RSS

Buat wanita yang bergelar Isteri...

Tip berkesan yang dapat membantu anda menjadi ISTERI SUPER!

Tidak dinafikan dalam mendepani zaman ini, para isteri akan bertemu dengan bermacam- macam bentuk halangan. Tambahan pula bagi mereka yang bekerja dan mempunyai anak yang banyak. Di mana-mana sahaja akan kita temui keluhan demi keluhan sehingga menjadikan anak-anak dara merasakan bahawa terus menjadi dara adalah yang terbaik.

Sekiranya, kita menoleh dan merenung sejarah nenek moyang kita dahulu, sepatutnya mereka lebih-lebih lagi mempunyai alasan untuk mengeluh, namun kita dapat saksikan orang-orang lama ini akan bertahan lama dengan pasangan masing-masing. Mereka tidak mempunyai mesin untuk membasuh pakaian. Mereka perlu mencari kayu api untuk memasak.

Ah, banyak lagi alasan yang boleh digunakan untuk menunjukkan ibu-ibu kita pada zaman dahulu mempunyai sejumlah kerja yang berkali ganda untuk dibandingkan dengan tugasan kita ini!

Justeru, apakah formula terbaik yang boleh diguna pakai dalam memastikan hala tuju hidup kita di dunia ini berjalan dengan baik dan juga membina kehidupan yang selesa di akhirat? Mungkin ada baiknya jika kita menilik semula tabiat baik yang telah diamalkan oleh ibu-ibu kita dan diaplikasikan mengikut kesesuaian pada masa sekarang.

Sekiranya, ibu-ibu kita berjaya dalam kepayahan maka kita perlu lebih berjaya dengan kemudahan yang kita ada. Buku ini akan menyingkap petua berkesan dan sekatan yang perlu dielakkan dalam menjadi 'Isteri High Class'.

Antara tip-tip yang berkesan:

1. Kurangkan leteran

Ya, inilah kegemaran golongan para isteri kini. Dengan tekanan yang sangat mendesak di pejabat, ditambah pula keadaan yang sangat mendera di rumah,kita telah menggunakan kaedah berleter bagi melepaskan tekanan. Sebenarnya, leteran bukanlah menghilangkan tekanan.

Seorang isteri yang berleter sebenarnya sedang memindahkan tekanannya kepada seisi keluarga. Sekiranya ini berlaku, hal ini bermakna seisi keluarga sedang berada dalam keadaan tertekan. Sekiranya tekanan dipendam, maka ada kemungkinan satu hari kita akan terdengar ledakan bomnya.

Jadi, bukankah baik sekiranya tekanan itu dilepaskan dengan teknik yang lain. Apa kata jika anda menggunakan kaedah berlemah lembut, iaitu dengan berlucu, namun menyengat sanubari sasaran kita.

Di sini disertakan beberapa contoh situasi agar pada masa hadapan, anda boleh berfikir secara kreatif cara menggunakan kata-kata lucu untuk menegur.

i. Suami meletakkan pakaian dan stokinnya di merata-rata tempat setelah menanggalkannya;

"Apa kata kalau sayang tak nak basuh baju abang kalau abang tak letak baik-baik baju abang di tempatnya. Aci tak?"

ii. Hari minggu, suami tidur semula sesudah solat subuh sedang-kan rumah penuh dengan aktiviti yang wajib dilakukan;

"Apa kata kalau abah bangun, mandikan anak dan suapkan anak-anak. Tadi umi dah masak. Nanti malam karang, umi mandikan abah selepas umi suap abah. Boleh?"

iii. Suami enggan membersihkan anak yang telah membuang air besar di dalam lampin pakai buang. Mungkin dia geli;

"Takpe kalau papa tak mau basuh tapi cuba papa fikir, kalau mama pergi dulu,
papa pula sakit. Tak boleh bangun sendiri. Sapa ya yang nak basuhkan berak papa?"

iv. Anak anda malas membaca buku tetapi gemar menonton televisyen;

"Mana ya adik letakkan buku sekolah adik tadi? Cikgu adik pesan suruh mak bagi kat televisyen tu suruh dia buat kerja sekolah adik. Satu lagi, adik tak boleh keluar rumah petang ni untuk main di padang sebab adik dah langgar larangan mak jangan tengok TV selagi kerja sekolah adik tak selesai. Maklumlah, TV kan tak pandai buat kerja sekolah!"

Selain teknik di atas, anda juga perlu masa yang sesuai untuk bersendirian dengan orang yang anda ingin leteri.

Masa ini, berbicaralah dari hati ke hati supaya dia memahami perkara yang anda katakan adalah untuk kebaikan dirinya juga. Insya-Allah mereka akan faham jika anda menyampaikan rasa hati anda dengan tenang..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: