RSS

kejutan untuk kali kedua..

jam menunjukkan pukul 6 petang. apa yang tak buat lagi eh? solat asar dah selesai. bilik dah kemas. terima kasih aku tujukan untuk Yus & Yna sebab bagi idea untuk mengemaskan bilik aku yang agak bersepah dan tak tahu aku nak kemas macam mana. (hahaha. padahal, dari mula masuk 31 july tempoh hari, aku tak pernah mengemas lagi. aku just letak-letak je barang. kikiki.)

selepas siap sesi berkemas dan tinggal atas meja je penuh ngan buku, sebab RPH & ABM yang tak siap-siap lagi tu. so aku malas nak kemas. nanti aku cari benda-benda tu, aku sepahkan balik. baik aku siapkan dulu keje, lepas tu aku kemas. lumrah belajar. memang macam ni. ;P (Alasan malas mengemas la tuu.)

sms masuk ke inbox. Yus hulurkan handphone. ku baca. hah? kali kedua aku terkejut selepas dikejutkan dengan berita mak aku accident semalam. huhu. petang-petang macam ni semua orang suka bagi suprise kan.. aduhai...

Katanya.. dia accident.. hmm... semalam mak. hari ni dia plak...

aku tanya balik, macam mana boleh accident.. dan semua yang berkaitan laa.. huhu. kereta nak masuk tak bagi signal. so dia pun langgar.. salah siapa agaknya. huhu. sorry to say. kereta tu kepunyaan mamat india. aku pun tak jelas sangat. tapi, aku tidak mengapi-apikannya. dia ngah marah. tak baik laa.. kan ngah berpuasa ni..

tapi alhamdullillah syukur kepada Allah Taala, sebab dia tak de cedera apa-apa. cuma luka sikit-sikit dan motor pecah-pecah sikit. biasalaa tu dah namanya accident, memang macam tu. so jangan merungut dan jalani nya dengan penuh tabah dan redha kepada ketentuan Allah..

aku harap, dia boleh bertahan dengan dugaan yang datang. mungkin Allah nak uji.. bulan puasa, kalau kita sabar dengan ujian, pahalanya berlipat kali ganda dari bulan biasa.. sabarlaa ye sayang..

dan di hati ini, timbul jugak sedikit kegusaran.. kebimbangan.. hm, aku doakan semua yang rapat dengan ku dilindungi oleh Allah selalu.. Amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Unknown said...

hemm wan eksiden?? aritu abg arol eksiden gok..tp alhamdulillah semua ok =)

dugaan tuk wan...

piNky LuCiA said...

masya Allah.. bila abg arol accident.? ngan apa? hm.. ura harap wan ok dan tabah laa.. huhu.. sian dia..