RSS

konsert P.Ramlee.. berjalan ngan lancar. lega.

hari ni, terasa sangat lega. dan boleh hidup dengan aman. dan juga dapat rehat dengan damai. sekarang rehat bilik Asma. dah lama tak datang bilik Asma borak-borak. diskus sikit pasal gosip-gosip hangat. haha. ku rampas lappy Asma dengan penuh bergaya. dan simpan lappy sendiri buat khazanah. dan nak tubuhkan mezium. haha. kredit untuk Asma atas lappy dia. kikiki.

hmm, terasa macam lepas 1 bebanan. habis pun konsert P.Ramlee semalam. dengan ini, bila dah habis konsert, boleh laa aku belajar dengan aman. haha. (aman ke? setahu aku, dunia aku memang tak pernah nak aman. ade saje keje yang aku nak buat or yang aku kena buat. macam-macam hidup ni.)

masa raptai. artis ngan okestra DBKL sekali.

konsert P. Ramlee best ke? haaa, itu nak kena tengok dulu, baru tahu best ke tak.. hehe.

masa raptai penuh, wow! berpeluh ketiak aku. hahaha. (boleh tak macam tu?) semua orang kelam kabut. aku pun naik kelam kabut sama. En. Najib, selaku bos menenangkan aku. hihi. katanya releks. tarik nafas. hembus pelan-pelan. semuanya pasti ok. mana tak takut, aku nak kena pastikan artis ikut skrip yang dah aku tulis. kalau tak ikut, mati aku producer marah. pastu ade jugak artis yang lupa. aku kena tanya, dah brief ke belum. huhu. jenuh nak menjawab. =( tapi tak pe. aku gelak je kalau orang marah. hahaha.

skrip yang aku angkut ke hulu ke hilir.. asik duk belek je... dah terhafal dengan sendiri dah skrip ni.. nasib tak lunyai je.. :D

terima kasih aku ucapkan kepada si "Dia" yang sudi datang ke malam raptai penuh konsert P.Ramlee.. "Abang comey malam tu." aku pun tak tahu tang mana yang comey. tapi yang pasti, aku memang suka tengok dia malam tu. may be sebab misai dan janggut dah habis dibuang gara-gara interview ngan mara petang tu? ntah. haha

tak lupa jugak pada Nad, Yna dan jugak Jai yang datang... hehehe. terima kasih banyak-banyak.

producer kali ni, sedikit rigid. perempuan. Puan Akma. bekerja di bawah producer perempuan, terasa agak teratur. may be sebab kerja yang dia susun lebih teratur dari lelaki. hehehe. (jangan marah yer En. Lelaki-lelaki yang ada. ngeh3.) so aku bekerja ngan aman dan tidak kelam kabut. hehehe. syok je keje kali ni. walaupun aku tahu 22, 23 dan 24hb 10 aku pasti macam lipas kudung tak cukup kaki, aku kena keje. tapi tak kesah laa.. 3 hari je. ngeh3.

ade skrip reading ngan Nora Danish, Rozita Che Wan dan Rosnah Mat Aris. nak kena pastikan diorang ikut skrip seperti yang CDU, EP & Producer mintak. so nak kena breaf diorang satu persatu. lenguh duk ulang benda yang sama kat semua orang. (semua orang nak tahu. so sebagai writer, kena laa aku jawab.) =S mata pun dah naik berpinar-pinar dah tengok skrip...

ni skrip artis untuk sketsa yang dah siap di print dan di binding. harap menyenangkan dorang untuk skrip reading ngan aku. (itu apa yang aku rasa saat aku print skrip ni). lega skrip dah siap. kredit untuk Azhar dan en. Najib sebagai team writer yang bertungkus lumus menyiapkan skrip yang ada.

persepsi aku kali pertama melihat Nora, Rozita & Rosnah :

Nora sangat cute dan comel. (geram aku nak cubit-cubit pipi dia. tapi aku tak buat laa.. nak mati? huhu).

kak Rozita plak, macam anak patung barbie. cantik sangat-sangat. aku dah tak berkelip pandang dia. nak pejam pun rasa sayang je. (subhanallah, indahnya ciptaan Allah. rasa nak pegi cium-cium, buat macam baby je. hihihi. tapi rasa jela.. haha. tak buat.)

kak Ros plak, rock, sempoi dan spoting habis. tak sombong dan baik sangat. siap ajar aku tip-tip nak diet lagi. (hmm, agak-agaknya aku ni kena diet lagi ke? haha). tapi thanks pada kak Ros atas ilmunya.. =) aku tak tahu pun selama ni macam tu..

masa skrip reading berlangsung, aku memang tak lepas pandang kak Rozita ngan Nora. bukan sebab dia artis. tapi sebab diorang sangat cantik dan cute. aku ni pantang sikit tengok perempuan cantik. mula laa mata aku tak kedip-kedip. tak nak pejam. haha. mata aku ni gatal sungguh. aku bukan pandang sebab apa-apa. tak apa-apa makna. cuma aku suka tengok orang cantik. (terfikir jugak, macam mana laa nak jadi cantik macam dorang. hehehe. teringin jugak nak cantik. lalalala~).

pengalaman ni, aku tak kan dapat untuk kali kedua. dan aku patut bersyukur, walaupun aku masih lagi belajar dan belajar dan belajar, dalam dunia penulisan ni, aku dah ada praktikal. dan aku tahu selok belok nak tulis skrip untuk live on tv. alhamdullillah. dan syukur. terima kasih untuk en. Najib selaku bos a.k.a cikgu aku. hehehe.

tapi yang paling best ialah, kontrak dah habis.

En. Najib cakap, "pasni korang tumpu study plak. abg nak korang belajar betul-betul."

so tak delah aku macam lipas kudung je nanti. pastu tak chipsmore laa.. hehehe. nak rehat dulu untuk malam ni. esok baru mula buat semua asigment yang terbengkalai. perlu di edit dan di kemas kini lagi tu...

nanti jangan lupa tengok konsert P.Ramlee kat Astro Ria, 29/10/10 jam 9pm. aku harap korang semua berpuas hati.. dan tak lupa jugak dokumentari P.Ramlee kat History Channel pada 31/10/10 jam 9pm..

dokumentari P.Ramlee

dan aku juga berpuas hati dengan hasil kerja ku. cuma ade sikit-sikit yang tak puas hati tu, lumrah laaa. bukan semua orang boleh ikut skrip yang kita buat. kecuali skrip novel. sebab novel tak de pelakonnya. kan?

kerana aku adalah creative writer.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

~fais~ said...

congratulation....kak zura..

piNky LuCiA said...

terima kasih fatin... lalalala~ =)

Amir Syahir said...

keh2..tahniah juge.

piNky LuCiA said...

hehehe.. terima kasih juge... =D

Unknown said...

wahhh!! sangat teruja!! hehe jgn lupa kasi hadiah kawen ha besar2 yee hahahahah

hana devushka said...

creative writer disitu..(^_^)
busy je memanjang..jgn lupe janji kite ke aquaria(>_<) hee

piNky LuCiA said...

farha..

ade kaitan ke ngan hadiah kawin mu itu.. hahahahahaha

piNky LuCiA said...

cik hana..

insyAllah, lepas exam tak bz kot. hehehe. janji tetap janji tau.. lalala~