RSS

lompat si katak lompat..

kerja masih belum habis. masih bersisa untuk ku selesaikan semua yang ada. ku harap, semuanya akan berjalan lancar seperti yang ku harapkan. dan aku juga berharap, aku tidak akan stress dan dilanda dengan kemurungan yang akan mengganggu gugat kestabilan emosi ku ini..

hmm.. hari ni, kena set up tempat lagi. kali ni kenapa lagi.? kali ni audition untuk kali terakhir. di Kuala Lumpur laa plak..

Audition Imam Muda (4th location - Zon Tengah)

Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam,

Jalan Perdana, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

PADA :
17 & 18 APRIL 2010
SABTU & AHAD

hmm, tak jauh pun dari UM. lebih kurang 15 minit laa kot. aku pun lupa nak hitung masa. tapi yang aku tahu, dekat je laa.. hihihi..

pada sesiapa yang berminat, prepair laa diri anda untuk ke audition yang terakhir ni. pada sesiapa yang tak puas hati, sebab tak lulus kat 3 tempat yang lalu, anda boleh ke kL plak. tapi pastikan anda sudah mempersiapkan diri dengan senjata-senjata yang cukup kuat untuk melawan arus yang akan melanda. :) dan anda perlu pasti kan juga, persiapan yang dibuat itu, tidak akan menenggelamkan nahkoda yang anda naiki.

pada yang nekad untuk ke sana esok, good luck dari aku. dan buat yang terbaik tau.. =) aku doakan kamu semua berjaya untuk ke stage 3.. hehe.. nanti dapat jumpa aku.. lalala~

hmm.. tadi, lepas set up tempat, aku memujuk kawan-kawan aku untuk ke lake garden. tujuan utama ialah untuk mengayuh basikal dalam air. hahaha.. muhidin dengan confuse nya bertanya, "Apa tu kak?" aku nak tergelak pun ade. aku cakap laa.. nak naik padle boat. 30 minit, rm 3.00.. dah lama teringin. tak de pun orang nak temankan. haha. (ayat kesian)

kami sampai jam 6.30pm. hmm, aku kecewa.

sebab dah tutup. pada jam 6pm. huhu. mungkin tak de rezeki aku hari ni. may be esok-esoklaa kot. hehe.

tapi hal yang paling memalukan ialah semasa kami bermain di taman permainan. Nad cakap, "ni mesti mak tak kasik main masa kecik-kecik dulu."

hahaha. aku gelak. tetibe ade pak guard hon. katanya tak boleh. sebab tu untuk budak-budak. semua orang tengok. haha. lantak laa.. kami beramai-ramai baca sign board yang disediakan. taman permainan ni hanya untuk budak yang berumur bawah 12 tahun.

azhar cakap, dia salah letak direction tu. sebenarnya nak letak atas umur 12 tahun. hahaha..

tapi tak kesah laa satu dunia pun nak tengok. aku seronok. aku seronok bermain tadi. haha. dan kini aku tahu satu perkara pasal diri ku..

rupa-rupanya aku ni tak boleh melompat tinggi-tinggi. berpeluh aku lompat. tapi tetap tak dapat nak lompat. lompat katak may be boleh. hmm, mungkin aku bukan atlit, tapi aku adalah seorang ratu.

ratu mana boleh lompat. ratu hanya cat walk.. hahaha.. kata abg najib.. lalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS