RSS

warkah cinta berbaur syurga..

entry ini khas untuk contest LUMUT. kebanyakan aku baca yang menyertainya adalah karangan yang hebat-hebat dan serba kreatif. wish u all luck =)

kenapa aku nak join jugak walaupun aku tahu contest ni amat tipis untuk aku menangi. hehehe. sebab saje suka-suka. lagipun aku ngantuk sangat ni. kalau aku tidur comfirm aku tak bangun-bangun untuk baca buku untuk exam esok. haha.. alasan yang sangat sengaL ku rasakan.

aku bukanlah pengarang handalan seperti A.Samad Said. atau novelis best seller seperti Ramli Awang Murshid. Atau pun pakar dalam buku bidang motivasi seperti HM Tuah. tapi apa salahnya aku mencuba.. lalalala~ kan Lumut kan?

aku bukan seorang wanita yang touching dan aku juga tak tahu membuat orang touching.. hehe. tapi aku tak kesah pun sebenarnya..

bangun pagi tadi, terlintas kat kepala.. warkah cinta berbaur syurga yang dikarang Lumut kepada suami selepas dia kahwin nanti. (hehe.. konon-konon laa... jangan salahkan aku dengan sebab pemilihan tajuknya begitu. tapi salahkan Lumut. kerana contest yang dibuatnya membuat aku mengigau untuk menulis warkah cinta buat suami.. haha)

****************

tahun 2015

lumut telah berkahwin dengan seorang jejaka yang tidak dikenalinya. Jodohnya semuanya diatur oleh ayahnya yang garang bak singa lapar. Lumut tidak berani membantah. walaupun Lumut sebenarnya adalah seorang yang keras kepala dan tidak senang untuk dididik. dia amat memberontak. Gambar lelaki pilihan ayah nya yang diberi tempoh hari tidak dilihat. bahkan setelah sampai ke tangannya, dia mengoyak-goyak kan gambar itu menjadi kepingan kecil.

apa kurangnya Ah Fatt berbanding lelaki itu. Ah Fatt tu hitam-hitam 'sweet' ape.. apa laa yang papa nak ni. getus hati Lumut. memberontak dalam diam. ingin disuarakan. tapi dia lemah lutut. hanya disuarakan pada mama. tapi mama tidak dapat membantu. papa sangat keras hati. menangis air mata darah sekali pun, tetap tidak akan mengubah keputusannya. sama perangai dengan Lumut. kata mama.

Lumut mogok. tak mahu makan. tak mahu minum. tak mahu mandi. tak mahu masuk tandas. tak mahu pergi ke mana-mana. Ah Fatt kerap menelefon Lumut. juga Lumut tidak mahu mengangkatnya. Alasan nya, dia malu pada Ah Fatt. dia telah berjanji sehidup semati dengan Ah Fatt. tapi janji nya tak dapat dia kotakan. apa yang harus Lumut kata kan pada Ah Fatt.

tapi Ah Fatt adalah seorang lelaki yang sangat macho. dia tidak mogok. dia tidak marah. dia cool dan tenang aje. pada fikirannya, mungkin Lumut gadis yang kecik molek ini dan yang penting berkaca mata ini bukan jodohnya. walaupun dia sememangnya menyukai gadis yang berkaca mata. kata nya gadis yang berkaca mata lebih terserlah keayuannya.

tapi hati Ah Fatt ada sedikit terkilan. walaupun begitu dia adalah seorang pemuda yang sangat pasrah pada ketentuan. kebahagiaan Lumut adalah lebih penting. kerana dia tidak mahu gadis yang dia sayangi disakiti. dia mahu Lumut bahagia. gembira.

****************

dan benarlah kata Ah Fatt dulu. suami Lumut sekarang adalah pilihan terbaik untuk diri Lumut. kerana parents lebih tahu apa yang anak mereka perlukan. Ah Fatt memang lelaki yang berpandangan jauh. dia tahu meramalkan apa yang bakal berlaku. tapi sayang, dia bukan jodoh Lumut. kini Lumut menerima segalanya. dia telah belajar menyintai suaminya dengan tulus ikhlas.

tapi dia tidak pandai melontarkan kata-kata manis. tapi dia telah pun berjaya mengaplikasikan nya di dalam bentuk penulisan. warkah cinta ini di tinggalkan di dalam bilik bersama cebisan nota biru yang berbunyi..

"sayang, anugerah yang paling berharga buat Lumut adalah sayang.. luv u.."

dan di bawahnya ade warkah cinta buat suaminya. bukan lagi untuk Ah Fatt.. (jom kita baca sama-sama.. hehe)

suami ku..
Bila ku tersedar dari lena ku yang panjang, kau tiada di sisi. Apakah benar aku sendirian. Tiada siapa di sisi. Aku menjadi takut. Akan tetapi, ku berani kan diri untuk menjengah sekitarnya. Aku senyum. Rupanya kau berada di tempat solat. begitu luhur hatimu suami ku. Seawal ini, insan-insan lain masih lagi berdengkur, tapi kau sebaliknya. Kau berdiri menghadap yang Esa. Mendoakan kesejahteraan kita berdua. Di dunia dan akhirat jua.

Beruntungnya aku punyai suami seperti mu. Yang sanggup mendidik ku hingga aku mengenal Pencipta. Bertuahnya aku dapat mengenali lelaki sebaik mu. Sesungguhnya Allah amat menyayangi ku kerana menghantar kamu kepada ku supaya aku bisa belajar mengenai agama-Nya yang indah dan mempersona ini.

suami ku..
Terima kasih kerana kau hadir mewarnai hidupku. Memberi ketenangan dan kekuatan buatku. Memberi perlindungan untukku. Memberi segala-galanya apa yang aku perlukan. Dan memberi harta yang paling bernilai buat ku, Iaitu kamu dan kebahagian yang kita kecapi kini.

Aku bersyukur. Amat bersyukur pada Ilahi kerana telah mengurniakan kamu untuk menyempurnakan hidup ku. Dia juga telah mengutuskan kamu untuk menjadi suami yang bertanggungjawab mendidik ku, menjaga tata tertib kehidupanku, mengajar ku ilmu agama yang dituntut Islam, mengenalkan aku dengan kehidupan Islam yang sungguh indah dan mengagumkan ini.

Aku tersenyum bangga. kerana menjadi seorang isteri kepada suami yang amat bertanggungjawab sepertimu. kerana menjadi isteri kepada suami yang seromantis mu. kerana menjadi seorang wanita yang mampu menguatkan kamu ketika kamu lemah. tidak ku kesali kerana memilih hubungan ini. kerana aku ade kamu sekarang.

dan aku selalu berdoa dan tidak putus untuk berdoa kepada Rabbul Izzati semoga jodoh kita dikekalkan dan dipanjangkan hendakNya. doaku ku juga, semoga hubungan yang terpatri indah ini dipanjangkan dan Allah memurahkan rezeki kita agar kita dapat melayari bahtera kehidupan yang indah dan penuh harmonis dan aman sejahtera ini dengan rahmat dari Allah Taala.

suamiku..
ketahuilah aku berdoa ke hadratNya untuk menetapkan diri mu bersama ku. kerana aku sama sekali tidak mahu kehilangan kamu. kerana bagi ku kini, kamulah penawar bagi segala racun dalam kehidupanku, pengubat segala duka lara ku, penyembuh segala kesakitan dan keperitan yang aku alami. segalanya hanya ade kamu.

aku begitu menyanjung mu, jua amat menyayangimu dan teramat menyintai mu, suami ku. aku menyintai mu dengan tulus dan tiada insan lain yang mampu bertakhta di hati ku selain kamu. kerana aku hanya ada kamu..

alotofluv from, LUMUT..

****************

waaa.. panjang laa plak karangannya.. hehehe..

blog esoksemalam best kerana pada mulanya aku ingat Lumut adalah seorang lelaki. tapi sebaliknya..

tapi blog esoksemalam tak best kerana tuan empunya blognya, Lumut, lebih cantik, lawa, cun daripada aku. INI TIDAK ADIL!!!

aku tak tahu nak buat slogan. harap ko terima laa eh Lumut. berpeluh aku buat karangan.. lalalala~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

25 comments:

i'msosupernotcool said...

huh..
lumut will be smiling reading dis stry..

and fatt will close his blog..
haha..

kiddin..

piNky LuCiA said...

hahaha.. tak kan sampai nak tutup.. gurau2 di hari yang hujan je ni.. lalala~

lumut said...

hahaha....
slam tuan umah.
kahkah...
sian ye si ah fatt...

jup..
surat tuh ko tulis sndri ker?
hebat2..kagum..=)
terhru lak aku baca..
ape kate ko bg kat laki ko nnt..
hehe...

thanx krn menyertai ye.
penyertaan anda diterima.
dan semua story akan diadili dan yg pastinye bukan aku yg marking.tkot bias nnt aku bg ah fatt mng,hahahah..

1 more thing..
betul lah ckp ko.
aku gune minyak senyonyo.
sape dtg blog aku mesti sawan.=p

piNky LuCiA said...

haha.. dengan ini.. aku tujukan surat ni untuk en.peguam.. hehe

entry direka khas untuk mu lumut.. hahaha

wat??? hahaha. minyak senyonyo? patutlaa.. ish3..

piNky LuCiA said...

ah Fatt.. ko jangan marah aku. kisah ini hanya rekaan semata2. tidak ade kena mengena dengan hidup atau yang mati..

just pinjam nama kau kejap je.. lalala~~

DeQku said...

waa Ura..all the best!!

piNky LuCiA said...

haha.. weyy.. saje2 je laa.. memeriahkan blog cik lumut je.. hadiah tu kira no 2..

yang penting ukhuwah.. =D

Razman said...

oh..xmungkin lumut leh karang surat cmni..best mcm ah fatt la ko ni..ko wat surat utk aku leh?

piNky LuCiA said...

razman.. ko nak aku karang surat ape untk ko? meh sini nak karang.. lalala~

beautiful_rose said...

wahhh...semakin ramai pesaing contest lumut.adakah ko akn meroyan jike lumut memilih ko sbg pemenang??? jike ko pemenangnye terpakse lah aku mengadu kesedihan kepade si hijau =p ngeh..ngeh..ngeh..

piNky LuCiA said...

hahaha.. meroyan? kalau aku sebagai pemenang.. akan aku syg lumut jauh disudut hati kecil ku ini.. lalala~ (berangan aje!!)

takkanlah. org lain lagi best. aku just mencuba. saje2 untuk memeriahkan contest lumut.. hehe..

:: eyeNa :: said...

uihh tahniah2 ..semoga menang..jiwang karat pada mulanya..ekekekeee surat cinta yg best..heee

piNky LuCiA said...

weyy.. jangan tahniah dulu la.. ni tidak dipandang dan tenung dan tengok oleh pihak juri lagi.. huhu..

cik eyena doakanlaa.. ngeh3..

hahaha.. surat cinta kepada org yg septutnya iaitu suami.. lalala~~

Anonymous said...

pasrah
pasrah
hahahahaha

surat ko memang terbaik ler

beautiful_rose said...

hahahah tp aku rse lumut mst pilih y best2 jerk....
karangan ko best ape..kurg2 citer die senonoh x merapu meraban mcm citer aku..kuikuikui
hahahah aku pon x tau pe y aku tulis dlm karangan tuh.kalo cikgu BM aku bce sure die nanges mengenangkan kesengalan karangan y aku wt tuh..... =p

Unknown said...

ura!!! sory baru bc...

hemm best2..agak terharu hehe...

all the best!!

Anonymous said...

ehem...touching nye..huhu
berair mata baca warkah tu..
best nye dpt suami cmtu..hehe
all d best ye kak bucuk!!!haha :p


by,
asmasuhaida

piNky LuCiA said...

ah fatt..
surat aku yang terbaik? haha. jangan buat lawak laa ah fatt.. tapi syang.. lumut tak tujukan untuk kau.. hahaha

nasib ko pasrah.. hehe

piNky LuCiA said...

rose..
hahaha. aku rasa nak ketawa.. ko try baca cerita lain.. semua best woo..

piNky LuCiA said...

farha..
terharu erk? hehe.. nanti ura karang surat untuk ha eh.. hehe

piNky LuCiA said...

asma..
haha, sy doakan asma dapat suami macam tu..

berair mata bukan sebab touching tu.. sebab sakit mata.. hahaaha

chokio_nia said...

haha..kene suh ah fatt bace ne br bes..btw, nice ape cte ko..ayat powerlah jugak..huiyoo..=)

piNky LuCiA said...

chokio..
aku power ke? tak delah sangat. biasa je. aku kang menjiwai.. hahaha..

ah fatt pasrah.. lalala~~

** SiZuKa ChAn ** said...

best2..pandai nye wat surat cam2...terpegun sizuka(sambil kelip2 mata)
^_^

piNky LuCiA said...

hehe.. biasa2 jelaa sizuka.. tak de yg specialnya.. =) time kasih sbb sudi bc.. kita hargainya..

=) dtg laa lagi..