RSS

princessQish GiveAway or Contest..

lepas buat dan conteng asigment yang salah. (suka sungguh menyonteng!) aku sekali lagi berjalan-jalan riang. sambil mata berkaca. mutiara jenih bertakung. geram. nak marah. benci. kecik hati. merajuk. semua ada dalam hati ni. (macam sebati pun ada dalam diri ni.. dush3.. menumbuk hati sendiri yang lembik!)

dia plak!!! DIAM. nyampah. so untuk mengelakkan aku menangis terlalu lama, dan untuk menjauhkan mata ku dari bengkak dan tak lawa nanti, aku berjalan-jalan dari blog ke blog. dan jumpa ini.. sila klik DISINI.. hehe.

dah nak tutup pun tarikhnya. baru aku tahu. haha. hampeh betul. busy tak de masa. masa-masa gini laa aku kena manafaatkannya. aku tak nak terlalu memikirkan hati aku yang luka ni. hehe. senyum dalam kesakitan adalah rahmat sebenarnya.. ia menjadikan aku semakin kuat untuk tempuhi hidup ni. (ceh! macam besar sangat je masalah!)

dan aku buat keputusan serta merta untuk join.. boleh kan princess? =) senyuman untuk princess..

dah jadi follower princess lama dah.. hehe.. aku pun godek2 laa kat tempat follower tu.. haa, jumpa pun.. ini dia budak comey tu.. hehehe..

nampak tak budak cute dan comey tu? haha.

no. 3. ANDA KENA BAGI TEMA UNTUK BLOG ANDA..

blog ni ade tema ke? jap aku tengok. hahaha. ADA...

"MIMPI ITU INDAH, REALITI ITU PASTI"

Tema ni aku cipta sempena aku yang kuat berangan dan bermimpi-mimpi yang indah-indah dan kekadang tak logik pun ada. so untuk mengingatkan diri sendiri yang mimpi itu memang indah, tapi apa yang ada kat alam realiti adalah yang pasti. tak de tipu-tipu. hehe.

DUNIA KU MERMAID..

Kenapa blog ni dinamakan "DUNIA KU MERMAID"? sebab blog ni adalah dunia aku yang aku tempuh setiap hari. dan ia adalah rutin aku. Mermaid plak aku letak sempena aku lemas. dah 3 x lemas kot. tapi Alhamdullillah masih bernyawa. Allah sayangkan aku dan suruh aku buat pahala banyak dari buat dosa. haha. salah satu sebabnya jugak adalah Mermaid tu means ikan duyung. so aku berharap, aku akan pandai berenang dan tidak lemas-lemas lagi selepas ini dan akan datang.

no. 4 . ANDA KENA BAGITAHU APA BENDA YANG MENJADI KEGEMARAN ANDA.

hmm, aku suka sangat berangan. dan sangat suka menyonteng. tak boleh dapat kertas. habis aku conteng. angan-angan aku pun aku conteng. waktu lapang, aku menyonteng. dan mengarang apa yang perlu. tapi sekadar dalam buku. bukan dalam blog. hehe. masa aku suka, aku conteng kertas. masa sedih, aku conteng kertas jugak. masa aku menangis pun aku conteng kertas. tak kira gembira, sedih, sakit hati, marah, ketawa, bahagia.. aku sangat suka menyonteng. tapi aku tak pernah menyonteng kat tempat awam tau. aku ni bukan vandalism.. hehe

dan impian aku nak menjadi PENULIS. Aku nak bagi satu dunia tahu itu adalah hasil tulisan aku. tak kira laa tulis buku ke, tulis skrip drama ke, tulis skrip film ke, novel ke, buku ilmiah ke.. dan salah satu impian aku dah tercapai. sebab aku adalah salah seorang penulis skrip IM 1st session.. tapi baru separuh. tak cukup lagi. ada banyak lagi tulisan yang aku belum tulis. hehe. aku nak jadi macam Dr.Tuah. hehe. best seller tulisannya.. wahhhh... (aku berangan lagi ! ngeh3)

no. 5. ANDA KENA LINK KAN ENTRY CONTEST NI DI BLOG ANDA DAN TINGGALKAN LINK POST CONTEST ANDA DALAM COMMENT PRINCESS

hmm, jap lagi aku tinggalkan link eh princess..

tapi macam mana nak link kan entry contest princess ke blog aku? ndak pernah buat dong.. hehe. jap lagi aku godek laa.. lalalala~

no. 6. PALING PENTING NI AKAN BERAKHIR PADA 29 SYAWAL 1431 HIJRAH / 2010 MASIHI IAITU PADA 8.10.2010..

no. 7. ANDA HENDAKLAH TAG MEMBER ANDA SEKURANG-KURANGNYA 3 ORANG

siapa eh aku nak tag.. hmm.. ngah fikirkannya.. lalala~ mereka adalah..
  1. cik ustazah purple..
  2. cik zawani yang cute..
  3. cik hana.. (dia memang kena masuk. wajib. haha)
dah siap dah.. lalaala~

# bila dah habis taip ni, hati sedikit lega. air mata dah kering. bibir masih lagi senyum. senyum sendiri. dan aku harap, aku menjadi wanita yang kuat dah tabah.. (ceh! macam besar sangat masalahnya. hehe.)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: