RSS

kritikan atau motivasi?

kritikan.. ia sinonim dengan hidup. tapi selalu nya, kritikan tu pahit untuk kita telan.. pahit untuk kita terima.. dan pahit untuk kita percaya yang kita telah di kritik.. tapi kata prof. Megat, kritikan adalah mainan hidup kita. sebab tanpa kritikan hidup kita tak kan berseri.. tak kan memberi makna..

kenapa kita selalu tak dapat terima kritikan.. kita jugak asyik nak pertahankan diri kita aje apabila ade kritikan yang datang.. kebiasaan manusia memang macam tu.. tak semua manusia boleh berlapang dada menerima kritikan yang dilemparkan..

aku juga sewaktu dulu, bukanlah seorang yang suka menerima kritikan.. bila di kritik. aku akan mengkritik org yang mengkritik aku tu balik. kenapa? entah. may be sebab aku tak dapat terima kalau yang mengkritik aku tu adalah kawan2 aku yang satu perangai dengan aku. korang macam mana? dapat terima kritikan? huhu

hal ini telah di bincangkan di dalam kelas pagi tadi. kelas KDO banyak membantu aku. cuma aku je yang masih berdegil tidak mahu perticipate dalam perbincangan. perbincangannya sangat menarik.

kata muhyidin, apabila kita menerima kritikan, perkara pertama yang patut kita lakukan ialah senyum. kenapa dia suruh senyum? sebab senyum akan merembeskan hormon2 positif dalam badan dan akan menjauhkan hormon2 negetif. so apabila kamu di kritik atau menerima kritikan, sila tolong kamu senyum. haha. boleh ke kamu atau dalam perkataan lebih spesific, aku senyum? boleh ke?

kata fahdin, kritikan adalah diumpama kan seperti ubat. ubat yang menyembuhkan kita. ubat pulak,sudah semesti rasanya pahit, (sepahit hempedu. hehe. itu melampau laa 2.. kalau betul2 rasa macam tu. aku tambah ni.. bukan fahdin kata.. ;p) tapi yang pahit itu adalah ubat, yang dapat menyembuhkan kita. aku tak nafikan bahawa ubat memang pahit. siapa yang suka makan ubat. jarang orang suka. so macam tu jugak laa dengan kritikan. siapa yang suka terima kritikan. most of all nya tak suka. jarang orang yang suka..

aku masih ingat, pepatah mengatakan, siapa yang mengkritik, dia adalah kawan, siapa yang memuji, dia adalah lawan. sebab ape, kenapa, mengapa kata macam tu? sebab kalau dah asyik puji je, yang salah puji, yang betul pun puji, aduhai.. bila dia nak baiki diri..

kesimpulannya, sebagai guru yang baik, kita kena selalu memperbetulkan pelajar, kena selalu menyedarkan pelajar, kena selalu mengingatkan pelajar. kerana pelajar adalah umpama anak kita sendiri. cuma anak + didik je.. hehe..

guru yang mengkritik adalah guru yang akan disayangi pelajar berbanding guru yang mengiakan saje.. aku bercakap berdasarkan pengalaman yang ada..

tapi bila ingin mengkritik, gunakanlah cara yang berhemah.. pesanan untuk diri aku yang agak garang 2 3 hari ni.. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: