RSS

jom treasure hunt..

pagi-pagi lagi aku dah kena bangun. penat yang semalam pun tak habis lagi. huhu. ya Allah, Tuhan saje yang tahu betapa malas nya aku nak bangun. huhu. dan betapa malas ni mata ni nak bukak mata ku yang cantik ini. adeh. tapi ku kuatkan jugak semangat. macam nak pengsan pun ada. mana tak nya, letih semalam menolong orang pindah rumah pun belum habis bersisa. huhu. tapi tak pe. tolong menolong amalan mulia. hehe. kan?

memandangkan dah lama dah janji. tak boleh laa mungkir janji. kan?

so dengan gigih aku pegi jugak. masuk-masuk kereta, terkejut tengok Fazilah. haha. aku ketawa kan dia. aku tanya, "weyh, ni nak pegi treasure hunt ke nak pegi shopping complex sambil date? cantik. siap ngan hand bag lagi. haha."

balasnya, "jahat mengata kat orang." aku ketawakan dia sekali lagi. hehe. jahat betul aku. tak baik. opss.. tutup mulut. sambil nampakkan barisan gigi yang tak de. haha.

beratur. dan dapatkan soalan. dalam kereta, bukak soalan. semua bahasa orang puteh. haha. sudah! macam mana ni. detik hati aku. nak ke tak nak, hentam je Labu. faham ke tak, belakang kira maa... semua gelakkan diri sendiri. ish3. bukan tak pandai langsung. tapi kalau yang soalan advance-advance tu, mahu terbelit jugak perah otak. last-last, semua yang ada atas kereta pening, mual dan bintang dah pusing-pusing kat ubun-ubun kepala. haha.

betul cakap Prof Ghazali tempoh hari, kalau tak pandai BI or BA susah. sebab 2 2 bahasa tu adalah sumber ilmu. see, nak masuk treasure hunt pun semua soalan dan jawapan dalam BI. macam mana laa kami nak menang. haha.

pengajaran yang dapat aku ambik hari... aku kena mahirkan BI laa lagi lepas ni. jangan malas-malas. nanti susah. huhu. hmm, dah3.. pegi sana, study. esok jam 3pm nak kena muntahkan apa yang dibaca. dah pening ngan teori dan aplikasi teori ni. adeh! matilah aku esok. dah laa tak pandai masak. huhu. susah betul. lalalala~

tapi tak pe. esok adalah hari amali masakan aku. hehe. sama-sama kita tambahkan perisa secukup rasa tekak aku. lalala~

nak baca buku laa ni.. ;D tapi masih penat ngan treasure hunt. main tak mana pun. penat yang lebih. huhu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: