RSS

RAHSIA HARI DALAM ISLAM

setiap hari yang berlalu, ada kebaikan dan keburukannya. Allah menjadikan sesuatu penuh dengan hikmah dan kebijaksaanNya. Allah tak kan menjadikan sesuatu dengan sia-sia. kerana Allah tidak menyukai benda-benda yang tidak mendatangkan manafaat, seperti membazir..

waaaa, aku rasa seolah-olah aku telah menjadi seorang ustazah, yang berada di dalam kelas. waaa, sangat rindukan suasana sekolah dulu, anak-anak murid pun aku tak sempat nak ingat, budak-budak sekarang nama nya panjang, sehingga mencecah 3 atau 4 nama seorang, aduhai...

berbalik pada cerita asal, kenapa kita gelarkan hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, dan juga Sabtu, pasti ada terselit kebaikan dan keburukan di sebalik hari-hari yang ada. kalau tak, tak kan kita di sunatkan membuat kerja-kerja baik pada hari yang baik. contohnya hari Isnin, Khamis, dan Jumaat? kenapa?

peristiwa yang berlaku pada ketujuh-tujuh hari

AHAD
a) Allah menjadikan alam.
b) Allah menjadikan bintang-bintang.
c) Allah menjadikan api neraka.
d) Allah menjadikan bumi yang tujuh.
e) Allah menjadikan lautan yang tujuh.
f) Allah menjadikan anggota manusia yang tujuh.
g) Allah menjadikan hari yang tujuh.

ISNIN
a) Nabi Idris dinaikkan Allah ke langit.
b) Nabi Musa mengunjungi Bumi Tursina.
c) Bukti ke Esaan Allah diturunkan.
d) Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan.
e) Wahyu pertama diturunkan pada Nabi Muhammad SAW.
f) Rasullullah wafat.

SELASA
a) Nabi Yahya dibunuh.
b) Nabi Zakaria dibunuh.
c) Tukang-tukang sihir firaun ditewaskan.
d) Asiah isteri Firaun dibunuh.
e) Lembu kaum Bani Israel dibunuh.
f) Habil dibunuh oleh Qabil.

RABU
a) Qarun hancur binasa.
b) Firaun dan tenteranya hancur binasa.
c) Raja Namrud ditewaskan nyamuk.
d) Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakkan keras Malaikat Jibril.
e) Syadad bin Ad musnah.
f) Umat Nabi Hud dihancurkan Allah dengan taufan.

KHAMIS
a) Nabi Ibrahim memasuki kerajaan Mesir.
b) Saudara-saudara Nabi Yusuf menemuinya.
c) Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf di Mesir.
d) Nabi Yaakob bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf di Mesir.
e) Nabi Musa memasuki Mesir.
f) Nabi Muhammad s.a.w memasuki Mekah.

JUMAAT
a) Nabi Adam berkahwin dengan Hawa.
b) Nabi Yusuf berkahwin Zulaikha.
c) Nabi Yusuf berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuaib.
d) Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.
e) Rasullullah berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Aisyah.
f) Ali bin Abu Talib berkahwin dengan Fatimah.

SABTU
a) Nabi Nuh diperolok oleh kaumnya.
b) Nabi salleh ditipu oleh umatnya.
c) Nabi Yusuf ditipu umatnya.
d) Nabi Musa ditindas Firaun.
e) Nabi Isa diperdayakan oleh kaum Yahudi.
f) Nabi Muhammad s.a.w menjadi pengerusi di sidang Darul Nadwah

apa yang penting yang aku nak cakap kat sini ialah... sesiapa yang nak kawin.. pilihlah hari JUMAAT.. malam Jumaat penuh dengan kebaikan.. kata orang tua-tua laa ;p




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

13 comments:

Hanis Amanina said...

yeah.. nikah jumaat malam.. hehe

joegrimjow said...

suke2
mecey kongsi

sunflower said...

aaalaa.. nikah jumaat malam.. hehe.. :) nakal3..

piNky LuCiA said...

nina n sunflower..
hehe.. jgn lupa menjemput ke majlis mu.. hehe

piNky LuCiA said...

joe...
sama2 joe.. suke jugak ;p

buaya said...

salam ziarah..
dijemput menjadi follower sy yer..
nice blog..


http://www.buaya-merah.blogspot.com/

Kapten Luffy said...

yer lah

tq ustazah! ;p

piNky LuCiA said...

kapten!!
kamu mmg nak kena.. huhu.. malu aku dibuat kamu.. ;p

piNky LuCiA said...

nak panggil pe eh? tak kan buaya kot.. huhu.. terima kasih.. nnt sy ke blog kamu.. =)

DeQku said...

Lepas ni make sure every Friday no plan..kosongkn..kot3 der jemputan mengejut mkn nasi minyak..hehehe

piNky LuCiA said...

haha.. yup.. kosongkan.. no plan.. no dating.. hehe.. mu jgn lupa jemput aku plak.. waa.. umi kan duk tnya. doh bila ag wey.. hehe

Unknown said...

waaaa...nok akad nikoh ari jumaat gok lah ahaks....mlm yg penuh barakah kehkeh..

ura!!! tunggu kad jemputan dr ha eheks

piNky LuCiA said...

waa... nak kad jemputan wangi.. hehe