RSS

apa khabar kawan-kawan ku dulu...

sementara menunggu solat asar tadi, aku terfikir tentang ke mana semua kawan-kawan aku di sekolah menengah dulu dan jugak di Kusza dulu.. hehehe. kenapa plak tetibe je boleh fikir ni.. aku pun tak tahu kenapa.. terasa rindukan mereka semua. terasa macam baru je semalam aku duduk di alam sekolah menengah dan mengambil diploma. tapi hari ni, aku dah nak habis dah pun degree.. cuma tinggal 3 sem je lagi.

hmm, cepatnya masa berlalu..

sekarang baru aku rindu kan ukhuwah yang sangat intim sewaktu dulu.. hmm, betapa aku bertuahnya di linkungi oleh orang yang baik-baik, yang sopan santun, yang lemah lembut, yang bi'ah nya sangat harmoni.. betapa beruntungnya aku saati itu. tapi adakah aku menghargainya?

entah. aku kurang pasti.

dan yang aku paling pasti sekarang ialah... aku sangat merindui suasana dulu. suasana berkawan yang tak pernah ade selindung. suasana persahabatan yang tak pernah ada sengketa. kalau ade salah faham pun, comfirm kami akan bersemuka secara professional untuk mendapatkan kepastian.

tapi sekarang, berada di bumi kL.. suasana tu tak de. sekarang baru aku belajar, apa tu kawan tikam kawan dari belakang. apa tu kawan yang talam 2 muka. apa tu kawan yang boleh dipercayai atau tidak.

kalau dulu, kami berkawan umpama adik beradik. ke mana saje bersama. tapi sekarang, suasana tu dah tak de. benarlah kata orang, suasana di Universiti lain. berbeza dari apa yang kita bayangkan. jadi persediaan mental dan fizikal mesti kuat kerana kita akan menempuh bermacam-macam ragam orang. berjenis-jenis manusia. dan kini, aku dah tempuh semuanya..

pengalaman tu, membuatkan aku berwaspada.. patutlah mak selalu je bimbangkan aku. sebab aku ni memang seorang yang menganggap bila dia jadi kawan aku, selamanya dia kawan aku. walaupun orang bercerita dia jahat, aku tetap bersangka baik padanya. dan aku tak pernah nak busy body pasal kawan aku. sebab aku tahu, sebagai seorang kawan, dia juga perlukan privasi..

dan mak cakap, aku cepat percaya pada orang. sebab? sebab aku selalu je bersangka baik pada orang. walaupun aku tahu, dalam diam dia cuba menikam aku dari belakang. hmm, mungkin tu adalah kelebihan aku. instint aku cukup kuat. dan aku dapat rasakan jika seseorang kawan aku berbuat apa yang aku tak buat padanya. tapi percayalah pada hati. dan memohon lah pada Allah. nescaya Allah akan tunjukkan segalanya.

rupa-rupanya tak semua kawan baik.. sebab tu lah mak selalu pesan, aku kena pandai pilih kawan. kalau salah pilih, maknanya salah lah langkah aku. kalau betul pilih, betul lah langkah aku. betul ke?

hmm, tu nasihat mak. nasihat untuk diri sendiri?

kawan memang kena pandai pilih. tapi walaupun salah pilih, kita tak yah laa ikut dia orang. ikut yang baik sudah lah. yang tak baik, letak lah tepi. hehe.

hmm, alangkah bagusnya jika aku dapat kembali ke zaman 4 tahun dulu.. zaman yang segalanya suci. zaman yang segala persahabatan atas dasar keikhlasan. zaman yang sangat aku rindui..

buat Farha..
adakah kamu rasa apa yang aku rasa? hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS