RSS

menghabiskan sisa-sisa hidup di sini. haha.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

sekarang,
on road to kuala Lumpur.
10.00pm = e-Budaya, seat no. 2.

perlu menghabiskan masa yang lama untuk sampai kL.
boring!
serius.
alangkah bagusnya kalau ada teman yang istimewa di sisi.
senyum gatal. lalala~

berada di atas bas lebih kurang tujuh hingga lapan jam adalah perkara yang sangat memenatkan. tambah-tambah lagi kalau tidak dapat tidur. dan melihat sekeliling yang penuh dengan kegelapan. serta mata yang seumpama biji guli yang tidak mahu-mahu dipejamkan.

boring menyelubungi jiwa.
haha. gelak kepada diri sendiri yang tidak terurus dek kerana keboringan yang memuncak.
pusing kanan, pusing kiri. semua orang pejam mata.
mata ku buntangkan. melilau sana sini.
adeh. susahnya kalau tak dapat tidur.

sedikit takut kerana bas yang di pandu oleh driver 'sedikit' laju.
tapi...
bukankah itu adalah satu kebiasaan bagi bas no.15 ke? soal kepada diri sendiri.
aku mencebik.
rasa mengantuk datang. tapi mata tidak jugak tertutup.

mengantuk yang teramat!!

sedar tak sedar, dah sampai pun ke destinasi yang di tuju.
aduh! Kuala Lumpur.
bandaraya yang sesak dengan kenderaan. bersimpang siur.
kini, aku di sini lagi. menjalani hidup yang bersisa.
tak sabar mahu menghabiskan zaman belajar.
gelak.
betul ke apa yang aku cakap ni? kerut dahi dan garu kepala yang tak gatal.

sebentar.
aku tidak tahu memutuskan untuk tinggal di mana untuk minggu ni.
arggghhh... boleh plak macam ni.
so akhir sekali, memutuskan untuk tidak menyusahkan Fazilah. dan tinggal dikolej, memandangkan barangan-barangan wanita yang sepatutnya berada di rumah Nad kesemuanya.

menjejakkan kaki dengan mata yang kuyu layu.
sejenak terpandang katil empuk, mata makin layu.
owh, akan ku qada' tidur semalam.



selamat malam semua.
walaupun hari telah meningkat tua. =p




nota penting :
"entah bila mahu mulakan persiapan untuk menghabiskan sisa-sisa senyuman bujang. hehe. sedang berkira-kira dan merancang kewangan. senyum untuk diri sendiri yang tidak sabar."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: