Tak perlu la kot. Sebab kami berdua sememangnya tidak pernah menyambut "Hari Kekasih".

Pagi yang hening tadi, aku membaca blog Abang K. (awww. Terasa diri ini masih muda belia dan perlu memanggil beliau dengan Abang K. Silalah suka ye Abang K.)
Dek kerana blog Abang K lah yang menyebabkan aku ingat bahawa hari ini adalah "Hari Kekasih" sedunia. Senyum.

Sebenarnya, aku dan en. Hati tidak pernah menyambut "Hari Kekasih".
Kekadang kami langsung tidak ingat bahawa 14 Februari adalah "Hari Kekasih". Mungkin kesibukan masing-masing menyebabkan aku tidak mengingati tarikh-tarikh yang orang lain anggap special.

Bagi aku, tiap-tiap hari adalah "Hari Kekasih". Aku tidak menunggu esok untuk aku mengingatinya. Atau dalam erti kata lain, aku tidak menunggu 14 Februari setiap tahun untuk mengingatinya. Aku selalu mengingatinya. dan tidak pernah melupakannya.

"Be mine forever, Sayang..."

Bagi kami, tiap-tiap hari adalah "Hari Kekasih".
Tidak perlu menunggu sekali dalam setahun untuk mengingati antara satu sama lain.
Tidak perlu menunggu tarikh-tarikh tertentu untuk membelikannya hadiah.
Tidak perlu menunggu hari-hari tertentu untuk menyatakan rasa sayang dan cinta.
Luahkan rasa sayang dan cinta kamu setiap saat, minit, jam dan hari mahu pun sepanjang hari, jika kamu rasa ingin meluahkannya.






kata kata berbaur cinta pada mu :
"Ada apa dengan Valentines Day? Tidak ada apa-apa. Kerana bukan hanya Valentines, mengingatkan aku pada kamu. Tapi setiap hari adalah Valentines bersama mu, sayang. Dulu, kini dan selamanya, Cinta ini hanya untuk mu. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Umie said...

so true..dari ingat hari kekasih, baik kite ingat Maulud Nabi esok kan?? hehe

hajarus said...

betul kate ummi tu... anyway salam maulidur rasul pinky... :)

piNky LuCiA said...

umie..

Yup. mengingati Rasullullah junjungan mulia.. dapat pahala. hehe. Setuju ngan umie.. =)

piNky LuCiA said...

Hajar..

Salam Maulid al-Rasul buat hajar juga.... =)