RSS

terasa diri disayangi..

antara 2 pilihan yang diberi.. mana kah aku nak pilih? baik kah? atau buruk kah?

aku bukanlah seorang wanita yang pandai dalam bab pilih memilih ni.. kekadang aku tersalah pilih pun ade.. huhu.. sebab tu jugak laa mak selalu je bimbangkan aku.. hihi..

aku kekadang bertegas mahukan yang ini.. walaupun aku tahu, ia tak baik untuk kehidupan aku. kekadang aku terdesak. tapi aku mahu teruskan juga keputusan ku. aku tekad. kekadang aku tak gentar lagi. kerana apa yang aku buat.. pasti aku yang menanggung nya.. itu kata mak..

dan semalam keputusan telah ku buat.. tapi.. dengan kuasa Allah.. Allah menunjukkan pada ku. bahawa apa yang aku putuskan adalah salah. aku sangat terasa yang Dia selalu ada disisi ku. menemani setiap langkah ku.. aku terasa Dia sangat sayang kan aku. dan Dia selalu melindungi aku. ahhh.. indahnya perasaan ni..

tetibe berkumandang lagu... UKAY'S..

################

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

################

dan hari ini.. aku bersyukur.. kerana Nya lah aku tidak melangkah ke jalan yang salah. dan kerana Nya jugak laa aku menggunakan otak ku dengan waras dan memilih untuk berada di landasan yang betul..

hahaha.. betapa aku insan yang dhoif.. yang selalu melakukan kesalahan.. dan kesalahan yang ku lakukan adalah kesalahan aku.. kerana aku yang memilih untuk melangkah ke arahnya..

hmm.. tapi pesan mak.. walau apa pun yang berlaku.. fikir dulu sebelum melangkah.. kerana langkah yang tersasar, jalan pulangnya susah dicari dan dijumpai.. dan ia memerlukan banyak kekuatan untuk mendepani semua yang ade..

dan yang penting.. berani buat, berani tanggung...

dan itulah prinsip ku sekarang.. walaupun kekadang aku tak kuat untuk menanggung satu-satu ujian yang datang..

tapi aku selalu berdoa.. semoga aku selalu kuat untuk mendepani semua kerenah dan cubaan dalam hidup ku.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS