RSS

lupakan ia, lepaskan ia...

dalam hidup ni, banyak kenangan, nostalgia, sejarah, yang sudah pun kita lewati, kita lalui. aku juga pernah melestarikan kenangan dan nostalgia sewaktu dulu.. haha.. ayat aku kali ni, macam skema je.. aduhai.. ayat puitis laa katakan..

hmm, kenangan dalam hidup aku, banyak yang aku lupuskan. dengan erti dan maksud lain, kebanyakannya aku dah pun men'delete'kannya. kenapa aku delete? kenapa aku lupuskan? kenapa aku buang..

aku pun tak tahu apa jawapan bagi soalan di atas. yang aku tahu, aku nak lupakannya. aku tak nak ingat apa-apa. ini laa yang menyebabkan aku lupa zaman remaja ku, macam manakah aku time tu.. hehe.. hanya sesetengah memori sahaja yang dapat aku ingat. aku tak tahu macam mana aku lakukan. tapi betul ke ia memang hilang dan tak nak di ingati lagi? atau ia masih tersimpan di dalam memori lain yang akan dikeluarkan jika-jika perlu? aku pun tak tahu..

setelah keluar dari upper six, aku terus tekad, nak lupakan kisah remaja aku. dan aku berusaha melupakannya dan seterusnya men'delete'nya dari memori otak aku ni. so lepas berada di DIP dan sekarang DEGREE.. aku hanya ingat sikit sahaja dari keseluruhan hidup remaja ku dulu.. haha.. teruk benar aku..

kenapa aku nak lupakan. entahlah. may be aku tak suka sesuatu yang ada di sana. atau aku tak nak ingat zaman-zaman nakal aku.. siapa tahu kan? hehe..

tapi kadang-kadang 1 1 memori itu penting untuk memandu hidup kita. supaya kita tak melakukan kesalahan yang berulang kali. dan supaya kita perbaiki diri kita dari yang tak elok kepada yang elok dan yang elok kepada yang lebih elok.. kan?

memori indah, kenang-kenagkanlah. memori pahit, buang je terus.. haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Kapten Luffy said...

memori pahit banyak pengajaran ;p

piNky LuCiA said...

mmg pun.. tp yg pahit tu biasanya orang tak nak kenang... huhu