RSS

selfish!

minggu ni kena siapkan semua yang ade. yela.. minggu depan dah masuk study week.. berdebar laa plak.. mana tak nye.. aku rasa sekejap je belajar, dah pun nak exam.. huhu..

persiapan? hm, nak kata aku dah bersiap sedia, mungkin belum. kalau kata, 100% belum siap, tipu laa aku. ade laa sikitb-sikit. sebab awal-awal lagi mak dah warning. kata mak, keje-keje jugak, study kenalaa ingat. baik mak. aku akan ingat pesan mak.

teringin jugak nak jadi anak yang boleh membuatkan mak bangga. sekurang-kurangnya mak akan tersenyum melihat apa yang ade pada aku. dan aku akan berasa lega kerana senyuman itu lah yang membuatkan hidup aku lebih bermakna dari segalanya.

baru nak sedar!! :D

bila terfikir kan mak, aku ingin sekali memenuhi kehendak mak yang mahu melihat aku dapat pointer 3.7 = dekan. tapi aku plak, tak pernah serius dalam belajar. asyik main-main aje. hmm, agak-agaknya kan, bila aku nak belajar betul-betul? soalan tu perlu aku tanya diri aku dengan kerap.

sebab aku ni hampeh sikit. haha

sem ni, janji ngan en.Peguam jugak. dapat kan pointer 3.7.. tapi adakah aku akan sahut cabaran tu?

jawapannya, hanya ada pada aku.

kekadang aku terasa yang aku ni memang degil. tua-tua pun nak degil lagi. bawak-bawak laa insaf kan diri. degil-degil pun bukan boleh ke mana pun. sebenarnya aku ade jugak terfikir, masa depan aku, aku yang tentukan. orang lain tak kan dapat mengganggunya kerana segala keputusan, hanya aku yang putuskan.. gangguan yang mendatang tak harus ada dalam hidup aku. cuma kekadang gangguan yang ade membuatkan aku seorang yang tabah menjalani apa yang harus ku tempuhi..

harapan mak, harapan orang lain, aku tak tahu akan aku kotakan atau tak.. sebab kekadang aku sendiri pun tak dapat meramal apa yang aku akan buat. aku ni pelik sikit. tak faham dengan diri sendiri pun ade. haha.

tapi, untuk sem ni, aku try yang terbaik untuk diri aku. aku ni bukan suka buat sesuatu kerana orang. try yang terbaik untuk diri sendiri lagi best.. haha.

selfish! betul ke? ntahlaa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS