RSS

JAWAB..........

bila semua dah nak habis exam. bila adik aku nur yang belajar kat UiTM tu dah habis. dia asyik sms aku tanya nak balik bila. dan tanya itu ini. tanya nak balik kL bila. dan macam-macam persoalan lagi. serta menggoda aku dengan masakan-masakan mak yang memang sedia dah lama aku tak makan. dan kat sini aku asyik makan masakan mak azhar je. member yang aku sorang ni orang kL.. jadi kami memang selalu pergi ke rumahnya. melantak masakan mak dia yang memang sedia sedapnya hingga menjilat jari. huhu

bila sedih teringat mak, aku terasa pilu sangat. dan aku kembali tersenyum apabila teringat ceritera-ceritera mak yang sangat lucu berkenaan dengan diri ku yang memang lawak+degil sewaktu kecil dulu..

cerita ini aku ubah mengikut tahap kekreatifan aku mengolah cerita yang tak berapa kreatif jadi kreatif. pada hal aku memang sedia tak kreatif pun.. huhu.. terima saja laa wahai diri.. ;D

*************

pada tahun 1987, aku waktu tu baru berumur 3 tahun. kata orang budak-budak yang baru pandai bercakap memang banyak mulut. dan tidak mahu berhenti cakapnya. adehh laa.. aku dapat bayang kan aku macam mana kecik-kecik dulu.. dengan rambut yang ala-ala teknik rebonding lurus sampai bahu bermain masak-masak.

pada waktu itu, aku hanya mempunyi seorang adik lelaki. means, mak aku baru lahir kan aku berdua dengan adik ku, lelaki. umur sekarang dah 23tahun. hehe. siapa yang berminat boleh laa call dan usya aku untuk mengambil hati adik aku. (stop merapu boleh tak??). beralih kepada topik yang ingin aku ceritakan..

aku adalah kanak-kanak yang aktif+super dan hyper aktif. hehe. seperti sekarang, aku makin hyperaktif. tapi bila aku berada dengan orang-orang tertentu aku akan 'agresif'. 'Agresif' itu baik untuk hubungan yang harmoni. lalala~~

mak kata, aku sangat nakal+degil. aku jugak suka merayap. seluruh pelusuk kampung ku jajah. mungkin sebab itu aku lebih dikenali ramai oleh golongan-golongan veteran di kampung ku. sampai sekarang effect nya masih terasa. mungkin kerana pada masa itu, aku berkata, aku harus membina hubungan silaturrahim untuk masa depan yang cerah. mungkin dengan mengenali makcik-makcik yang ramai disekitar kampung ku itu, aku akan bertemu jodoh dengan cepat dan dekat dengan rumah emak.. senang sikit aku nak balik rumah mak nanti.. (dasar anak manje!!)

itu mungkin apa yang aku fikirkan, (pada usia 3 tahun, logik ke? nak tipu pun agak-agaklaa...) ni dialog korang yang aku dengar secara tak sengaja. lalala~~ ok. aku tipu. ;D sambil main masak-masak. lalala~

pada suatu hari, mak aku mencari aku. mungkin bimbang anak nya hilang entah ke mana. di cari-cari tetap jugak tak jumpa-jumpa.

mak : kak....
aku : ............ (diam)
mak : kak...
aku : ........ (masih lagi diam..)
mak : kak.. mak panggil, tak elok tak jawab tau. cepat jawab.
aku : JAWAB..

Mak dah tergolek-golek dah suka kat anaknya yang comel menjawab panggilan.

mak : kak..
aku : JAWAB...

mak aku mungkin mahu menguji tahap kefahaman aku yang memang genius tahap tinggi+tahap A++. lalu di panggilnya lagi.

mak : kak...
aku : JAWAB.. Mak..

hahaha.. apa punya sengaL laa aku nya jawapan. ade ke patut aku menjawab panggilan mak aku macam tu. aku dah tergolek-golek ketawakan diri sendiri selepas mendengarnya daripada mak aku. adehhh laa...

selepas daripada kejadian itu, asalkan mak aku panggil je, mesti aku akan 'JAWAB'.... asal mak panggil je.. 'JAWAB'..

Adehlaa.. rupanya aku tak faham lagi. aku ingat aku dah cukup A dah dalam bahasa melayu. dan aku ingat aku cukup genius tahap tinggi dan bahasa melayu kelas A++ .. argghhh.. rupa-rupanya... =) lalala~

sampai laa pada suatu saat mak menerangkannya pada ku. mungkin kerana sudah tidak tahan gelakkan anak nya yang memang 'lambat'.. huhu

mak : kak, kalau mak kata suruh jawab panggilan mak, bukan suruh kata 'jawab'. tapi 'jawab' tu bermakna kak kena cakap macam ni, ye mak..

*************

indahnya zaman kecik-kecik dulu yang tak tahu apa-apa pasal kehidupan. dan selalu membuat parents tertawa dan tersenyum dengan gelagat anak-anaknya..

status : rindu mak. rindu ayah.. rindu adik-adik.. dan rinduuu en. peguam jugak.. hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

21 comments:

Anonymous said...

ko mcm tentera jer

'yes sir'.... 'jawab mak'

kan sama tu

fik-autoz said...

salam,k.zura pnya no brp?nk kol...gagaga


adik sihat??^^

i'msosupernotcool said...

btter says..

erk..
wat? wat?

Suriati Suhaimi said...

hai pinky lucia..xleh komen ek kt sue punye page?
emmm..sue pn xtau knape..
xpe2 6t sue buang bntg2 yg duk bergerak kt ats 2..

:: eyeNa :: said...

kak..

JAWAB..!!!

Unknown said...

heyy miss JAWAB!!

haha doh laa ha bc mcm telo jowo adoii laa..golek ha suke wakakak

hana devushka said...

haha..lawak2..
tringat balik cite2 mak..
mcm2..ki3~
sakit perut aku gelak..hahaha~~

piNky LuCiA said...

ah fatt..

tentera yg berdedikasi ni.. ko tahu ape.. lalala~~

piNky LuCiA said...

fik..

hahaha.. mak sihat.. lalala~~

piNky LuCiA said...

sue.. aah laa sue.. nape eh.. tension tul.. huhu..

muka sedey tak ley komen ni.. lalala~

piNky LuCiA said...

ha..
try baca sekali lagi.. ura nak dengar ni.. hahaha

bior golek same2.. hahaha..best sikit. (smpai kenyit mata..)

piNky LuCiA said...

tie..
a'ah tie kan.. bila kita nak balik ye.. rindu mak. mak sll ade je citer kelakar.. adoi...

joegrimjow said...

bulan 1 ni baru start
huhuk

try2

kawie2020 said...

hahahaha.. memang kelakar cerita waktu budak2 dulu.. hehehe tak gitu budak JAWAB? hahahahaha...

piNky LuCiA said...

amboi3.. mengata aku bukan main ye ko kawie.. garang ni.. lalala~

kawie2020 said...

[pinkyLucia] hahahahaha... aku memang suka pompuan garang nih... lagi garang ko lagi suka aku nk usik... hahahahaha....

piNky LuCiA said...

usik laa kalau ko berani.. haha

Aujinz said...

Keh keh keh.. Miss Jawab!..

sila jawab sekarang...

piNky LuCiA said...

haha.. jawab!

DeQku said...

Jawab..jawab..

Hehehe...

Kite mmg kelakar ms kecik...

Xbleh g kite ulang balik sejarah lama..??

piNky LuCiA said...

hahaha.. kalau ley ulang sejarah yang lama.. dalama aku ulang.. hehe