RSS

jangan rindukan aku

setelah aku berfikir. dan berkira-kira. aku membuat keputusan. aku ingin mengambil cuti daripada dunia blog.

kamu mesti tertanya-tanya kenapa.

jawapanku.. entahlah..

aku hilang mood untuk seketika. dan aku tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun yang berkenaan dengan dunia blog or blogger-blogger hit.. hot.. tak hit.. tak hot..

mungkin juga aku sudah penat. or mungkin juga aku telah kehilangan idea untuk menulis. or mungkin juga aku sudah bosan dengan dunia maya ini. aku pun tak tahu apakah sebabnya..

lama aku termenung.

entah~!

aku tak temui jawapannya.

aku menjadi keliru.

apakah sebenarnya yang aku mahu?

mungkin jawapannya ada. cuma aku yang masih belum nampak akan kesahihannya...

aku pohon maaf andai aku terkasar bahasa, tersilap bicara, terover mengata, terlazer mengutuk, semua harap di maafi...

=) jangan rindukan aku. kerana ia tidak ade faedahnya, hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

termenung..

aku termenung lagi.

entah apa yang aku fikirkan aku pun tak pasti. kekadang apa yang kita nak buat, bukan selalunya betul. terkadang ianya salah. tapi kita tak nampak. tapi orang lain nampak... terkadang ia ada kekangan dari banyak pihak. sama ada pihak yang cemburukannya or pihak yang menyokongnya..

asam garam dalam kehidupan, memang lumrah dan adat kalau ada yang cemburu, tak puas hati dan menyokong..

hmm.. tapi aku jarang peduli pada apa yang orang kata. aku terkadang hanya peduli pada apa yang aku kata. dan aku buat apa yang aku fikir perlu. terkadang ianya salah. bila aku sedar, aku perbetulkan.. tapi kalau tak sedar.... almaklumlaa... :D

tapi tak semua yang aku suka, orang lain suka. dan tak semua yang orang lain suka, aku suka.. so bila hidup berdua or bermasyarakat, kita kena jugak mengambil kira pasal orang lain.. yup.. aku sekarang hidup bermasyarakat.. bukan hidup berseorangan..

kekadang apa yang kita perlu buat ialah tabahkan diri. kuatkan semangat.. tebalkan tekad.. kerana semua yang kita lalui pasti ada jalan penyelesaiannya..

kerana itu akan membuatkan kita matang dalam mengharungi kehidupan..

dan membuatkan aku terus tersenyum.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cinta tak boleh dipaksa..

cinta adalah satu lumrah.. satu anugerah.. satu keistimewaan.. cinta juga menjadikan dunia yang kita diami semakin indah dan bermakna...

kata orang, cinta itu buta.. tapi kata aku.. cinta itu bukan buta.. tapi kita yang membutakan cinta..

senyumlah tatkala cinta itu datang.. dan cerialah saat ia ada disisi.. kerana cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati..

ada satu yang istimewa bagi cinta.. ia membawa kebahagian umpama langit tak berawan.. sentiasa membiru..

aku cinta kamu, hanya kerana diri kamu.... bukan kerana siapa kamu.. bagiku cinta aku tak mengenal siapa kamu.. ia datang tanpa aku paksa...

=) cintailah seadanya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JUTAAN LEMON TERIMA KASIH

entry ni khusus untuk nama-nama yang terpahat dalam entry ni..

semalam cikguFARHA marah.. lebih kurang macam ni laa..

cikguFARHA
.."wehh nok maroh nih..bakpe tukor layout????"
aku.. "saje je tukar layout.. nak test, ura pandai ke dok.. asik suh ha je tukar.. hehehe"
cikguFARHA.. "waa....dok kesoh laa nak test tp biar laa cari hok comey skit weeyy..tukar2 edit semula..cari hok jiwe ura..mcm dok saboh jee layout nih ngan ura hehehe..i know who u r more than another person k!"
aku.. "hahahahaha.. hmm.. tak kena ngn jiwa eh? lalalaa~ entahlaa.. rini tak ley fikir sangat.. sakit badan. esok2 ley kot.. hehehe.. ni guna lappy bos.. kalau guna lappy ura.. ura tak tukr pun.. hehehehe"

kenapa aku nak tukar? may be sebab dah boring kot. aku ni bukan boleh lelama tengok benda yang sama.. lain laa kalau benda yang aku suka. hahaha.. lama-lama aku tengok pun tak pe. aku tak kesah. hehehe..

maaf ye ha.. saje je try-try.. kata abg haji.. "TRY AND ERROR".. :D

ramai yang tertanya-tanya siapakah abg haji yang aku maksud kan.. korang boleh klik link yang aku letak. hehehe. ntah macam mana ntah aku boleh panggilan tu.. aku pun tak tahu. sekarang aku dah tak selesa nak panggil benda lain. aku lebih selesa panggil abg haji. hehehe. ampun ye bro.. hehehehe... berbalik pada cerita asal...

Lagipun entah apa yang aku rasa pun aku tak tahu. aku selesa ngan layout yang baru. kalau korang tak suka, kutuklah.. hehehe.. aku kasik chance ni.. sebab aku memang sorang gadis yang tak tahu memilih.. hehehe

tapi kalau nak tukar, dah malas.. hahaha.. ha, tolong tukarkanlaa.. lalalala~

hm, ade beberapa orang telah menegur aku menggunakan disqus.. ini adalah pengaruh ko laa ahfatt.. dan jugak jard.. ish3.. terpengaruh jugak aku akhirnya.. sebenarnya aku memang nak tukar lama.. tapi tak faham-faham ape yang aku baca..

semalam adalah bermulanya cerita... aku buzz abg haji.. tanya pasal disqus.. bla.. bla.. bla..

abg haji dengan baik hati jantung limpa mengajar aku yang memang sedia ade lambat macam siput ayu ni.. hahaha.. tapi sekerat jalan je.. sebab line ternet rumah ni problem sikit semalam.. so aku masuk malam ni.. dan abg haji dengan penuh sabar dan berpeluh ketiaknya telah mengajar aku si siput ayu sampai laa aku faham. akhirnya inilah kesan-kesanya.. lalala~

sebenarnya layout ni pun dia yang kata ok.. hahaha.. aku kalau orang kata ok.. aku ok kan je. sebab aku bukanya memilih sangat.. cadang nak letak je. hari ni nak tukar lain. tapi malas tahap gaban ni.. biar laa kat situ.. hehehe.. agak-agak aku boring aku tukar laa..

widget pun aku malas nak letak. letak yang mana penting je.. cehh.. hihihi..

so, kat sini aku ingin mengucapkan berjuta-juta lemon penghargaan yang tidak terhingga banyaknya untuk abg haji yang menjadi cikgu aku dengan sopan dan penuh kesabaran.. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK..

terima kasih daun keladi.. lain kali aku mintak tolong lagi.. lalalalala :D

ha..mintak maaf.. malas doh nak edit layout kasik comel2.. nanti laa kalau ura rajin.. hahahaha..

p/s untuk "abg ahfatt".. silalah jangan jealous dengan keakraban aku.. hehehehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ceria..

hidup mesti ceria walaupun masih sakit-sakit badan..

:) senyum itu penting untuk meneruskan semua perjalanan hidup yang ade..

yang penting kita tahu menghargai segala apa yang ade.. kerana segalanya bermula dengan sebuah senyuman...

betul tak?

p/s : entry ni khas untuk "abg ahfatt" yang jeles.. hahahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tidak bernasib baik..

setiap orang ade nasib tersendiri.. sama ada bernasib baik atau pun tak. kalau kita bernasib baik, alhamdulillah.. kalau tak, pasti ade laa sesuatu perkara yang salah kita lakukan. betul ke tidak? betul ke tidak? betul ke tidak? hehehe

kata orang, kalau Allah sayang kita, dia akan bagi kita ujian. mungkin kamu tidak bernasib baik kerana Allah mahu menguji kamu kerana Dia sangat sayang pada kamu. atau mungkin kamu bernasib baik, kerana Allah jugak ingin menguji kamu dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya sama ada kamu bersyukur atau pun tak. hehehe.

so sama ada kamu bernasib baik or not, ingatlah, Allah itu maha Penyayang.. Dia tak kan menzalimi hambaNya dengan sesuka hati.. kecuali kamu ade buat salah dan Dia memberi hukuman kepada kamu berupa pengajaran yang perlu kamu ingat.. bahawa kamu ade tanggungjawab yang perlu kamu tunaikan dan tanggungjawab itu adalah suruhan dari Allah..

waaa.. ustazah bagi tazkirah plak..

kenapa tetibe je ustazah kasik tazkirah ni?

ustazah pun tak tahu.. tapi bak kata uncle BONEKA.. ustazah kena la kasik nasihat.. hehehe..

Apa kena ngan aku hari ni? petang tadi.. aku masuk bilik air untuk mandi.. tetibe macam pening. hehehe. pastu aku sedar, aku dah terjelepuk kat lantai bilik air.. :D

yang peliknya, aku jatuh ke belakang, tapi yang lukanya peha aku yang kat depan. siap berdarah lagi. dan sekarang dah lebam.

lepas mandi tadi, aku tengok kat cermin belakang aku yang sakit ni. dah pun lebam. hehehe. merah-merah lebam. sekarang makin sakit. mungkin kali ini, aku tidak bernasib baik. dan Allah sayangkan aku. or mungkin aku ade buat salah pada sesiapa.

aku POHON MAAF. harap korang maafkan aku. =)

try teka aku buat ape? aku diam je. terus lembik. aku ngah berkira-kira. nak bagitahu mak or tak.. last-last pukul 1051pm aku cakap kat mak. dasar anak manje. hahaha. pastu 1jam kemudian baru mak reply. sedih plak rasa. huhu..

mak kata, esok lagi sakit badan aku tu. aku tak sapu ubat. sebab? malas. hahaha. sapu nak sapukan ubat untuk aku? sila hantar resume. hahaha..

badan aku sakit ni. aku perlu rehat. makin sakit pinggang dan peha ni.. bahu pun sama. huhu. aku rasa, 1st time kot aku jatuh bilik air. sebab aku tak pernah ingat aku ade jatuh bilik air. hehehe. 1st time seingat aku laa.. hehehe,.

hope esok makin elok.. ;D doakan aku. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAHNIAH!!

Ucapan tahniah pertama aku tujukan kepada adik aku yang amik PMR tahun ni.. dah keluar pun resultnya semalam.. alhamdullillah.. syukur.. 8A 1B..

Kak Mah..
Tahniah
Semoga Apa yang Dicita Akan Datang Akan Termakbul seperti Hari ini..
Belajar Rajin-rajin Untuk Tahun Akan Datang..
Semoga Rajin laa menghafal Quran tu,.. hehehe
kak bangga dapat adik macam Mah. hehehe
alotofluvby,
-kak-

********************

ucapan Tahniah yang kedua.. aku tujukan pada en.peguam.. apa pun yang terjadi, walaupun kami jarang berhubung, kami jarang msg, kami jarang call.. dan walaupun dah dekat 2 bulan dah tak jumpa.. apa yang aku nak kata kat sini ialah.. aku sangat bangga mengenalinya..

TAHNIAH untuk pointer yang gempak itu.. walaupun busy, masa tidur tak cukup, dengan latihan palapes yang tak tahu bila nak habis.. ngan program motivasi yang tak sudah-sudah.. dating pun jarang-jarang (dalam 2 bulan 1x) huhu..

tapi aku sangat bahagia bila dengar dan ku lihat sendiri di page UKM.. 3.87.. tahniah.. aku sangat bangga dengan dirimu.. ku harap pointer ni akan di kekalkan untuk semester yang akan datang..

tahniah..
semoga result ini akan dikekalkan..
tahniah kerana dapat membanggakan mak..
dan..
aku sangat bangga dengan mengenali kamu..
=)
lovesby,
-azura-

********************

hmm.. rezeki aku bila nak sampai macam ni? best je tengok orang.. jujur aku katakan.. aku sangat jeles dengan en.peguam.. kenapa dia pandai? aku kurang pandai? hahahaha.. soklan yang bocor.. mungkin aku kena usaha lagi lebih dari dulu-dulu..

chaiyok3.. dan kawan-kawan.. kamu mesti tolong aku jugak sem ni.. hehehe.. aku mahu target ku kena sem ni.. huhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pejam mata.. buka hati..

pejam mata.. buka hati.. perkara yang kamu mahukan ade di depan kamu...

pernah kamu dengar ayat ni? aku? berulang-ulang kali aku dengar. sama ada in malay or in english.. tapi yang penting maknanya sama je..

jika berdepan dengan masalah.. just perlu pejam kan mata, bukak hati untuk menerimanya dan jalan penyelesaiannya sudah menanti kamu. betul ke?

entah.

aku kekadang kurang pasti apa yang aku nak dalam hidup ku. kekadang ia sangat-sangat-sangat complicated. susah untuk aku jangkakan. yeah, jangka sesuatu perkara yang belum terjadi adalah perkata yang sangat sukar. ia memerlukan kebolehan atau sifat semulajadi yang mempunyai instint yang kuat. itu pada perkiraan aku. perkiraan kamu? =)

adakah aku mampu melangkah dengan segala ujian di depan?

nafsu : tak! sudah ku rasa umpama ingin terkulai..
hati : teguh, pasti boleh.
akal : may be YES or may be NOT..

aaaahhh, hidup kekadang bertambah complicated jika kita yang menyusahkannya. bukankah begitu?

yeah, u are rite..

pejam mata, buka hati, lapangkan minda.. belajar menerima.. ia pasti ada jalan keluar.. dan pasti ada 1001 hikmah disebalik semua yang terjadi..

PERCAYA kata hati itu kadang-kadang penting.. betul tak? ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SALAM MAAL HIJRAH

SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA.
SEMOGA MAAL HIJRAH YANG HADIR INI AKAN MENJADIKAN KITA BERTAMBAH MATANG..
SEMOGA KITA SEMUA DIRAHMATI OLEH ALLAH HENDAKNYA.
SEMOGA AZAM YANG KITA BUAT, AKAN KITA LAKSANAKAN
SEMOGA ALLAH MELINDUNGI HIDUP KITA DENGAN LINDUNGAN RAHMAT-NYA YANG MAHA KAYA..

Salam sayang,
..Ustazah Pinky..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hujan+demam

hujan sekarang tak tentu.. kadang-kadang tiap-tiap petang hujan. kadang-kadang nampak panas, ade matahari, tapi tetibe hujan. tak boleh nak jangka cuaca sekarang ni.. biasalah, musim tengkujuh memang macam ni.. hehe.

tapi kesian kat aku lah. aku bukan boleh kena hujan. kalau kena hujan je, mesti aku selsema, batuk, haa.. tanda-tanda nak demam laa tu. aku sensitif pada hujan. panas sangat pun tak boleh jugak. kalau panas sangat, comfirm balik bilik, terus selsema. adeh laa.. memang antibody aku kurang untuk melawan penyakit yang datang. macam mana nak buat eh? hehe

mak aku kata, makan buah banyak-banyak. ayah kata, makan ulam. mak azhar kata, makan bawang. aku kata? aku tak kata apa-apa.. sebab aku kan muda sikit dari mak dan ayah.. hehe.. so ikut saje laa nasihat yang diberi. huhu

buah makan. ulam makan. bawang je aku tak makan. sekarang aku ngah belajar makan bawang. huhu. memang aku tak suka bau dan rasa bawang. sangat meloyakan. tapi disebabkan aku tak nak laa demam selalu macam dulu-dulu, terpaksalah aku belajar makan bawang. huhu.

aku dah nak masuk 26tahun. tak kan laa aku nak tunggu aku ada anak baru aku nak belajar. so kena belajar dari sekarang. untuk menjaga kesihatan dan kekal langsing dan slim. hahaha. demam-demam pun masih sempat aku nak perasan! (diam kau pinky! perasan!) hahaha

semalam aku balik dari pasar malam ngan nad, ingat nak makan mempelam. hehe. (mengidam ke? lalala) tapi tak terbeli. huhu. lain kali laaa.. masa singgah kat pasar malam, ok je lagi. bila on the way nak balik tu, hujan lebat weyyy.. adehlaa.. demam aku esok ni.. hehe. alih-alih basah kuyup laa aku. nasib fail dan semua pekakas ade dalam bag yang kalis air. kalau tak, habis basah lencun semua. huhu.

so hari ni, biasalaa lepas kena hujan, aku memang sedikit lembek. tapi nad dah kasik ubat semalam. tapi badan aku masih tak sedap lagi ni. kepala pening. tapi aku bangun jugak. sebab tak boleh layan sangat demam ni. nanti makin melarat plak. lagipun aku nak baiki treatment aku. hehehe. sekarang treatment dah siap baiki. so nak kena sambung kerja layout buku plak.

eh, banyak betul kerja aku. biasalaa.. aku bukan nak mintak duit dengan mak kalau aku tak de duit. aku malu wey.. dah besar panjang masih nak mintak duit. kalau boleh usaha sendiri, usaha laa dulu. kalau tak dapat sangat, baru laa mintak. hehe. tu pun, tak pernah. hahahaha.

kerja banyak ni. aku chow. nak berendam dalam air panas jap lagi. untuk hilangkan haba yang panas dalam badan. betul ke teori aku tu? lalalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

result dah keluar..

pagi-pagi buta bangun, terus on pc.. ni bukan aku laa.. hari ni nad rajin.. dia yang on pc dulu.. hehehe.. hari ni macam malas sikit.. tak tahu kenapa.. hehe.. but my result dah keluar laa wey..

fusssshhh.. aku punya jantung tak tahu nak kata pe laa.. apa yang ade kat dalam semua terkeluar rasanya.. hahaha.. tak pernah aku rasa berdebar macam ni.. melebihi orang dating gitu.. orang dating pun tak berdebar macam ni.. lalala~

so tengok2.. adehlaa.. tak sampai target.. dush3.. aku sedikit geram pada result pengajaran teks aku. entah aku geram pada siapa pun aku tak tahu. may be geram pada diri sendiri yang tak pernah nak buat betul dan asyik main-main je.. aku masih tak dapat nak menerima yang pengajaran teks aku macam tu.. aku akan pelan-pelan menerima nya.. hehe

target aku? 3.5.. mana boleh target tinggi-tinggi.. sebab aku tahu laa aku macam mana hahaha.. liat sikit nak baca buku.. akhir-akhir baru nak baca.. kan dah result jadi macam ni dah.. hehe.. tak lepas target.. whatever pun, aku bersyukur.. alhamdullillah..

nak tahu jugak ke result aku? alaa.. bawah sikit je dari 3.5 hahaha.. sape nak tahu? hmm.. kasik aku tahu dulu result nya.. kalau orang yang dah kerja nak tahu, pandai-pandai laa kamu fikir macam mana nak pujuk aku supaya aku kasik tahu... bagi bunga ke.. bagi coklat ke.. bagi duit raya ke.. lalala~

hehehe.. adakah aku kecik hati dengan result ku? huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ustazah menari?? lalala~

setiap hari dalam hidup seseorang mesti ade yang ingin dilakukan. hehe. aku telah menyiapkan skrip yang telah diberi. ia seumpama asigment yang menguasai hidup aku tetiap hari. hehehe. tapi aku suka kannya. ;)

so skrip telah diperiksa dan apa yang patut diubah telah diubah. hehe. aku lega. dan sangat lega. hehe. tapi, macam biasalah.. nama pun lagi ngah training.. mesti laa ade tugasan lain yang datang dan terus datang.

hari ni pergi praktikal. hehe. apa yang perlu aku buat sebagai writter bila aku praktikal? apa lagi, cuba create apa yang aku lihat dari fenomena yang ade laa.. teka, kami ke mana? hehehe.. tak de orang dapat teka kan? hahaha..

meh aku bagitahu.. aku ke damansara, ke kelas tarian. waaa.. apa ke hal plak ustazah pinky ke kelas tarian? hmmmm ingat ustazah macam aku ni tak boleh nak menari ke? aku pandai menari ape.. sebab aku adalah satu-satu nya ustazah yang masuk kelas tarian kat kolej. bezanya aku dengan orang ialah aku hanya belajar dan tidak membuat persembahan di mana-mana dan orang lain belajar untuk masuk contest or perform.. aku hanya belajar suka-suka dan kerana aku minat untuk menari.. hehe

jangan ingat ustazah sekarang tak tahu tentang tarian.. lalala~

berbalik kepada yang cerita asal.. aku suka sangat meleret-leret ke lain kan? hmm.. aku pergi ke sana untuk tengok oshin dan firdaus menari.. kenapa perlu aku tengok? ni kan training. aku jugak perlu mempelbagaikan tulisan aku. so kami di bawa untuk melihat apa yang berlaku di luar dari konsert.

nama pun lagi rancangan realiti, memang laa kena macam ni. hehe.. so dah dapat tugasan baru ni.. so selamat lah aku untuk memerah otak lagi dengan treatment yang baru dan seterusnya skrip yang baru plak.. dan selepas ni kalau tengok aku bercakap sorang-sorang, gelak sorang-sorang tu, haa ngah buat skrip laa tu.. lalala~

waa... sempat aje bergambar.. hehehe.. dah lama aku tak upload photo.. so hari ni terasa rajin semacam je. hehehe.. aku pun tak tahu angin apa yang masuk..

nak buat asigment ni.. lalala~ nanti cikgu marah. due date nya esok malam.. hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku perlukan nujum.. ;p

setiap kali kita belajar, kita mesti laa ade exam.. bila dah ade exam.. dah tentu ade result yang keluar.. menunggu result adalah umpama menunggu bulan jatuh ke riba.. susah tahap gaban nak tunggu result keluar. pastu jantung ni siap berdegup kencang plak tu. mengalahkan jantung orang yang bercinta..

result aku.. adalah perkara yang terpenting dalam hidup aku. aku tak kesah laa macam mana aku buat, asalkan aku tahu result mesti maintain. setakat ni alhamdullillah. result yang tertera masih lagi maintain dan boleh dikatakan tidak berganjak. adehla.. macam-macam hal..

uitm dah dapat result.. utm dah dapat result.. um plak bila nak keluar result ni? ish3.. aku ni macam dah tunggu buah tak gugur dah... tetiap hari, pagi-pagi buta lepas bangun dari tidur, kerja aku yang pertama ialah tengok result dah keluar ke belum.

asma tanya, "kak, result bila yer keluar?"
aku buka web, dan ku intai dan baca.. "asma. result keluar sebelum 30.12 ni.. hahaha"
"kalau macam tu, baik tak yah cakap. dah memang orang tahu memang result akan keluar dah masa tu.." asma marah. hahaha. aku masih menahan ketawa yang tersisa..
"dah nak buat macam mana. dalam web tulis macam tu. saya bagitahu la macam tu." hehehe..

maaf ye asma.. hehehe.. actually, aku dah tengok result aku kat senarai tampal kat jabatan kat fakulti API sana. hehehe.. tapi tak puas hati laa.. tengok dapat apa je. pointernya tak tahu. huhu. aku nak tahu pointer. hehe. tu laa.. orang kasik dia nak peha.. ish3.. lalala~

sesiapa yang boleh teka result aku bape.. aku perlukan nujum untuk mengetahuinya sebelum result ni keluar. sebab aku dah tak tahan nak tahu ni.. hahahaha.. gelojoh! nujum-nujum yang handal keluar lah.. bagitahu aku result aku yang sebenar... aku mengidam nak tahu ni.. hehehe

siapa rasa dia layak menjadi nujum, cakaplaa.. kalau betul, aku kasik xoxo.. hahaha.. eiiii...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

semak samun otak..

kepala jem. otak jem. kepala ni penuh dengan semak samun. siapa nak tolong bersihkan? aku memang dah tak boleh nak fikir apa-apa ni. adehlaa...

apa yang perlu aku buat? entah.. itu jawapan mulut aku. jawapan otak aku? siap kanlah kerja yang ade wey.... hehehe.. bercanggah sama sekali dengan mulut ku yang membebel tak tentu arah itu.

tapi kenapa semalam dan hari ni rasa macam nak giler dan malas sangat-sangat.. ni nak kena keluar dating ni. baru otak jadi selaras ngan feel dan mulut aku. jumpa orang yang patut dijumpa dan tenangkan fikiran aku ngan bersihkan mata ke. hehehe. siapa tahu semua yang ade kat dalam ni release sikit.. hahaha.

siapa plak yang nak keluar dating ngan aku? hmmm.. tak de. tak de. dan tak de. ish333.. sedih betul. hahahaha.. kesian kan diri sendiri. fusssshhhh... eh, nak dating plak dia. dah laa skrip tak siap lagi. hehe. ok2. aku buat keje siap-siap dulu. ;p

nak berangan tetibe angan-angan mati. lalala~ kenapa mati plak? sebab banyak sangat kot semak yang perlu aku bersihkan dalam otak ni. adehlaa.. tapi hari FARHA cakap nak tolong bersihkan. tapi tak bersih-bersih pun. hehe. adoi...

skrip.. skrip.. skrip.. jom tolong aku buat.. hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

loghat ganu..

rutin aku setiap hari.. belajar. buat masa sekarang tengah belajar buat skrip yang baik. skrip aku, aku baca pun macam kaku je. aku baca sendiri pun macam ayat buku je. haha. itu yang aku rasa. kalau host baca plak... macam mana dia rasa. tunggang terbalik laa aku di maki nya. hahaha

tapi dalam tempoh belajar, aku rasa memang macam ni kot... haha. sedap kan hati sendiri. pada hal dah memang tak pandai. kelemahan aku yang terbesar ialah tak pandai nak guna bahasa standard. kalau bercakap dengan aku comfirm orang tak berapa nak faham. kenapa? sebab aku sekarang pun masih guna loghat terengganu.

tapi seperti mana yang aku dah memang sedia maklumlaa.. aku memang di hantar belajar ke kL adalah disebabkan loghat aku yang melampau dalam percakapan. aku pun tak tahu bila loghat ini akan hilang. aduhai.. tapi aku ada jugak berusaha untuk menggunakan bahasa standard dalam perbualan harian aku. tapi entahlaa...

macam mana orang nak faham aku bercakap? hahaha.. member aku ramai orang kedah. ada orang kelantan. semua bercakap menggunakan loghat masin-masing. macam-macam gaya. rojak. haha. kalau dengar pun pening. sorang kedah. sorang terengganu. sorang kL. adehlaa..

tapikan... whateverpun.. aku perlu jugak membiasakan diri dengan bahasa yang standard. tak kan selamanya nak guna loghat. bukan aku ni kacang lupakan kulit. tapi setiap perbaharuan tu biasanya akan menjadikan diri aku lebih baik dari semalam. aku harap la.

hmm.. entah bila aku dapat betul kan gigi dan lidah untuk membuang loghat yang amat aku sayang untuk tinggalkan ni. hahaha.

aku harap aku dapat buat yang terbaik untuk diri sendiri.. chaiy0k3..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

perempuan salah? lelaki.....

semalam.. aku ditanya soalan yang biasa ditanya oleh semua orang pada aku. macam biasa lah.. jawapan aku tetap sama seperti sebelum-sebelum ni. TAK. satu jawapan yang cukup mudah. dengan jawapan tak semua orang boleh faham.

tapi apa peliknya kalau perempuan tak pandai masak? pelik sangat ke? aku memang tak setuju sejak aku di sekolah menengah lagi. aku pun tak tahu kenapa. tapi yang aku tahu, dunia sekarang dah moden, so biasalah kalau perempuan tak pandai masak. aku memang mengaku. aku jujur. kalau lah seseorang nak memperisterikan aku, 1st aku akan berterus terang, memang memasak bukan bidang aku.

sekarang aku dalam training. semua aku kena belajar. sebab aku tak de pengetahuan or pengalaman langsung pasal training aku. means.. aku ngah belajar benda baru. masak? dah 3 hari aku kat kL, sehari pun dapur tu tak berasap. aku tak tahu nak makan apa. setakat paprick, tomyam, sayur campur, ikan goreng, telur goreng.. hmm.. tak nak laa aku masak. dahlah stay sorang-sorang... tak de feel langsung nak makan..

so, aku tak berkesempatan lagi untuk belajar masak. dari kecik ada kat asrama. darjah 6. so tak de dah nak belajar masak. masuk tingkatan 1 sampai upper 6, aku kat asrama lagi.. balik sekali sekala, apa aje yang aku sempat belajar. menu macam aku sebut kat atas tu laa.. huhu..

then masuk diploma.. sekali lagi aku stay kat asrama. sekarang aku degree.. haa.. kat asrama lagi. balik pun 2 minggu. nak belajar masakan pelik-pelik macam nasi ayam or nasi beriani or nasi minyak.. tak sempat pun. masaklaa aku ala kadar dengan kadar yang aku mampu. itu boleh dikira pandai masak tak? bagi aku, tak.. sebab itu lauk basic je.. kan?

so selama lebih kurang 15 tahun aku kat asrama, apa aje yang aku pandai? masakan yang basic saje.. aku tak kesah apa orang nak kata. kalau isteri tak pandai masak, suami lari. ish.. bagi aku, tugas isteri memang untuk jaga suami. tapi suami pun kekadang tak pandai jaga isteri. kenapa isteri juga yang dipersalahkan??

kalau perempuan tak tahu masak, aduh bising, bingit telinga. ade tu yang siap geleng kepala lagi. terutamanya lelaki. dia nak isteri yang pandai masak aje. pastu yang cantik. tapi dia pandai apa? tak tahu apa-apa..

aku tak kesah kalau seorang lelaki tak pandai masak. tak pandai serba-serbi. tapi aku lebih kesah kalau si lelaki tak dapat jadi imam dalam keluarga. kalau perempuan tak pandai masak bising. tapi lelaki, boleh ke jadi imam sewaktu solat. boleh ke jadi imam dan berjemaah dengan isteri dan anak-anak kat rumah?? tepuk dada tanya iman..

kalau dia seorang lelaki yang boleh jadi imam, aku benarkan dia bising kalau isterinya tak pandai masak. kalau dia tak boleh diharap langsung pasal bab-bab agama, better jangan bising.

aku emo? ye! aku marah? ye! sebab selalu nya masyarakat sekarang hanya memandang apa yang perempuan buat. bukan apa yang lelaki buat.

bagi ku, tanggungjawab lelaki adalah sama dengan perempuan. so apa salah kalau suami isteri duduk satu rumah, masak sama-sama, duduk dapur sama-sama. tolong menolong. itu tak kan menurunkan ego. tapi itu membuatkan rumah tangga makin harmoni. isteri pun senang nak dengar cakap suami yang macam ni. Rasullullah pun buat macam tu.. ;p

so pandai masak atau tidak itu tidak menjadi masalah. sebab lama kelamaan aku memang kena belajar jugak. untuk aku masak untuk diri sendiri. aku memang nak belajar. tapi bukan untuk orang lain. tapi untuk diri sendiri.

lelaki tolong jangan tanya awekss kamu pandai masak atau tidak jika kamu tak boleh menjadi imam dalam solat kepada mereka kelak. no alasan-alasan ye.. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bangun3..

percaya atau tak sekarang dah akhir tahun. dan umur ku makin meningkat. tapi ilmu kat dunia ni aku rasa makin banyak yang aku tak tahu. makin lama, makin banyak yang aku nak tahu. tapi semua tu tak semestinya terjawab sekali gus. ade kalanya jawapan yang aku inginkan belum tentu aku dapat hari ni. mungkin ia memerlukan masa yang panjang untuk aku fahami dan dapat jawapan yang aku mahukan.

tanggungjawab plak makin lama, makin berat. itu sudah tentu. tak nama nya hidup kalau tak de tanggungjawab yang hendak diselesaikan. so kenalah aku jadi orang yang bertanggungjawab. tul tak?

hmm, aku rasa, aku tak pernah tak de kerja. asyik busy memanjang. dan tetiap masa ade kerja. hm, tapi aku rasa, makin banyak kerja yang aku buat, makin banyak plak kerja yang menunggu. adehlaa..

tapi kalau kerja banyak pun, aku sempat lagi main-main. tak pernah nak serius dalam bekerja. tapi janji aku happy, suka, gembira, dan ceria. kan hidup ni senang, simple. rugi kita menyusahkan dengan perkara yang menyesakkan nafas kita. hehe. so setiap kerja yang di tugaskan or diberikan kena buat dengan penuh semangat. hehe.

hidup aku, mesti bersemangat!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

usah rumitkannya..

kata abg najib.. (bos baru aku).. benda yang kecik jangan dibesar-besarkan.. bila kita fikir masalah kita yang kecik yang membelenggu diri itu adalah masalah besar.. ia akan membesar macam yang kita fikirkan. anggap semua masalah itu adalah masalah yang kecik, dan kita akan dapat selesaikan nya walaupun cepat atau lambat.

hmm.. masalah aku? tak de lah besar. tapi ia macam menjerut leher ini supaya aku tidak dapat bernafas. supaya aku memerlukan oksigen yang lebih. aku kekadang tidak tahu apa yang menghantui diri ini. kekadang ku rasa aku kuat untuk menjalani semua ini. kekadang terasa sangat lemah, longlai tanpa sebarang kudrat, seperti kehilangan banyak tenaga, seperti kehabisan semua kuasa dalaman.

pernah juga aku ingin lari jauh, jauh-jauh, jauh-jauh-jauh, supaya tidak ada sesiapa mengenali diri ini. tapi saat itu, aku terfikir, untuk apa aku melarikan diri dari kenyataan. dari semua masalah yang membelenggu diri. padahal kenyataan itu adalah masalah yang patut kita selesaikan sendiri. tanpa melarikan diri daripadanya. dan seperti apa yang aku pegang.. masalah yang ada bukan untuk kita lari darinya tapi untuk kita selesaikannya.. ;)

semakin aku lari, semakin aku rasa masalah itu makin dekat, makin menyelubungi, makin hampir, makin tersenyum ke arah ku. kini, aku tegar. aku mengambil langkah. ingin ku atur langkah satu per satu. supaya pelan-pelan aku dapat menyelesaikanya. supaya otak aku tidak lagi bersawang dengan masalah lama.

hidup ini indah dengan ada nya masalah. hidup ini lebih indah jika masalah yang timbul dapat aku selesaikan dengan baik dan teratur. dan ia makin indah jika semua masalah yang timbul memandang dan tersenyum ke arah ku, dan berterima kasih kerana menyelesaikannya dengan baik..

bak kata iklan digi.. pasti segalanya mudah saja.. ;p

oh Tuhan, kuatkan hati ku.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mampukah aku?

semalam 6hb dec.. tamatlah segala cuti aku. so aku kena naik bas and balik ke kL dengan kadar segera. banyak lagi kerja yang perlu aku siapkan. terutamanya kerja-kerja yang aku sememangnya tempah itu. (eh, bila ingat je kerja, perut aku terus lapar. adoii..)

so aku hanya bercuti selama 2 minggu. tak kesahla.. janji aku cuti dengan seronok.

semasa dalam bas semalam, aku terfikir sesuatu yang buat kan hatiku berdetik hiba.. entah kenapa. aku termenung. macam mana kita nak tahu pilihan kita adalah betul untuk kita? tapi jawapannya tak timbul-timbul... mungkin aku masih mencari-cari apa yang perlu dalam hidup aku. aku masih tercari-cari apa yang patut dalam hidup aku..

kata orang, kita may be akan jumpa orang yang salah terlebih dahulu, supaya apabila kita jumpa orang yang betul, kita akan lebih menghargainya.. betul ke tidak? jangan tanya aku. sebab aku sendiri pun kekadang tersalah dalam memilih. tersasar dalam membuat pilihan. kekadang aku sendiri pun buntu. tak tahu mana intan mana kaca.

perlukah aku memilih? itu adalah satu soalan yang cukup aku tak suka. aku tak suka memilih antara 2, bahkan kalau diberi lebih dari 3, 4, 5, 6, 7 atau lebih, aku tak mampu untuk memilih. aku memang tak mampu.

aku terfikir.. kadang-kadang antara 2 jalan, kita terpaksa memilih jalan yang salah untuk kita tahu bahawa ade jalan yang benar yang sepatutnya kita pilih. tapi kadang-kadang jalan yang benar itu, kita tak nampak. dan kita terpaksa memilih jalan yang salah disebabkan kita buta dalam membuat penilaian yang mana satu benar yang mana satu salah.

aku juga merasakan bahawa hidup ini bukan untuk disia-siakan dengan pilihan yang salah. betul ke tidak.. entahlaa.. aku pun tak tahu.. =)

tapi kalau kita boleh mencipta bahagia, kenapa derita yang kita pilih? kan.. sebab aku berpegang ada kata-kata Dr.Tuah.. "bahagia itu umpama langit yang tak berawan.." maknanya.. bahagia tu ade di mana-mana.. tak memilih sesiapa.. cuma jalan yang kita pilih dan macam mana kita lalui je menjadi faktor lain yang membantu..

pernah aku cakap pada asma.. "kalau lah aku dapat pusing semula masa itu...." dan aku di marahinya.. kata asma, hidup ini bukan untuk disesali.. tapi untuk dibaiki mana yang salah supaya keadaan menjadi sesempurna yang kita impikan.. asma betul..

tapi, mampu kah aku membaiki semua keadaan supaya menjadi keadaan yang aku inginkan.. supaya menjadi sempurna seperti di dalam kaca mata ku ini?

kuatkah aku untuk melawan badai yang melanda.. kerana kekadang aku merasakan tidak ada langsung semangat dan kekuatan yang bertunjang dalam diri ni..

mampukah aku??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

buntu3

urusan mendaftar subjek masih belum jugak selesai. target aku sem ni, aku dapat daftar 20jam kredit dengan 18jam yang dikira di dalam pointer. tapi yang menyesakkan nafas ku adalah subjek sem ni berterabur sikit. ade yang tidak berjalan dengan lancar. aku masih mendaftar dengan 17jam kredit. tinggal satu lagi subjek yang ade dalam otak aku yang tak dapat didaftarkan.

hmm, sosiologi pendidikan tak dapat daftar seperti yang aku rancangkan. (memang benarlah, kita merancang dan Allah sebaik-baik perancang. hehe ) sebab yang membuatkan rancangan aku tergendala ialah kuota yang dihadkan tidak mencukupi.. susah jugak kan.. hehe

puas aku cari jalan. tapi jalan mati jugak yang ade. puas aku cari jalan nak keluar. tapi jalan kebuntuan jugak yang datang. adehlaa.. sekarang dalam proses nak settle kan mana patut dan fikir jalan yang terbaik untuk aku dah diri ku. =)

moga tuhan permudahkan semua urusan.. =p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS