RSS

muhasabah minda..

petang ni.. petang yang baik.. biasanya aku tak tidur di siang hari. kerana aku mengamalkan diet atau lebih spesifik nya lagi petua yang cikgu aku ajar untuk mengelakkan gemuk. hehe. aku walaupun tidak diet makanan, tapi kalau bab tidur kenalah diet. sebab bila aku tidur, memang aku mengambil masa yang sangat lama. hehe.. kalau tak cukup 4 jam atau lebih, comfirm aku tak bangun. untuk mengelakkannya, aku terpaksa diet tidur. huhu..

lepas bangun dari tidur, aku terfikir.. masalah aku tadi. haha. bangun2 terus ingat masalah. waaa.. bagus sungguh. masalahnya sekarang, aku rasa tak de lah masalah sangat. perkara kecik je sebenarnya. so aku putuskan untuk mengabaikannya. biasalah. dengan kawan2 aku malas sangat nak berkira atau nak berbolak balik. nanti makin panjang jadinya. baik didiamkan saje.

tapi yang aku akui (berfikir dan termenung dengan muka yang tak basuh.. eiii.. teruk bebenor pompuan ni..) aku akui, aku kasar dan garang. cakap2 aku jugak agak kasar. di sini aku akui itu adalah kesilapan ku. may be itu adalah cara aku. kerana aku bukan lah selembut yang dilihat. biar semua orang tahu memang aku salah.

so.. pada kawan ku yang tegar dengan sikap ku yang agak kasar ni.. AKU POHON MAAF ATAS KEKASARAN AKU.. aku memang bukan sengaja. kerana itulah sikap aku. cepat aje naik angin.

bila lepas tidur.. hehe.. mimpi2 dulu, aku muhasabah diri.. memang itu silap aku. tapi itu tidak bermakna.. hanya aku yang silap.

bila dinilai, difikirkan, di analisis, muhasabah diri, aku dan kawan aku, 2 2 silap. jika aku salah perbetul kan aku. kenapa aku kata 2 2 silap?

  1. aku berkasar dengannya.. itu memang silap aku.
  2. dia pulak diam membisu dan merajuk (itu istilah aku laa.. may be orang lain kata dia bukan merajuk.. tapi terasa. tapi bagi aku, ia adalah sama. sebab 2 2 bermakna jauh hati.)
  3. aku pulak, malas nak panjangkan cerita, so aku diam. (sebab aku tahu, bila aku bersuara, mulut aku ni lazer, tak nak berhenti. nanti makin laa panjang cerita. makin banyak dia terasa plak nanti.)
  4. dia pulak, aku tak tahu status macam mana.
so di sini, aku harap biar settle secara kawan. aku tak jaja cerita aku, aku hanya luahkan dalam blog. tapi aku tak tujukan kepada sesiapa pun. tapi tuan nya mesti tahu aku tujukan padanya. kenapa aku buat macam ni? sebab bila aku bercakap, aku kasar, lazer. aku tak boleh berlembut. aku takut nanti ade orang yang menangis.

aku memanglah tak nangis. tapi aku tak nak orang lain nangis. aku akui, aku silap sebab berkasar. tapi aku rasa kawan2 aku dah tahu memang aku kasar orangnya. dan memang cara aku macam ni. aku memang tak boleh nak ubah dah walaupun aku try sedaya upaya. tapi sikit2 tu ada lah. tak macam dulu yang sangat baran. sekarang kurang. tapi tempias nya masih lagi melekat. itulah orang tua.. kan. kan. kan..

so dengan hati yang terbuka, KU POHON MAAF KERANA BERKASAR..

aku tak tahu dia "ter"baca atau tidak blog aku. tapi kalau dia baca.. AKU MINTAK MAAF. kalau dia tak baca pun, AKU MINTAK MAAF jugak. sebab berkasar. tapi macam aku cakap, usah lah merajuk dengan orang tua.

walaupun kesnya tak de lah seteruk mana, dan tidak memberi effect pun pada aku. tapi ustaz Shaharuddin kata, kalau salah dengan orang kita kena mintak maaf. so aku mintak laa maaf. aku tak pernah ganggu privacy orang. so aku tak nak orang ganggu privacy aku. salah tetap aku salah. aku dah mintak maaf. untuk memaafkan terpulang pada dia. aku tak kesah.

kesimpulannya di sini, banyak orang, banyak ragamnya. kita kenalah terima sikap kawan2 kita. walaupun dia tu teruk. haha. sebab aku memang seorang kawan yang teruk. hehe.

dan aku nak pesan pada diri aku dan kawan2 aku, kalau nak guna mulut tu, gunalah elok2. (terutamanya aku yang garang ni..) aku tak cari simpati dari orang lain dengan bercerita di belakang kawan aku. aku diamkan saje. aku tak citer dekat orang lain cerita ni. kalau orang tanya, jawapan aku senang je. tak tahu. aku harap, kawan2 aku jugak macam tu. tak bercerita dan menjaja nama ku. itu senang je kan. aku tak cerita, dia pun kenalah sama tak bercerita. sangat simple konsepnya.

so.. bila aku salah, tegurlah aku. bila kawan aku salah, aku tegur. tapi aku tegur sekali jela. kalau tak nak dengar jugak, itu hal kamu. aku dah pesan. hehe..

selamat beramal.. waa... tak de dalam topik..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Syariniey Amran said...

yea
btl
xbek menjaja cerita buruk2 tentang kawan..

piNky LuCiA said...

haha.. saje je nak menyedapkan mulut.. sbb kalau bckp lagi parah.. waaaa.. hihi.. baik dia bc, pastu dia tahu. sy bukan org baik dari segi perckapan..

::yNa_puRple:: said...

purple...dah muhasabah minda... so purple lebih suka diam skrg nie... sory menyusahkan ramai org... mulut ni jahat kan kan... allah ampun ke x dosa purple ni... waaaa syahdu... ishhh air mata ni cpt je mngalir... arrghhhhh

piNky LuCiA said...

hehe.. dalah.. kita lupakan kesah lalu.. kita mulakan hidup baru.. hehe.. dont be sad again.. ;p waaa..