RSS

kemuncak imam muda

ya Allah... hidup tak terurus 2 3 hari ni.. macam orang giler pun ade. aduhai.. bila hidup aku nak stabil dan aman damai macam dulu-dulu ni.. huhu. tak pe-tak pe.. malam ni malam last dan malam kemuncak Imam Muda. dan malam last aku bekerja sebagai writer di Imam Muda. hmm, dah cukup 10 bulan pun Imam Muda berlalu. sedar tak sedar dah 10 minggu berlalu.

jumpa Yna kat kelas, katanya; "Ya Allah, muka penat.."

Ya, Memang. Aku sangat penat. Penat segala-galanya. bukan setakat penat badan, penat otak tapi hati pun penat jugak. tubuh aku dah lemau semacam dah. Macam biskut lemau je.

Aku mengadu pada dia; "badan dah lemau macam biskut". boleh plak dia jawab; "Lemau tu ape?". aku gelak. ketawa seorang diri. Comel nya soalan dia. terhibur jugak aku pagi-pagi. hahaha. Kelakar.

lemau tu macam biskut masuk angin. lembik je. hehehe. macam tu laa umpamanya badan aku sekarang ni. aku nak tidur. tapi tak dapat. tak nak tidur, macam dah tak larat sangat dah ni. mata pun dah layu mayu dah ni.. macam-macam aku ni. pukul 3 petang jap lagi ade rehersal lagi. untuk kali ke berapa pun aku tak tahu. huhu. tak terkira. biarlah. biasalaa nak buat program live memang susah sikit. lagipun ni kali pertama aku buat program live.. entah apa yang terjadi pun aku tak tahu..

aku sangat berharap, aku dan kawan-kawan writer yang lain dapat buat dengan baik live malam nanti. aku sangat takut. sebab aku ni budak setahun jagung. tak de pengalaman lagi pun. so peluh ketiak, peluh dahi, seram sejuk.. semuanya akan ade. macam aku 1st time jaga host laa.. haha.

harapan aku, dan doa aku untuk kali terakhir, aku harap sangat aku tak kan buat sebarang kesilapan. sebab semuanya live dan susah dijangka apa yang berlaku.. fuhhh, aku tarik nafas dalam-dalam dan bayangkan semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS