RSS

terkejut..

jam 6.45 petang.. aku turun ke DM bersama Asma.. kerana Qilah tak dapat ikut kami seperti kebiasaan. kata Asma, Qilah tak sihat. aku rasa mungkin demam dan sakit kepala. sebab sekarang ni memang cuaca tak menentu sikit. al-maklumlaa hujan+panas.. kalau orang tak de daya tahan yang kuat, memang boleh demam jadinya.. tapi masing-masing dah besar. so jaga laa diri sendiri. hehehe.


balik je bilik lebih kurang pukul 7 petang, ku lihat ada sms masuk ke inbox. tertera di situ nama 'MUM'.. mak sms.. kami jarang berbual di talian. tapi lebih senang sms. berbicara dengan tulisan. hehe. mak moden laa katakan..

ku baring sekejap. sambil memegang handphone. "mak accident pagi tadi." hanya itu yang mak cakap. hah? tangan dah seram sejuk ni. hati aku plak, dah macam nak luruh. aku terus menekan butang hijau tanpa melengahkan masa.

setelah bercakap lebih kurang 5 minit. aku menekan butang merah. hati sedikit lega. mak.. mak.. pelik-pelik je.. macam anak dia.. hahaha. aku senyum dan gelak sendiri.

kata mak, dia tak sedar masa tu. tapi bila dah sedar, dia dah tersadai tepi jalan. mak langgar tong sampah yang ada tepi jalan. adeh.. macam mana boleh langgar tuu... entah laa. mak pun tak sedar. tapi alhamdullillah. mak ok. Allah menjaga mak dengan baik. alhamdullillah. ku ucap syukur ke hadrat Ilahi. takut jugak kalau apa-apa akan terjadi pada mak.

tapi kereta masuk workshop jugak laa... hehe. dah sampai masa mak cakap. sebab sebelum ni tak pernah accident pun. dah hampir 10 tahun mak bawak kereta. tapi selamat. tapi aku sangat bersyukur, mak tak langgar orang. tapi langgar tong sampah.

mak jugak cakap, tong sampah tu memang selalu kena langgar pun. bukan mak orang pertama. huhu. so means... tong sampah MDB (Majlis Daerah Besut) tu kena di alih ke lain. sebab may be dah ade penunggu. kata ku sambil ketawa bersama mak.

hmm, apa-apa pun, aku sangat bersyukur kerana Allah melindungi mak... Alhamdullillah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

DeQku said...

Mak ngko nakal laa..mcm ko je..hehehe..Alhamdulillah, mak xder apa3..

Unknown said...

haha adoi laa...mak oo mak..lain kali hati2 ye....mujur tak de per...

Anonymous said...

bahaya jugak tong sampah sebenarnya..

piNky LuCiA said...

zawani..
hahaha.. dah kemana tak tumpah kuah kalau tak ke nasik.. hihihi..

alhamdullillah laa zawani.. takut jugak aku.. huhu

piNky LuCiA said...

farha..
alhamdullillah laa ha.. kalau terjadi apa2 ura tak tahulaa macam mana.. huhu..

alhamdullillah. syukur sangat2..

piNky LuCiA said...

fndrocka..
aaa laa.. aku rasa tong sampah tu kena letak kat tempat yang strategik sikit.. supaya org lain tak langgar.. huhu