RSS

balik kampung lagi???

mak call.. tanya nak balik bila.. mak asyik tanya je bila nak balik. kerja aku pulak tak pernah putus2.. ada saje yang bertambah.. gini laa hidup orang yang separuh kerja separuh belajar. tak sempat nak fikir benda lain.

kalau aku tak kerja, mana aku nak dapat duit? dari mak? dari ayah? dari dia? tak.. aku tak pernah mintak duit dengan sesiapa. bagi aku, cari duit sendiri adalah 1 kepuasan. kepuasan maxima.. haha. sebab aku rasa sangat puas hati dengan apa yang aku ada dengan penatnya aku bekerja..

alhamdullillah aku panjat kan kesyukuran pada Allah. walaupun aku ni banyak buat dosa, tapi Allah tetap melimpah kan rezeki nya pada ku. Allah itu maha penyayang dengan aku.. dengan hambanya yang lain pun sama jugak.. :)

hmm.. aku dah janji dengan mak nak balik isnin pagi.. tapi nampaknya aku macam tak kan sempat untuk mengotakan janji ku pada mak. terasa sedih. hm.. banyak lagi kerja yang perlu aku settle kan..

aku nampaknya akan balik lepas pagi isnin.. nampaknya balik malam isnin laa ni.. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: