RSS

katakan taknak untuk memasak!!

aku bukan golongan yang pandai memasak. dan membuat minuman pun aku kurang expert. mungkin aku adalah seorang wanita yang agak tidak minat dalam menceburi bidang masakan.. (eh.. pelan-pelan sikit. nanti mak marah.) mak aku cukup marah kalau cakap tak minat memasak.

nanti keluarlaa soalan cepu emasnya. kalau tak minat, nak makan ape tetiap hari? tak kan nak beli kat kedai hari-hari. tak boring ke? aku jawab, ala.. makan laa pizza. kfc. a&w. and so on. (jawapan itu hanya timbul dalam hati.) tapi mak aku ni, cukup expert. yek-yek je mak jawab. haa kalau setakat nak makan kfc tetiap hari, pizza ke, McD ke, kopak laa. suami pun lari..

haa.. istilah suami lari ni aku kurang setuju. hehe. buat makluman semua. walaupun aku kurang setuju, tapi aku tak kan sampuk. aku cuma sengeh or senyum sumbing je. hahaha. tak nak laa lawan-lawan. derhaka weyyy.. dosa besar tuuuu...

mungkin pendapat aku agak berbeza dengan orang lain. kata orang, kerja masak memasak kerja perempuan. dan perempuan walaupun belajar tinggi mana pun, akan masuk ceruk dapur. ishh.. aku pantang kalau dengar benda-benda macam ni. may be pendapat aku yang tak sama menyebabkan dunia ini indah untuk dinikmati. haha. (weyyy.. benti perasan boleh tak? lalala~)

pada pendapat aku.. pendapat ini kamu boleh sangkal atau setuju atau ignore. kerana ia hanya pendapat aku semata-mata. kerja masak memasak, kemas rumah, basuh kain, or lain-lain seangkatan dengannya adalah kerja lelaki sahaja. kerana perempuan hanya ditugaskan untuk melayan suami sahaja. kalau suami tak suruh, kita tak buat, kira ok. kalau suami suruh and nak itu ini, kena lah buat. sebab langgar kira berdosa. hmm.. sebab itu lah kot orang takut nak berumah tangga. hehe

tapi kan, sebagai suami yang berhemah, sama-sama penat kerja kan.. so apa salahnya kalau masuk dapur sama-sama, masak sama-sama. saya masak nasi, awk tumis bawang. saya bancuh air, awak sediakan cawan. saya tumbuk sambal, awak goreng ikan. kan manis tu.. sama-sama susah, sama-sama senang.

ish3.. entah apa-apa aku meleret-leret ni. topik asal plak. aku ni memang suka meleret-leret pun. cerita rekaan+sebenar. di olah oleh PinkyLucia..

----------------------

di asrama SK Seri Payong.
"may, nak makan tak?"
"boleh jugak."
"jom"

setelah mengambil makanan, minuman, may dan april membaca doa. dan menyuap satu suapan mee sup kegemarannya. sebentar kemudian, may masam. april pelik.

"ko kenapa?"
"makcik masak tawar. geram betul aku."
"meh sini aku rasa sikit." april menyuap dengan bersemangat walaupun telah tahu mee sup itu tak cukup sesuatu.
"a'ah laa tawar"
"geram" gumam may. tapi masih menyuap mee itu dengan lahapnya.
"ni nak kena tambah gula ni"
"ko ni apa plak gula nak letak dalam mee sup."
"habis tu orang letak apa kalau tawar?"
"adeh laa ko ni.. garam laa..ko tahu garam?" may ketawa.
"bukan gula eh?" april senyum kambing.
"gula letak dalam air la.. air kalau tawar, letak gula. makanan kalau tawar, letak garam laa wey" kedua-dua sahabat ketawa. sama-sama tak pandai masak. nasib laa may tahu jugak serba sedikit.

----------------------

kesimpulan yang dibuat, walaupun kamu lelaki atau kamu perempuan, memasak adalah perkara basic. jangan jadi seperti cerita di atas. tambah gula dalam mee sup.. haru nanti..

mulai hari ini aku berazam untuk belajar masak.. lalala~ betul ke ni? persoalan ini ku tinggalkan untuk diri sendiri.. haha

malu dek orang kalau orang dengar nenek cyber macam aku tak tahu masak.. huhu.. so.. jangan kamu katakan.. taknak untuk memasak.. lalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

Anonymous said...

belajar ler
nanti suami suka
larikkkkkkk

piNky LuCiA said...

hahaha.. larik sama2 laa ah fatt.. lalala~

lanz_evo7 said...

aslm.
ramai sbnr nye wanita yg x beberape pndai masak.tapi kena bljr jgk..x la smpai expert sngt just pandai yg simple2 pun ok.kdg2 peringkat umur yg akn wat kte mahu bljr masak dgn lebih lg..slow2 kata org.tgh bujang ni kte x terlalu pkirkn sngt bab ni..yg pnting kemahuan tu ada.ak suke masak tpi ala2 barat jer.. ;-)

piNky LuCiA said...

akan aku belajar sampai pandai.. hahaha.. walaupun hakikatnya aku bljr tapi tak pandai2.. lalala~~

Unknown said...

huwaa ha bukan dok reto tp MLS!!! haha tak minat keje yg remeh temeh nih...adoiii

tp sekali ha maskk waaaaaaaa (perasan lebeyy ) hakhak

piNky LuCiA said...

hahaha.. pasan3.. ura kalau bljr mesti pandai kan.. lalala~~

Anonymous said...

aduhh..terase diriku xpndai msak..hehehe

gula2~~

-eda

piNky LuCiA said...

hahaha.. garam2~~ lalala